Saturday, 17 January 2015

Pendekatan Pembelajaran


Pendekatan adalah cara untuk melaksanakan kurikulum.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah,pendekatan bermaksud cara pelaksanaan kurikulum dengan menggunakan kaedah atau teknik diikuti dengan aktiviti sebagai pengukuhan.Seseorang guru haruslah menggunakan pelbagai pendekatan mengikut prinsip dan amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.Hal ini adalah perlu agar pengajaran dan pembelajaran mampu mengembangkan diri,keupayaan,bakat dan minat kanak-kanak.Aktiviti yang dirancang mesti melibatkan kanak-kanak secara maksima supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan bermakna bagi mereka.Misalnya sewaktumengajar guru perlu menggunakan pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar,atau daripada konkrit kepada abstrak.Oleh itu,sewaktu berhadapan dengan kanak-kanak di kelas prasekolah,guru haruslah bijak memilih pendekatan yang digunakan.Ini kerana kanak-kanak ini datang dari pelbagai jenis latar belakang dan sosioekonomi keluarga yang berbeza-beza.Olehitu,aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran,sama ada secara kelas,kumpulan atau pun secara individu.Pusat Perkembangan Kurikulum (2008) mengesyorkan empat pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip dan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak di prasekolah iaitu pendekatan belajar melalui bermain,pendekatan bertema,pendekatan bersepadu dan pendekatan projek.Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang lain digunakan semasa sesi pengajaran di prasekolah iaitu pendekatan tunggal atau satu konsep,pendekatan unit dan pendekatan inkuiri.
Diprasekolah Sekolah Kebangsaan Sejagong ini pendekatan  pembelajaran yang digunapakai ialah belajar melalui bermain.Belajar melalui bermain merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan dalam pendekatan pengajaran guru prasekolah.Ia bermaksud pengajaran yang disampaikan secara tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah pembelajaran.Kanak-kanak bermain dan dalam masa yang sama mereka mendapat manfaat pembelajaran hasil daripada permainan yang sesuai dengan naluri kanak-kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah cara mereka belajar.Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum  (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mealaui bermain mereka denagan gembira dan senang hati membuat penerokaan,penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi.Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu,kemahiran motor kasar dan motor halus,serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif.Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran,melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri,memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggoran masa bermain.Mengikut Vygotsky (1967),“Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat,ia juga membantu dalam pembentukan ini.Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar.Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar.Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan.Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembagan murid.Bahan konkrit,benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi.Dan yang terpenting sekali ialah permainan itu menarik minat dan menggembirakan murid.Menurut Caplan dan Caplan 1973,main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah,daya cipta,kestabilan emosi,perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal,koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan,peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara.Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki,teka silang kata,kad-kad nombor,kad-kad bergambar,catur dan sebagainya.Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak.Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih
spesifik.Pendekatan ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi,mengukuhkan perkembanganfizikal,menguasai kemahiran manipulasi,menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan di harap kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri.
Enam Komponen Wajib Dalam kurikulum Prasekolah (KPK)
Komponen Bahasa Dan Komunikasi
Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid.Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan orang lain.Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.Ini akan menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat.Komponen bahasa dan komunikasi merangkumi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina,bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Selain itu bahan-bahan seperti komik,majalah,surat khabar,buku telefon,permainan huruf-huruf abjad,puisi dan katalog juga boleh disediakan.Daripada buku-buku ini kanak-kanak boleh melakukan aktiviti.Menurut Brown dan Tomlinson (1999),buku bergambar masih lagi diminati oleh kanak-kanak yang berusia empat ke tujuh tahun.Adalah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak pada usia ini memilih buku bergambar sebagai buku kegemarannya,menghafal teks setelahmendengar berulang-ulang kali dan berhibur dengan buku tersebut dengan “membacanya” secara bersendirian.Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar.Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar.Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.Prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar,bertutur,membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.Prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar,bertutur,membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.

  • Kemahiran mendengar - kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar.
  • Kemahiran bertutur - murid dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.
  • Kemahiran membaca - murid boleh mengucapkan apa yangtertulis dan bercetak dan memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca.
  • Kemahiran menulis - murid dilatih untuk menguasai motor halus sehingga boleh menuliskan huruf dan perkataan dan seterusnya menulis ayat mudah.
Komponen Kognitif
Komponen perkembangan kognitif merupakan fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran.Menurut Vygotsky,perkembangan konsep kanak-kanak berkembang sistematis,logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan orang lain.Menurut Bruner (1966),kognitif adalah proses dalaman iaitu pemikiran berbeza dengan tingkah laku dengan tingkah laku yang boleh dilihat. Oleh itu,bagimenghasilkan teori pembelajaran,pakar kognitif sentiasa merujuk pada proses kognitif.Komponen ini memberi penekanan kepada pemupukan sikap positif terhadap sains dan matematik.Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan,konsep ruang,konsep nombor,proses sains dan penyelesaian masalah.Pengelasan ialah kemahiran paling asas untuk perkembangan kognitif iaitu kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan mengumpulkan objek tersebut mengikut ciri yang telah di kenal pasti.Ini di ikuti dengankemampuan murid untuk menyusun sesuatu objek mengikut demensi dan urutan.Konsep ruang memberi kefahaman tentang lingkungan dan kedudukan objek dalam ruang.Bagi memenuhi konsep nombor pula,murid perlu menguasai kemahiran seriasi danpadanan satu dengan satu secara logik.Penguasaan kemahiran proses sains membolehkan murid berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk sikapingin tahu dan suka menyiasat.Kemahiran asas proses sains di kuasai dengan aktiviti memerhati,membanding dan membeza,mengukur,meramal dan membuat inferen.Penyelesaian masalah adalah hierarki tertinggi dalam kemahiran berfikir.

Murid menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit yang boleh di dapati di sekeliling mereka.
Objektif Komponen Perkembangan Kognitif Membolehkan Murid:
i.meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains
ii.berfikir secara logikal matematik melalui manipulasi objek secara konkrit
iii.memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian
Komponen Kerohanian Dan Moral
Komponen kerohanian dan moral amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan,berperibadi mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,keluarga,masyarakat dan negara.Manakala,komponen kerohanian dan moral mengandungi Pendidikan Islam untuk murid Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam. Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu,kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Pendidikan moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral.
Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah
Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan,kemasyarakatan dan ketatanegaraan.Tumpuan khusus kurikulum adalah kepada :
• Pembentukan akidah dan bimbingan asas Fardhu Ain
• Pemupukan amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh syariah Islam
• Penyuburan adab dan akhlak Islamiah ke dalam diri kanak-kanak,berteraskan kepada Nabi  Muhammad SAW sebagai contoh yang terbaik

• Pengenalan kepada tulisan jawi.
Pendidikan Islam prasekolah dapat disampaikan melalui aktiviti bercerita,tunjuk cara,latihan amali,nyanyian lagu dan nasyid,permainan,lakonan,penjelajahan,pemerhatian alam sekitar dan melihat kegiatan manusia.
Objektif Kurikulum Pendidikan Islam Membolehkan Murid :
i.Menyebut dan menyatakan asas-asas keimanan dan keislaman
ii.Mengamalkan ibadah yang bersesuaian dengan peringkat umur
iii. Mengenali sirah dan peribadi Rasulullah SAW dan berusaha mencontohinya
iv. mengenali Al-Quran - bahasa dan hurufnya
v. menghafaz dengan makna beberapa surah pendek dan doa harian.
Kurikulum Pendidikan Moral Prasekolah
Pendidikan Moral prasekolah menekankan aspek pemupukan dan perkembangan nilai sertaasas ketatanegaraan agar murid-murid dapat mengamal dan menghayati nilai-nilai murniyang terdapat dalam semua masyarakat majmuk secara bersepadu.Melalui komponen ini murid dipupuk dengan nilai-nilai yang berkaitan :
i.Perkembangan diri
ii.Diri dengan keluarga
iii.Diri dengan masyarakat
iv.Diri dengan alam sekitar
v.Diri dengan negara
Nilai murni dapat dipupuk melalui aktiviti bercerita,main peranan,permainan,pemerhatian dan latihan amali.Nilai-nilai yang dipupuk dalam diri murid-murid hendaklah dikaitkandengan isu-
isu semasa dan sesuai dengan peringkat umur mereka.Pendidikan Moral perlu disepadukan dengan semua komponen dan diterapkan dalam kebanyakan aktiviti.
Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid:
i.Memahami dan menyatakan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
ii.Mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan seharian
iii.Menyatakan sebab sesuatu keputusan dan tindakan dibuat
Komponen Perkembangan Sosioemosi
Komponen perkembangan sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang.Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.Perkembangan emosi dan sosial yang sihat,sangat penting dalam kehidupan seseorang.Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid.Menurut Bandura menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan.Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu.Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat,cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak.Menurut Erikson,personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri,diikuti denganpencapaian emosi yang positif.Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami keperluan,emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosialdalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni.
Objektif Komponen Perkembangan Sosioemosi Membolehkan Murid:
  • Membina kemahiran emosi untuk memahami diri dan orang lain
  • Mengamalkan tingkah laku yang baik
  • Mempunyai konsep kendiri yang positif.
  • Membina kemahiran sosial dalam kehidupan bermasyarakat.
Komponen Perkembangan Fizikal
Pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat,selamat dan ceria dapat memupuk personaliti yang positif.Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka.Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidakberubah.Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikalsentiasa berubah.Kedua-dua kategori ini perlu dalam memperkembangkan kemahiran kanak-kanak.Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaranyang tertutup.Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka.Sebagai guru prasekolah seharusnya tidak mengabaikan aspek ini kerana ia sangat membantu perkembangan kanak-kanak dan juga dapat menyediakan asas perkembangan fizikal yang mantap.Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting:
• Perkembangan motor halus
• Perkembangan motor kasar 
• Kesihatan
• Keselamatan
Komponen ini menumpukan pada pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak secara sihat,selamat dan ceria sambil memupuk keyakinan diri dan personaliti yang positif.Komponen erkembangan fizikal ini meliputi tiga aspek iaitu perkembangan psikomotor,kesihatan dankeselamatan.Aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan motor halus yang berkaitan dengan pergerakan yang membolehkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti
fizikal dengan yakin.Kaedah yang boleh digunakan ialah melalui aktiviti fizikal di dalam atau diluar kelas dengan menggunakan pelbagai alat permainan.Aspek kesihatan meliputi latihan mengamalkan cara hidup yang sihat daripada segi mentaldan fizikal melalui kebersihan, pemakanan yang seimbang dan menjauhkan diri daripadapenyakit.Manakala aspek keselamatan pula merangkumi kebolehan kanak-kanak mengenal pasti objek dan situasi yang membahayakan diri dan mengetahui langkah-langkah yang perludiambil untuk bertindak.Kedua-dua aspek kesihatan dan keselamatan ini boleh dijalankanmelalui tunjuk cara,lakonan dan lawatan.
Objektif Komponen Perkembangan Fizikal
Komponen perkembangan fizikal membantu murid-murid:
i.Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran
ii.Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
iii.Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat
iv.Membina minda yang sihat dan cerdas
Komponen Kreativiti Dan Estetika
Komponen ini memfokuskan perkembangan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran.Victor Lowenfeld berpendapat naluri dan keingingan merupakan faktor utama bagi mereka berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif.June King McFee berpendapat seni untuk kanak-kanak perlu berbentuk komunikasi.McFee menekankan seni seharusnya mengambil kira konteks budaya serta elemen orentasi komuniti.Perlu ada pengalaman estetika dalam semua objek di persekitaran yang dipengaruhi konteks budaya untuk berkomunikasi dan menyampaikan mesej kepada masyarakat.Kanak-kanak akan mengalami dan menyedari masalah,menyampaikan idea dan proses imaginasi dan kreativiti.Kanak-kanak boleh terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti seni seperti lukisan,kraf tangan,muzik,nyanyian, drama dan puisi Komponen kreativiti dan estetika memberi fokus kepada lima aspek penting:
• Persekitaran dan keindahan alam
• Lukisan dan kraf 
• Muzik,nyanyian dan pergerakan kreatif 
• Drama dan puisi
• Warisan budaya
Komponen ini memberi peluang kepada murid meneroka untuk memerhati,mengenali dan menikmati keindahan alam sekeliling.Murid juga diberi peluang untuk melahirkan perasaandan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui lukisan,kraf,muzik,nyanyian,pergerakan kreatif,puisi dan drama.Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya menggalakkan perkembangan kognitif,efektif dan psikomotor murid disamping memupuk nilai estetika.
Objektif Komponen Kreativiti Dan Estetika
Komponen perkembanagan fizikal membantu murid-murid
i.Menikmati keindahan alam melalui peseembahan kreatif
ii.Menggunakan bahan semula jadi dan kitar semul secara kreatif
iii.Melahirkan perasaan secara kreatif
iv.Menghargai warisan budaya
Rancangan Membuka Sebuah Prasekolah
Jika saya merancang untuk membuka sesebuah prasekolah,pendekatan yang pembelajaran dan pengajaran yang saya gunakan ialah pendekatan bertema dan pendekatan bersepadu.Dengan menggunakan pendekatan bertema adalah salah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh guru prasekolah bagi menyusunkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak.Menurut Cummings (Nani Menon: 2007),pengajaran bertema sebenarnya adalah pendekatan yang paling kompleks dan komprehensif,berbanding dengan pendekatan yang lain.Pendekatan bertema juga
merangkumi komponen kognitif serta komponen perkembangan sosioemosi.Ini kerana dalam aktiviti drama kanak-kanak dapat penguasaan emosi dan kemahiran sosial.Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan.Oleh itu,pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan,di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama.Pendekatan bertema ini berfokuskan guru dan murid kerana dapat memberi faedah kepada kedua-duanya iaitu:
4.4.1 Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan.Di samping itu kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui sendiri.
4.4.2 Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai.Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti,bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan.
4.4.3 Selain daripada menambah pengetahuan kognitif kanak-kanak,pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri-ciri kepimpinan,keyakinan diri,sikap saling membantu,bertolenrasi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama dengan rakan sebaya.
Menurut Bustam Kamri ( 2009 )pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran.Pendekatan ini dipengaruhi oleh teori behavioris.Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat- peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak. Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2008 )menjelaskan bahawa pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yangdipilih bersesuaian dengan masa,tempat dan minat dan latar belakang murid.Pemilihan tema hendaklah merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar.Sebaik-sebaiknya tema hendaklah dipilih berdasarkan perkara yang dekat dengan pelajar seperti diri saya,anggota badan saya,keluarga saya,rumah saya dan sebagainya seterusnya sehinggalah kepada tema-tema yang
lebih abstraks seperti institusi awam atau cakerawala.Pendekatan bertema juga dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh melalui beberapa cara iaitu:
• Dalam pendekatan bertema,pengajaran gabung jalin adalah salah satu unsur utama yang ditekankan.Di bawah satu unit tema,melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran,kanak-kanak akan memperoleh pelbagai hasil pembelajaran.
• Pendekatan bertema juga adalah bermatlamat menambah pengetahuan kanak-kanak dalam menangani kehidupan masa kini dan akan datang.Satu unit tema kecil dapat meliputi pengetahuan konsep yang berkait dengan aspek estetika,kemahiran afektif,kognitif,bahasa, fizikal dan sosial.Ini menunjukkan ia merangkumi juga dalam komponen kreativiti dan estetika.
Pendekatan bersepadu yang digunakan dalam mengendalikan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar.Dalam kehidupan sebenar sesuatu itu saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah.Ia juga turut melibatkan penyediaan persekitaran bilik darjah yang sesuai dan kondusif ke arah mencapai objektif pembelajaran.Dalam pendekatan bersepadu juga merangkumi komponen bahasa dan komunikasi serta komponen kreativiti dan estetika.Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2008 ) menyatakan,Pendekatan bersepadu melibatkan kesepaduan antara komponen,kesepaduan kemahiran dan nilai murni,kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas,kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan murid dan kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik.
Pendekatan ini penting kerana ia memberi peluang untuk:
4.3.1 Penerokaan mendalam dan menyeluruh tentang satu tajuk atau tema.
4.3.2 Pembelajaran yang lebih aktif dan menyeronokkan
4.3.3 Guru belajar bersama murid dan memberi contoh pembelajaran sepanjang hayat.
4.3.4 Penggunaan masa yang lebih berkesan untuk guru dan murid.
4.3.5 Memberi motivasi kepada murid untuk belajar.
4.3.6 Peningkatan daya imaginasi dan kreativiti.
13
4.3.7 Perkembangan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
Menurut Bustam Kamri ( 2009 ),Pendekatan bersepadu atau gabungjalin menekankan lebih daripada satu konsep kemahiran yang digabungkan.Kemahiran yang dikuasai oleh kanak-kanak lebih daripada satu konsep kemahiran.Pegangan pendekatan ini juga dipengaruhi oleh teori behavioris.Pengajaran kemahiran yang disampaikanadalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah ( 2006 ), pendekatan bersepadu inilebih berpusatkan guru iaitu guru lebih banyak memberi arahan dan menentukan aktiviti dan pembelajaran yang hendak perlu dikuasai oleh kanak-kanak.Sekurang-kurangnyadua konsep atau kemahiran yang ditekankan oleh guru dalam pengajarannya.Skop pengajaran dan aktiviti tidak luas hanya berkisar kepada konsep dan kemahiran yang hendak dikuasai oleh kanak-kanak.
Contoh Pendekatan Bersepadu:
Tema : Haiwan Liar 
Subtema : Haiwan di Zoo
Komponen : Perkembangan Bahasa Melayu








Kandungan
Hasil Pembelajaran
Aktiviti/Alatan

3.1Mengecam danmemadankan gambar dengan perkataan.
3.1.2 Memadankan gambar dengan perkataan.

1.Kanak-kanak melihat gambar dan memadankan dengan perkataan.

2. Menulis semula perkataan.
Alatan: kad gambar,kad perkataan,kad imbasan,danlembaran kerja
4.2Menguasai kemahiran menulis.
4.2.1 Menulis perkataan

 Kesimpulan 
Secara kesimpulannya,pemilihan jenis-jenis pendekatan dan teknik pengajaran bergantung pada sesorang guru prasekolah.Guru haruslah merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan kanak-kanak.Janganlah terlalu tinggi arasnya.Seorang juga guru haruslah menpunyai daya kreatif dan inovasi yang sangat tinggi unutk mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Disamping itu juga penggunaan alat bantu mengajar sangat diperlukan untuk menarik perhatian dan menghasilkan suasana yang ceria dalam prasekolah.Hal ini kerana pada usia 4-6 tahun merupakan tahap perkembangan yang kritis dan kritikal terhadap perkembangan jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial kanak-kanak.Oleh itu,sebagai pendidik yang bakal mendidik kanak-kanak haruslah menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk mendidik kanak-kanak di masa akan datang.Arus zaman permodenan yang semakin melanda di Negara ini membawa kepada perubahan taraf pendidikan yang semakin baik serta setanding dengan sistem pendidikan di luar Negara.Semua pihak haruslah berkerjasama sedaya upaya untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan bantuana dan juga masalah pembelajaran.Memberikan peluang pendidikan yang sama rata dan adil kepada kanak-kanak. Akhir sekali,khususnya kepada ibubapa haruslah menyedari pentingnya pemilihan prasekolah untuk anak-anak pada usia ini dan sentiasa peka terhadap keperluan anak masing-masing untuk membantu kanak-kanak meneroka dunia.                                                          
Rujukan
HDPS4303 Perkembangan Kurikulum Prasekolah Di Malaysia(First Edition) Kuala Lumpur :Open University Malaysia. [12 September 2014]
HDPS4103Perancangan dan Pengajaran Afektif ( Edisi Pertama). Kuala Lumpur : Open University Malaysia [12 September 2014]
Doherty, J. & Brenan, P. (2008),Physical Education and Development 3-11.NewYork: Routledge
Field, T.M. (1990),Infancy.Cambridge, MA: Harvard University [15September 2014]
Gardner, H. (1983) Frames of mind: The theory of multiple intelligence. New York:Basic Books. [15 September 2014]
Gardner, H. (1999),Intelligence reframed.Multiple intelligence for the 21stcentury.
New York: Basic Books[20 September 2014]
Gallahue, D.L. (1982),Development Movement Experiences for Children.New York: Wiley[20 September 2014]
Gallahue, D.L. (1993),Development Physical Education for Today’sChildren.Madison, WI: Brown and Benchmark[20 September 2014]
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003),Kurikulum PrasekolahKebangsaanKuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka[20 September 2014]
Wright, H. Dan Sugden, D. (1999),Physical Education for All.London: David Fulton
Ee Ah Meng (2003).Ilmu pendidikan pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas (semester 1),
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Bustam Kamri (2009). [27 September 2014]
 HBPS2303 Pendekatan dan kurikulum dalam pendidikan awal kanak,Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM). [27 September 2014]
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003).Kurikulum prasekolah kebangsaan,KualaLumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pendidikan Malaysia (2003).[27 September 2014]
 Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2005). [10 Oktober 2014]
 Panduan pendidikan prasekolah,Bentong:PTS Publications & Distibutors Sdn. Bhd.Pusat Perkembangan Kurikulum (2008), [10 Oktober 2014]
 Pelaksanaan kurikulum prasekolah kebangsaan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna jilid ,Kuala Lumpur:KementerianPelajaran Malaysia. [10 Oktober 2014]
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2007).Panduan kurikulum Prasekolah,Kuala Lumpur:PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. [15 Oktober 2014]
Jalongo,M.R.,& Isenberg, J. P.(1997) Creative expression and play in early childhood(2nd Ed.) New Jersey: Merill. [15 Oktober 2014]
Johnson, J. E. & Ershler, J.(1999) Developmental trends in preschool play as a funtion of classroom program and child gender.Child Development, 52 ,995-1004. [15 Oktober 2014]
Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Draf kurikulum prasekolah.Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. [17 Oktober 2014]
Rubin, K.H. & Watson, K. S.(1978).Free play behaviors in preschool and kinderarten children. Society for research in Child Development ,49,534- 536. [17 Oktober 2014]
Halimah Abdul Rahman. 1994.Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah.Kuala Lumpur.Fajar Bakti Sdn. Bhd. [17 Oktober 2014]
Margaret Lay-Dopyera & John Dopyera.1993. Becoming a teacher of young children.Graw-Hill Book Co.New York. [19Oktober 2014]
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2010). Bahagian Pembangunan Kurikulum : Kementerian Pelajaran Malaysia[19Oktober 2014]
HDPS3603Early Science For Children( First Edition). Kuala Lumpur : Open University Malaysia[24 Oktober 2014]
Kawasan kajian Sekolah Kebangsaan Sejagong. [15 September 2014]

No comments:

Post a Comment