Pusat pembelajaran adalah sangat penting kerana ia boleh merangsangkan proses pemikiran kanak-kanak ketahap yang lebih tinggi dan komplek.Untuk itu peralatan yang terdapat dipusat pembelajaran ini perlulah banyak yang merangsangkan minat dan kebolehan kanak-kanak untuk meningkatkan keupayaan dan tahap pencapaiannya,Disamping itu pusat kognif ini juga dapat membina atau untuk membentuk keyakinan, sifat berdikari dan belajar kendiri.Menurut Piaget, dipusat pembelajaran inilah kanak-kanak akan dapat membentuk dan menambahkan lagi ilmu pengetahuannya.Manakala Dewey pula bependapat kanak-kanak akan,dapat memahami dengan lebih mendalam lagi jika dia melakukan sendiri aktiviti itu.Pada sudut matematik ini adalah diharapkan kanak-kanak akan dapat berinteraksi dengan bahan-bahan manipulatif seperti blok kayu yang pelbagai saiz dan bentuk,polidron,blok bernombor, puzzle,jam bernombor,kalender,penimbang,manik untuk membilang,kad bernombor,carta serta poster matematik dan lain-lain lagi.Bahan yang terdapat di pusat ini hendaklah bahan yang tahan lasak dan tidak bertoksid.Disamping itu bahan yang terdapat di pusat pembelajaran ini akan dapat memberi pendedahan kepada konsep awal nombor,permainan-permainan nombor dan konsep-konsep matematik.Di pusat ini juga akan diadakan pelbagai aktiviti-aktiviti nyanyian dan pergerakan yang melibatkan konsep matematik dan ini membolehkan kanak-kanak itu dapat menghayati matematik dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan.Alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting di dalam proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Kesedaran terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang hanya mementingkan penggunaan kapur,bercakap dan menggunakan buku-buku teks tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar keupayaan fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid.Adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuai untuk memahamkan pembelajaran yang akan diajar nanti.Peranan alat bantu mengajar juga dapat pengajaran tradisional yang hanya tertumpu kepada mendengar penjelasan guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat dijadikan peneguhan supaya lebih cepat memahami dan mengingati dengan berkesan.Sebaliknya pengajaran yang menggunakan alat bantu mengajar dapat mengukuhkan pembelajaran kerana pelajar dapat mengalami apa yang diajar.
Monday, 17 February 2014
Pemilihan Peralatan Untuk Sudut Matematik

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment