Aktiviti Pengajaran Dan
Pembelajaran
Konsep nombor merupakan
salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak prasekolah.
Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik
prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan
kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar
kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan
nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak
tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.Aktiviti bermain adalah
asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak.Frobel (1805) percaya proses
pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku
dalam keadaan yang
menggembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti pilihan bagi kanakkanak.Pembelajaran
berbantukan komputer dapat meningkat keyakinan dan semangat ingin tahu yang tinggi
kepada kanak-kanak (Van Horn et. al., 2007). Ini mendorongkanak-kanak mencari
penyelesaian tanpa merasa takut. Selaras dengan itu suatu sistem pembelajaran bagi tajuk
konsep nombor dibangunkan berasaskan pendekatan permainan bagi kanak-kanak
prasekolah.Menurut Mohd Daud
Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan
seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak
memperolehi
konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, dan susunan atur. Padanan
ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan.Penjenisan pula adalah
kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk.Manakala susunan aturan
adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan.Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak
mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada
peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Dalam memahami konsep
nombor pula, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran serasi dan padanan satu
dengan satu secara logik. Konsep nombor melibatkan tujuh aspek
pembelajaran iaitu
mengetahui konsep nombor 1 hingga 5, mengetahui konsep nombor 1 hingga 10, mengetahui
konsep dan nilai sifar, mengetahui konsep nombor 10 hingga 20,mengetahui konsep siri
20, 30, 40, dan 50, operasi tambah dan akhir sekali ialah operasi tolak. Contohnya, guru
menjalankan aktiviti dalam mengetahui konsep dan nilai sifar, di mana guru tersebut
meletakkan 5 biji limau ke dalam bakul dan menyuruh mereka mengeluarkan kesemua
limau tersebut, setelah kesemua limau tersebut dikeluarkan maka
guru memberikan
penerangan bahawa baki yang tinggal di dalam bakul tersebut adalah sifar.Konsep pra nombor perlu
dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh menggunakankonsep
nombor keseluruhannya dengan betul. Konsep ini penting untuk membolehkan kanak-kanak
memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang nombor keseluruhannya.
Kebolehan mengelaskan objek atau benda mengikut warna ,bentuk dan saiz.
Kebolehan mengenal kuantiti melaluiperbandingan, banyak atau sedikit,
sama banyak atau tidak
sama banyak dan lebih atau kurang.Pada peringkat ini,
instruksi yang boleh digunakan oleh guru ialah menunjukkan mereka benda-benda
maujud. Guru boleh membawa bahan seperti buah-buahan dan benda-benda yang
menarik ke dalam kelas agar kanak-kanak mengenali bahan tersebut
dengan lebih dekat.
Mereka boleh memegang, mengenali bentuk dan merasa bahan-bahan tersebut serta
mengingatinya. Melalui kaedah ini para pelajar akan dapat mengetahui bahawa kuantiti objek
adalah berbeza. Hal ini boleh digunakan oleh guru kerana pada tahap ini pelajar sudah
boleh mengingati sesuatu dengan lebih lama dan suka bertanya serta cuba memahami
konsep.Mereka mula menggun akan bahasa secara sedikit demi sedikit dan berfikir
menggunakan bentuk-bentuk simbol.Permainan adalah satu
kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk
minat terhadap Matematik . Ianya juga akan dapat mengurangkan rasa bosan
dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai masalah
Matematik. Penggunaan
aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik
darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar.Penyelesaian bagi
beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi,
khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian. Simulasi juga
sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian
dalam rekreasi
Matematik. Flansburg (1994) telah menyatakan bahawa pembelajaran Matematik bukanlah
dengan mengingat tetapi merupakan aktiviti yang kreatif seperti melukis, menulis atau
bermain.Berlainan pula dengan
Bruner, beliau juga tidak menafikan mungkin satu lagi jenis kecerdasan wujud
iaitu kecerdasan naturalis dan menjadikan jumlah keseluruhan kecerdasan yang ada
ialah lapan. Setiap murid di dalam kelas bukan hanya tertakluk kepada satu jenis
kecerdasan sahaja. Seseorang itu mungkin memiliki dua atau lebih
kecerdasan dan ini
adalah tugas guru untuk mencari cara pembelajaran yang sesuai dengan seseorang pelajar
itu berdasarkan jenis kecerdasan mereka.Pengetahuan Matematik
tidak wujud dalam objek atau realiti luaran, tetapi ia adalah perkaitan
(Kamii, 1982). Sebaliknya proses mengira sebenar hanya berlaku
sekiranya kanak-kanak
faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan seterusnya (Fuson,
1988).Selain itu, guru juga
perlu sedar bahawa pada peringkat awal kanak-kanak di prasekolah perlu
didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objekobjek besar iaitu yang senang
dilihat dan disentuh. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk
mengajar kanak-kanak disebabkan perkembangan kognitifnya yang terhad. Murid-murid di
peringkat ini juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam
bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi
diperlukan untuk
memudahkan pemahaman murid-murid.
No comments:
Post a Comment