Pengenalan
Pertolongan
cemas sepatutnya dipelajari serta diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia. Tugas
dalam memberikan perkhidmatan kecemasan tidak semestinya dibebankan pada pihak
hospital,doktor-doktor dan ahli pertolongan cemas terlatih sahaja.Malahan ia
sepatutnya dipikul oleh setiap lapisan masyarakat.Ini adalah kerana kemalangan
dan kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masa samada di dalam rumah,pejabat,sekolah
atau di kawasan terbuka.Mereka yang
terlibat dengan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak sewajarnya perlu
mendapat latihan dalam 'Pertolongan Cemas' (First Aid).Keperluan ini
jangan ambil mudah khususnya kepada mereka yang terlibat dengan bayi dan tatih.Banyak
kemalangan berlaku hingga membawa kematian yang tidak diduga seperti yang
pernah disiarkan menerusi suratkhabar.Langkah yang sewajarnya adalah
melengkapkan diri dengan pengetahuan asas pertolongan cemas untuk mengelakkan
kemalangan di taska mahupun di tadika.Pengalaman saya semasa melanjutkan
pengajian di luar negara diwajibkan mendapatkan pengetahuan asas pertolongan
cemas untuk menjalankan amali (latihan mengajar) di institusi pendidikan awal
kanak-kanak.Dua perkara wajib dipelajari iaitu 'Infant and Child CPR'
dan 'Community First Aid and Safety'.Apabila berlaku kemalangan
atau kecemasan,anda mungkin menjadi orang yang berada di lokasi ataupun orang
yang pertama tiba ke lokasi kemalangan atau kecemasan.Oleh itu anda merupakan responder
pertama atau ahli pertolongan cemas yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa
atau untuk mengurangkan kemungkinan kecederaan dari menjadi lebih teruk.Bagi
membolehkan anda menjalankan rawatan kecemasan yang baik, anda mestilah
mempunyai pengetahuan ilmu pertolongan cemas yang mahir dan cekap.Di dalam unit
ini anda akan didedahkan mengenai ilmu pertolongan cemas agar anda dapat
memberikan rawatan pertolongan cemas dengan baik. Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal
untuk mereka yang cedera atau sakit.Ia merupakan khidmat penjagaan yang
diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang
malang.Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.Khidmat
segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan
perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan
keseluruhan atau sebahagian darinya.Pertolongan cemas memiliki batasannya yang
tersendiri,kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun
doktor,namun
begitu ia merupakan
satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang
menyeluruh.Ketika menghadapi mangsa yang memerlukan pertolongan kita janganlah
panik tetapi perlu bertenang.Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut
tertibnya yang logik.Apabila memberikan pertolongan cemas, laksanakannya
mengikut kemampuan anda. Jangan cuba untuk menjadi wira.Hubungi atau dapatkan
bantuan secepat mungkin.Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan
cemas melaksanakan tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adalah
perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota badan.Seorang mangsa yang tidak
boleh bernafas dengan baik, atau mengalami pendarahan berlebihan,perlukan
bantuan segera.Jika pertolongan cemas itu pantas dan berkesan,mangsa tersebut
akan memiliki peluang yang lebih cerah untuk pulih.Cuba bertenang dan fikirkan
semua tindakan anda. Pengamal pertolongan cemas yang tenang dan terkawal telah terbukti
dapat mengawal keadaan dengan cekap dan berkesan.Dalam pertolongan cemas,terdapat
teknik-teknik dalam memberi bantuang kepada mangsa.Sebelum memberi bantuan
kecemasan,pastikan keselamatan anda juga terjamin dengan menimbang bahaya
akibat dari kemalangan tersebut dengan mengetahui punca kecederaan mangsa,seperti
terkena renjatan eletrik dan lain-lain.Pastikan anda tidak terus
menyentuh mangsa,sebaliknya peka dan bertindak pantas menurut keperluan.
Sekiranya mangsa terkena rencatan elektrik maka pastikan kadar bahaya elektrik
yang mangsa hadapi.Sekiranya 240 volt ke bawah gunakan penebat untuk
meleraikan mangsa dari punca rencatan elektrik, seperti baju,tali pinggang
dan lain lagi.
Akhir sekali ialah objektif pertolongan cemas.Antara objektifnya ialah untuk
menyelamatkan nyawa.Jika mangsa pengsan,pastikan laluan udara selesa dan
pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan,hentikan pendarahan
secepat mungkin.Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa
(sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian
istimewa.Kedua,untuk mencegah luka menjadi lebih teruk.Alih mangsa dari tempat
bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak.Selesakan dan beri keyakinan pada
mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan
atau keadaan yang basah.Ketiga,mendapat bantuan perubatan.Arah atau pinta
rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau
perawat bertauliah dengan sesegera mungkin.Pastikan menunggu bersama mangsa
sehingga bantuan sampai.Akhir sekali,
balutan.Adalah wajib
untuk membalut luka,yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor,supaya
menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka
menjadi bertambah rosak.Pembalut mestilah di antikumankan disimpan dalam bekas
yang ketat dari udara.Ia sewajarnya dibuat dari kain putih,suci dari kekotoran.Tangan
harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka.Gunakan balutan yang dapat
melindungi luka sepenuhnya.Tangani balutan hanya dari sisinya.Tambah pelapik
tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.
Jenis-jenis pertolongan cemas diperlukan di dalam keadaan berikut:
Luka Dan Pendarahan
Luka ialah sejenis
kecederaan kepada tisu-tisu badan yg mengakibatkan pengaliran darah dibahagian
luar atau dalam badan disebabkan alat tajam atau tumpul.Luka boleh juga
ditakrifkan sebagai terputusnya kesinambungan sel-sel epitelium kulit.(Sel
epitelium ialah sel yang terletak paling atas dalam lapisan kulit).Pendarahan
pula ditakrifkan sebagai terpotonya salur darah sehingga darah keluar
darinya.Jika kita boleh lihat struktur kulit manusia,ian akan kelihatan seperti
lapisan-lapisan.Oleh salur darah terletak rapat dengan lapisan sel-sel epitelium,maka
sebarang kecederaan pada lapisan sei epitelium akan menyebabkan salur darah
juga terpotong.Oleh sebab itulah lika selalunya berdarah.Jika kita bertanya
kepada guru sains mahupun doctor,kita akan diberitahu ada tiga jenis salur
darah,iaitu arteri(salur nadi),vena(pembuluh darah) dan kapilari(rerambut
darah).Secara umumnya,arteri ialah salur darah yang mrmbawa darah keluar dari
jantung ke seluruh anggota badan.Jantung mengepam dengan kuat dan membawa darah
beroksigen.Jiak arteri terpotong,darah yang keluar akan kelihatan membuak-buak
dan berwarna merah terang.Vena pula membawa darah kembali ke jantung dari
anggota badan.Ia mengalir dengan lemah dan membawa darah tidak beroksigen kerana
oksigen telah digunakan disel-sel anggota badan.Jika vena dipotong,darah keluar
akan perlahan dan berwarna kehitaman.Kapilari pula ialh salur-salur darah halus
yang menyambungkan arteri dengan vena didalam anggota badan.Jika kapilari
dipotong,darah yang keluar sedikit,perlahan dan berwarna merah terang.Walau
bagaimanapun,secara praktikalnya,apabila luka berlaku,pendarahan yang berlaku
selalunya melibatkan lebih daripada
satu jenis salur darah.Apakah
perbezaan antara luka dengan pendarahan.Kedua-dua istilah ini boleh digunakan
dalam maksud yang sama,kerana luka selalunya berdarah.Walau bagaimanapun,ada
juga pendarahan yang tidak melibatkan luka,ia dinamakan pendarahan dalaman.
Pendarahan Kecil
Terbahagi kepada tiga iaitu:
1)Pendarahan eksternal (dibahagian luar)
·
luka
terhiris -disebabkan benda tajam seperti
pisau
·
luka terkoyak
-disebabkan cakaran binatang atau dawai
·
luka berdarah
-kena pukulan tepat benda tidak tajam
·
luka
tembus -seperti kena tikaman pisau,
atau jarum
a) Pendarahan
internal (dibahagian dalam)
- perut –muntah berdarah
- rahim – tumpah darah
- tali usus – darah pada dubur
- buah pinggang – kencing berdarah
- paru-paru / salur pernafasan – batuk berdarah
- tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung
b) Pendarahan
internal tanpa kesan
- limpa dan hati pecah
- pendarahan dalam otak
Jenis-jenis luka
Terbahagi kepada 2
kategori:
·
Luka terbuka- luka teruk yang melibatkan
organ-organ lain,menyebabkan tumpahan darah yang banyak,renjatan dan juga
jangkitan kuman.
·
Luka tertutup- kebiasaannya kulit tidak
pecah, tumpahan darah terjadi dalam tisu dan bahagian yang tercedera menjadi
lebam.
Luka terbuka
Luka terhiris
(Incision)disebabkan alat tajam seperti pisau atau kaca.Luka senang dirawat dan
bercantum semula.Mungkin berlaku pendarahan yg banyak disebabkan terpotong
salur darah.
Luka tikaman
(punctured)Disebabkan tercucuk paku,jarum atau serpihan kayu.Mempunyai liang
yang kecil tetapi dalam.Luka
dalam menyebabkan kekotoran atau kuman mudah meresap dan risiko jangkitan
tinggi.
Luka Tertutup
Lebam (contusion)akibat daripada terkena pukulan yang kuat seperti
ketukan tukul besi.Darah yang keluar bewarna kemerahan berkumpul dibawah
lapisan kulit.
Rawatan
Pendarahan Eksternal Secara Umum
a)Luka-luka kecil,memerlukan pembalutan kecil seperti plaster
sahaja.Rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman.Langkah-langkah rawatannya adalah:
·
Bersihkan tangan dengan sabun.
·
Jangan sentuh luka
dengan tangan kotor.
·
Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
·
Keringkan menggunakan tisu atau tuala yang steril.
·
Lekatkan plaster mengikut saiz luka.
·
Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
·
Gunakan
pembalut untuk memegang plaster.
Rajah Balutan luka
b) Luka kecil yang ada benda asing.Sekiranya ada
benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam
atau objek-objek lain, jangan keluarkan objek tersebut.Tindakan ini akan
mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.Matlamat rawatan
adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan
rawatan perubatan.
Rajah balutan ada objek
Langkah-langkah
rawatannya
·
Bersihkan tangan dengan sabun.
·
Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
·
Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
·
Keringkan perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala
yang telah disteril.
·
Kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang
teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.
·
Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk
mengurangkan risiko jangkitan kuman.
·
Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga boleh
membalut tanpa menekan objek dan bawa mangsa ke hospital.
Jika lebam gunakan
tuaman sejuk.Anda juga boleh mengalirkan air sejuk ke atas bahagian anggota
yang tercedera.Tuaman sejuk boleh dibuat dari kiub ais yang dibungkus dengan
tuala.Tuam anggota yang cedera selama 20 minit.
Terseliuh Dan Patang Tulang
Terseliuh
Terseliuh kecederaan
pada suatu ligamen (suatu jalinan kuat tisu berserat hubungkan dua tulang
bersama pada sendi) disebabkan oleh regangan lampau.Kecederaan berlaku pada
sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut sehingga mengoyakkan ligamen dan
tisu yang berhubungkait dengan sendi berkenaan.Keadaan ini boleh berlaku
sekiranya individu berkenaan membuat pergerakan mengejut seperti berpusing
sewaktu berlari atau sewaktu mengejar bola.Kebanyakan kecederaan ini berlaku di
anggota pergelangan kaki
terseliuh ‘Ankle
sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali
yang melibatkan koyakan pada ligamen.Ia juga melibatkan struktur-struktur yang
lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh
menyebabkan tulang patah (jarang berlaku).Kecederaan ini boleh berlaku apabila
kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’
samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan
dan sebagainya.Dalam aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku
dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak takraw,
bola keranjang) dan tukar
haluan (bola sepak, ragbi).Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku
akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak
rata,keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.
Rawatan
Secara ringkasnya,
rawatan ‘ankle sprain’ terbahagi kepada beberapa aspek yang utama
antaranya adalah:
1) Rawatan awalan
(R.I.C.E)
a) Rest setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan.
Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan
pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.
b) Ice,ais yang dibalut dengan
kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai
diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera
kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling
tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah
mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.
c) Compression bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak
yang keterlaluan.
d) Elevation meninggikan bahagian
yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung.Ini
mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.Bahagian yang luka harus
lebih tinggi daripada paras jantung.Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48
jam yang pertama.Walau bagaimanapun,rujukan pakar perubatan harus dijalankan
secepat mungkin.Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani
urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.
Patang Tulang
Patah adalah
keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang.Satu kekuatan yang ditujukan
kepada mana-mana bahagian rangka badan boleh menyebabkan berlakunya
kepatahan/retak.Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan keterukkan.Patah
boleh jadi tidak merbahaya sekiranya kecil tetapi boleh mengancam nyawa dan
kehidupan seseorang sekiranya berlaku pada bahagian leher dan pelvis.Patah
tulang boleh juga berlaku akibat barah tulang atau osteoperosis.Kemalangan
jalanraya adalah punca yang paling banyak menyebabkan kepatahan/retak tulang.
Tanda-tanda utama
kepatahan :
- Sakit
- Bengkak pada kawasan yang terlibat
- Tidak boleh menggerakkan bahagian terlibat.
Jenis- jenis patah
·
Patah
terpusing (Spiral)
·
Patah remuk (Comminuted)
·
Patah melintang (Tranverse)
·
Patah tebu (Green stick fracture)
·
Patah
menyerong (Oblique)
·
Patah lesung
(Impacted)
Patah terpusing. Patah
remuk. Patah melintang. Patah tebu
Patah terpusing (Spiral) -Kepatahan yang disebabkan dari daya putaran
yang kuat dan menghasilkan kepatahan
seperti “spring”.
Patah remuk (Comminuted)-Kepatahan tulang yang menjadi serpihann kecil akibat dari impak yang sangat
kuat.
Patah
melintang (Tranverse)- kepatahan yang
mendatar atau merentas disebabkan oleh aktiviti yang sangat lasak.
Patah tebu (Green stick
fracture)-kepatahan separa di mana tulang patah dan membengkok.Darah tidak mengalir keluar dan selalu terjadi
kepada kanak-kanak.
Patah menyerong
Patah lesung
Patah menyerong (Oblique)-kepatahan yang bersudut tajam yang disebabkan
dari hentakan kuat secara tiba-tiba.
Patah lesung (Impacted)-patah yg tulangnya cucuk-mencucuk antara satu
sama lain.Kepatahan yang terjadi akibat terjatuh dari tempat yang tinggi dan
terpecah dari pelbagai sudut.
Pendidik Awal Kanak-kanak berdepan situasi hendaklah
melihat pesakit
yang mengalami kecederaan mungkin dari tempat kejadian perlu di alihkan ke
tempat yang lebih selamat.Pindahkan pesakit secara berhati-hati dalam keadaan
dimana mengalihkan pesakit tidak menyebabkan kecederaan yang lebih teruk.Sekiranya
pesakit tidak sedarkan diri anggap leher juga patah,periksa dan pastikan tidak
menggerakkan bahagian leher sewaktu memindahkan pesakit.Sebelum pesakit dibawa
ke hospital,pastikan rawatan kecemasan telah diberikan di tempat kejadian
mengikut tahap kesedaran pesakit.Pendidik perlu ada kemahiran tentang
pertolongan cemas hendaklah memberi pertolongan kepada pesakit sebelum ketibaan
pasukan perubatan.Tempat yang mengalami kepatahan mestilah di pasangkan alat
sokongan "splint" untuk mengurangkan pergerakan dan mengurangkan
kesakitan.Alat sokongan "splint" boleh menggunakan sebahagian badan
pesakit seperti sebelah kaki untuk menyokong kaki sebelah yang patah dengan
menggandingkan kedua belah kaki dan ikat dengan tujuan mengurangkan
pergerakkan."Splint"
boleh di buat dari apa-apa bahan yang sesuai seperti surat khabar, papan atau
lain-lain benda yang keras yang boleh menampung tulang yang patah.Segera bawa
pesakit ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan perubatan
selanjutnya.
4.0
Keracunan
Keracunan merujuk
kepada gangguan sistem fizikal badan manusia disebabkan samada terhidu,
tersentuh atau termakan bahan kimia beracun daripada makmal,bengkel atau
berpunca daripada makanan yang dimakan yang tidak bersih atau mengandungi
racun.Keracunan adalah reaksi tubuh apabila bahan toksik memasuki ke dalam
sistem tubuh manusia melalui mulut,sedutatan/pernafasan dan kulit mata atau
mata.Kebanyakkan kes keracunan sekarang ini lebih kepada keracunan makanan.Keracunan
makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau
minuman yang tercemar.
Bahan-bahan toksik yang sering mengakibatkan keracunan seperti:
Bahan-bahan toksik yang sering mengakibatkan keracunan seperti:
- Ubat-ubatan
- Racun Serangga
- Gas
- Produk pertanian seperti baja dan racun rumpai
- Bahan-bahan kimia industri.
- Bahan-bahan pencuci di rumah
Faktor Penyebab Keracunan
Makanan
* Makanan disediakan
terlalu awal dan disimpan pada suhu bilik.
* Menyejukkan makanan
panas terlalu lama sebelum disimpan dalam peti sejuk.
* Tidak memanaskan
makanan pada suhu yang cukup tinggi untuk membunuh kuman.
* Memakan makanan yang
telah dimasak yang tercemar dengan kuman berbahaya.
* Tidak memasak makanan
pada suhu secukupnya ( tidak mematikan kuman ).
* Tidak mencairkan
makanan sejuk beku secukupnya pencemaran silang antara makanan mentah dan
makanan yang telah dimasak.Membiarkan makanan dijamah terlebih dahulu oleh
lipas,lalat, tikus dan binatang prliharaan seperti kucing dan burung.
* Bahan mentah disimpan
bersama-sama makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan menyebabakan
pencemaran silang.Bahan mentah terutama daging atau hasilnya harus disimpan
pada suhu serendah 40 C.
Gejala keracunan
bergantung kepada jenis bahan toksik yang terlibat, jumlah yang diambil
terdedah dan usia mangsa.Ada keracunan yang kesannya timbul serta-merta dan ada
yang mengambil tempoh beberapa jam atau hari sebelum menunjukkan gejala.Kesan
keracunan yang berlaku bergantung kepada jenis bahan toksik,jumlah yang
diambil,usia dan keadaan kesihatan mangsa.Gejala-gejala yang sering berlaku
ialah:
Ø Loya
Ø Muntah
Ø Pening
Ø Sakit
perut
Ø Sesak
nafas
Kesan daripada
keracunan makanan
Keracunan makanan boleh
mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.Ia juga boleh
mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau
kronik.Boleh menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat
muntah dan cirit-birit hingga menyebabakan dehidrasi atau tubuh kontang terik.Ini
seterusnya akan menurunkan tekanan darah ( tekanan darah rendah ),kegagalan
buah pinggang, dan lain-lain lagi.Kehilangan garam kalium yang terlalu banyak
dari tubuh mengakibatkan kekejangan otot termasuk jantung,sawan dan juga koma.Komplikasi
lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke dalam darah dan merebak ke
seluruh badan.Pendidik Awal
Kanak-kanak berdepan situasi hendaklah melihat mangsa yang
mengalami boleh membantu awal sebagai kepada mangsa adalah
bergantung kepada jenis bahan toksik yang terlibat.Umumnya,bantuan segera
berikut amat diperlukan:
·
Alihkan mangsa daripada punca bahan
toksik serta-merta
·
Tanggalkan pakaian yang tercemar
seberapa segera
·
Basuh anggota yang terlibat menggunakan
air.
·
Hantar segera mangsa ke hospital.
Kenalpasti bahan toksik
yang terlibat dan serahkan kepada doktor yang merawat.Cara mencegah
keracunan ialah:
·
Baca label pada botol/bekas sebelum
mengambil/memberi sebarang ubatan.
- Ambil ubatan seperti yang disarankan oleh doktor.
- Pakai peralatan perlindungan diri semasa mengendalikan sebarang bahan kimia.
- Pastikan racun/bahan toksik disimpan ditempat yang selamat.
Tercekik
Terdapat dua kategori tercekik iaitu mild obstruction (tercekik
separuh) dan severe obstruction (tercekik penuh).Bagi mild obtruction
bayi atau kanak-kanak masih boleh bernafas dengan sendiri dan batuk secara
efektif.Anda tidak perlu melakukan apa-apa kerana mangsa mampu untuk
mengeluarkan objek yang tercekik itu dengan sendiri.Yang anda perlu lakukan
hanyalah meminta mangsa untuk membatukkan objek yang menyebabkan dia tercekik
itu keluar.Jika tidak boleh segera hubungi talian kecemasan 999.Apabila
severe obstruction terjadi perkara pertama yang dilakukan adalah dengan
memastikan keadaan mangsa dengan bertanya keadaannya dan kenal pasti target
group mangsa anda.Jika mangsa yang tercekik adalah kanak-kanak yang berumur
lebih dari 1 tahun,anda boleh bawa kanak-kanak ke atas meja atau kerusi, urun
atau merendahkan badan menyamai paras kanak-kanak tersebut bagi memudahkan
bantuan diberikan kepada kanak-kanak yang tercekik itu.Kemudian terdapat dua cara yang boleh digunapakai oleh pendidik awal
kana-kanak apabila menghadapi situasi tercekik.Untuk memberikan bantuan kepada
kanak-kanak tercekik,yang pertama tundukkan kanak-kanak dan tepuk belakang
kanak-kanak sebanyak lima kali untuk membina satu kuasa untuk menolak keluar
objek yang tercekik seperti rajah diatas.Rajah dibawah yang kedua adalah dengan
berdiri di belakang mangsa, genggam tangan kanan dan letakkan dibahagian antara
pusat dan tulang rusuk, kemudian ‘kunci’ dengan menggunakan tangan kiri dan
tolak ke arah ‘in and up’ untuk membina kuasa menolak objek yang tercekik itu
tadi. Jika kanak-kanak kecil gunakan sebelah tangan sahaja dan daya tolakan
atau tekanan adalah kurang.Lakukan sebanyak lima kali atau sehingga mangsa
pengsan bawa terus ke hospital.
Bantuan untuk bayi
tercekik adalah berbeza.Anda harus pastikan terlebih dahulu sebab bayi tersebut
tercekik.Sebagai contoh,sekiranya bayi tersebut demam maka kemungkinan saluran
pernafasannya terkena jangkitan kuman.Oleh itu bawa bayi ke institusi perubatan
dengan segera.Sementara itu biarkan bayi itu bebas berbaring untuk mencari
sendiri posisi yang selesa baginya.Namun sekiranya bayi tersebut betul-betul tercekik sesuatu objek,dukung
bayi dengan keadaan kepalanya lebih rendah dari badannya kemudian letakkan
tangan kanan atau ibu jari dan kelingking dibawah dagu bayi (cengkam) dan
telangkupkan bayi dan letakkan di bahagian tangan kanan,dengan menggunakan kaki
tampung tangan yang memegang bayi tadi.Posisi yang terbaik bagi melakukan kaedah
ini adalah posisi duduk.Setelah itu tepuk belakang bayi sebanyak lima kali,
pusingkan semula bayi dan lakukan compression seperti di dalam
kaedah CPR sebanyak lima kali.Ulang kitaran tersebut hingga objek tersebut
keluar.Semasa melakukkan tepukan dan compression tersebut perhatikan
mulut dan hidung bayi sekiranya kelihatan sebarang objek sekiranya ada,cuba
tarik objek itu keluar.Jika semasa kita lakukan kaedah ini, bayi pengsan segera
hubungi 999 ataupun membawa terus ke hospital dan lakukan CPR.
Kesimpulan
Kesimpulannya,pendidik,ibu bapa mahupun masyarakat perlu tahu asas pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit.Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang.Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya.Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri,kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor,namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.
Kesimpulannya,pendidik,ibu bapa mahupun masyarakat perlu tahu asas pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit.Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang.Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya.Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri,kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor,namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.
Rujukan
HDPS4203Kesihatan Dan Keselamatan Dalam Pendidikan Awal kanak-kanak (
Edisi Pertama). Kuala Lumpur :Open University Malaysia [12 September 2014]
Health
Fats 2013 ( Ministry Of Health Malaysia ). Dicapai dari htt://www.moh.gov.my/
images/ gallery/publications/ HEALTH %20 FACTS %02013.PDF[12 September 2014]
Panduan
Kecemasan Pertahanan Awam.Dicapai dari https://www.mha.gov.sg/get_blob.aspx?file_id
[12 September 2014]
Paduan
Resusitasi Kardiopulmonari Dan Pertolongan Cemas bagi mangsa tercekik. Dicapai
dari 50megs.com/cpr/tercekik.htm. [12 September 2014]
Unit
Kesihatan Pekerjaan,Bahagian Kawalan Penyakit ( 2011 ) Garis Panduan
Penyiasatan Kes-Kes Kemalangan / Penyakit,Pekerjaan / Keracuan Di Tempat Kerja.Kementerian
Kesihatan Malaysia. [25 September 2014]
Abu
Hassan Asaari bin Abdullah.( 2000 ) When choking happens. Positive Parenting.
First aid. Dicapai dari http://first_aid_4all.tripod.com/ [25 September 2014]
Jabatan
Kesihatan Terengganu.Pertolongan cemas di rumah.Dicapai dari http://first_aid_4all.tripod.com/[25 September 2014]
Kamilah
Beran. ( 1996 ).Bahaya bahan sediaan di rumah: Sabun dan bahan pencuci. Pusat
Racun Negara, USM. Dicapai dari http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/1996/kosmik11.html
[15 Oktober2014]
Kementerian
Kesihatan Malaysia.Kecemasan: Keracunan. Dicapai dari http://www.infosihat.gov.my/Penyakit
_K_Kecemasan_Keracunan.html[15 Oktober2014]
Kementerian
Kesihatan Malaysia.Kecemasan:Tercekik. Dicapai dari http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_K_Kecemasan_Tercekik
%20.html[15 Oktober2014]
Kementerian
Kesihatan Malaysia.Pencegahan kecederaan di jalan raya.Dicapai dari
http:www.infosihat.gov.my/KCHS%201999%20%20%KECEDERAAN /
Ris_Bsk1%20Cedera_BM/Ris _ Bsk1%20Cedera_BM pdf [15 Oktober2014]
Kementerian
Kesihatan Malaysia.Pertolongan cemas dan resusitasi. Dicapai dari http://www.infosihat.gov.my/PDF%20Penyakit/Pertolongan%20Cemas%20
dan %20Resusitasi.pdf [27 Oktober2014]
Marotz,L.R.,Cross,M.Z.,&Rush,J.M
( 2001 ).Health,safety and nutrition for the young child ( 5th ed.
).New York,NY:Thomson Delmar Learning. [27 Oktober2014]
Noor
Hayati Mohd Isa.(2000).Pertolongan cemas dan masalah kesihatan pada
kanak-kanak. Dewan Bahasa dan Pustaka. [27 Oktober2014]
Zulkifli
bin Ismail. ( 2005,Part 3 ).Keracunan. Positive parenting, 47-48. [27 Oktober2014]
Wright,
H. Dan Sugden, D. (1999),Physical Education for All.London: David Fulton[27 Oktober2014]
Zainun
Ishak. 2006.Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak .UtusanPublications
& Distributors Sdn Bhd. [17November 2014]
Miriam
Stoppard. 1998.Panduan Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak .Tropical Press
Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. [17November 2014]
Amzan
bin Abd. Malek & Hazira binti Hamsah A.2007.Persatuan Pandu Puteri Malaysia.PTS Professional
publishing.Sdn.Bhd.Selangor[17November 2014]
No comments:
Post a Comment