1.0
Pengenalan
Taman
Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bermaksud mana-mana premis yang menempatkan empat
atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan lebih daripada satu isi
rumah diterima masuk dan dijaga dengan upah.Kumpulan sasaran ialah kepada
kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah seperti termaktub di dalam Akta
Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.Perkhidmatan juga diberi kepada pekerja
TASKA,ibubapa dan pihak-pihak yang terlibatdalam asuhan kanak-kanak.Manakala taman
asuhan di rumah pula ialah satu tempat asuhan kanak-kanak yang menerima masuk
kanak-kanak kurang daripada 10 orang dan taman asuhan kanak-kanak diinstitusi
ialah satu tempat asuhan yang menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih.Penjagaan
kanak-kanak masa kini,merupakan satu tanggungjawab ibubapa,namun akibat ramai
daripada ibubapa yang terpaksa bekerja,maka tanggungjawab ini diserahkan kepada
penjaga atau taman asuhan kanak-kanak.Kerajaan menyedari,pusat asuhan yang tumbuh
macam cendawan perlu kawalan terutama bagi menentukan kanak-kanak mendapat asuhan
dan didikan yang sesuai dengan umur mereka.Atas alasan di atas,pada 24.4.1997 kerajaan
telah merangka garis panduan taman asuhan yang mana digunapakai oleh semua
taska di seluruh Malaysia.Setiap pengusaha taska dikehendaki menghadiri kursus
dan penguruskan taska mereka mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.Dengan
adanya garis panduan ini akan dapat memberi peluang kepada taman asuhan
kanak-kanak untuk mewujudkan penjagaan yang lebih baik kepada kanak-kanak
yang berada di taman asuhan kanak-kanak,pengasuh juga perlu memenuhi cirri-ciri
dan kelayakan tertentu.Mengikut syarat yangditetapkan dalam akta taska(Taman
Asuhan Kanak-kanak) 1984,pengasuh mesti berumur 18 tahun ke atas dan
sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Selain itu,pengasuh mesti mempunyai
pengetahuan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dan wajib menghadiri Kursus
Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang ditetapkan dalam akta berkenaan.Mereka juga
perlu mempunyai minat serta komitmen dalam melakukan tugas sebagai pengasuhdan
mampu memahami keperluan kanak-kanak ini mengikut tahap umur dan kebolehan.Banyak proses-proses pendaftaran perniagaan bagi seseorang
usahawan yang ingin membuka pusat asuhan kanak-kanak di Malaysia.
1.Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar
Pertubuhan (ROS) kecuali bagi TASKA di rumah.Empat jenis taska ialah.
i.
Taska di rumah
menerima masuk 4 hingga 9 orang
kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.
ii.
Taska di institusi menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih.
iii.
Taska di tempat kerja taman asuhan kanak-kanak yang disediakan di
mana-mana tempat kerja.
iv.
Taska komuniti (TASKOM) menerima masuk 10 orang
kanak-kanak atau lebih serta menerima bantuan daripada kerajaanp atau kerajaan negeri.
2.Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3.TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti
berikut :
Ø Pihak Berkuasa Tempatan
Ø Jabatan Bomba dan Penyelamat
Ø Jabatan Kesihatan
Ø Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
1.2
Prosedur permohonan pendaftaran taska
1.Konsultasi dan
permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
(PKMD) yang berkenaan.
2.Permohonan pendaftaran yang lengkap akan
diproses dalam tempoh 14 hari bekerja.
3.Bayaran fi
pendaftaran dikenakan sebanyak RM50.00 bagi taska dirumahdan RM250.00 bagi taska
Institusi; Tempat Kerja dan Komuniti.
4.Kelulusan Sijil
Perakuan Pendaftaran TASKA akan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat
Negeri (PKMN) yang berkenaan.Sebarang pembetulan terhadap sijil tersebut
hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari.
5. Tempoh sah
pendaftaran adalah selama 60 bulan (5 tahun).
6. Senarai TASKA
berdaftar boleh disemak di laman web www.jkm.gov.my
Antara dokumen yang
diperlukan untuk pendaftaran sesebuah TASKA seperti berikut :-
- Salinan Lesen Pelesenan dari SSM(ROB/ROC) yang diakui sah
- Surat sokongan dari Jabatan Perancang Bandar (contoh:MPK/MPAJ/Pejabat Daerah (salinan diakui sah)
- Surat sokongan dari Jabatan Kesihatan (contoh:MBPJ/MPSJ (salinan diakui sah)
- Surat sokongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (cth : Kajang/Bangi/Pandan Indah (salinan diakui sah)
- Borang Jadual 11 (Borang asal).Dibeli dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bernilai RM10 berserta buku panduan.
- Jadual Aktiviti. Mengikut perkembangan menyeluruh untuk seminggu terbahagi kepada dua kumpulan umur : i) 0 - 2 tahun, ii) 2 - 4 tahun
- Jadual Menu yang seimbang. Jadual untuk sebulan terbahagi dua kumpulan umur : i) 0 - 2 tahun, ii) 2 - 4 tahun.
- Pelan Lantai. Pelan asal yang menggambarkan sudut-sudut aktiviti dan lain-lain bahagian. Kiraan kawasan ruang dalam meter persegi (3.5m/setiap kanak-kanak).
- Penglibatan ibubapa.Untuk program tahun ini dan perancangan tahun hadapan.Ia hendaklah mengandungi tarikh, nama program dan jumlah kehadiran ibu bapa.
- Senarai kanak-kanak.
- Senarai kakitangan.Mengandungi nama,umur,kelayakan dan salinan kad pengenalan yang diakui sah.
- Sijil Kursus Asuhan Kanak-Kanak dan sijil-sijil berkaitan.Sijil-sijil bagi pengusaha penyelia dan pengasuh (salinan diakui sah).
- Wang Pos/Cek (RM50.00) atas nama Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Disediakan setelah dokumen telah disemak dan disahkan lengkap oleh Pegawai TASKA.
- Pelan Lokasi. Pelan dari jalan besar/utama bagi memudahkan pihak JKM mengesan lokasi.
- Peraturan TASKA.Peraturan yang disediakan oleh Pengusaha termasuk senarai harga yuran kanak-kanak.
Manakala bagi
pendaftaran TASKA di Rumah, berikut adalah antara dokumen yang diperlukan :
- Borang permohonan pendaftaran TASKA di Rumah. (Boleh didapati dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah)
- Salinan kad pengenalan
- Salinan Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak
- Jadual Aktiviti
- Jadual Menu
- Senarai Kanak-Kanak
Perakuan pendaftaran
TASKA di rumah akan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri.
2.0 Faktor-faktor yang diambil
kira semasa menyediakan makanan untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun.
Pemakanan
adalah komponen penting untuk mengekalkan kesihatan dan perlu dimulakan dari
peringkat bayi lagi.Amalan pemakanan yang optimum di kalangan bayi dan
kanak-kanak adalah diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan yang
optimum dari segi
fizikal, kognitif,bahasa
dan sosio emosi.Bayi dan kanak-kanak yang dihantar ke Taman Asuhan Kanak-kanak
(TASKA) menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sini.Oleh itu,taska
merupakan satu persekitaran yang dapat memberi dan menggalakkan fizikal serta
mental yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak.Selain itu,amalan makan secara
sihat yang dipupuk di TASKA sejak kecil dapat membantu kanak-kanak mengamalkannya
sehingga ke peringkat dewasa.Oleh itu,pengendali TASKA memainkan peranan yang
penting dalam memastikan kanak-kanak yang berada di TASKA memperolehi makanan
yang berkhasiat dan dapat memenuhi keperluan pemakanan mereka.Menurut Prof. Madya Norhashimah Hashim (2004), amalan pemakanan berkhasiat
penting untuk kanak-kanak taska kerana kualiti pemakanan mempunyai kesan
langsung ke atas pertumbuhan dan perkembangan serta kesihatan kanak-kanak pada
masa depan. Peranan guru taska bagi menggalakkan amalan pemakanan yang sihat di
kalangan kanak-kanak adalah sangat penting.Hal ini adalah kerana, kanak-kanak
perlu mendapat makanan yang berkhasiat,bermutu tinggi dan seimbang.Makanan yang
tidak berkualiti akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak.Menurut Saayah Abu, Surayah
Zaidon dan Siti Saleha samsuri (2006),Objektif program nutrien kanak-kanak
adalah merancang khidmat makanan. Ia melibatkan penyediaan dan kelengkapan
makanan berat dan ringan yang berkhasiat. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada
kepelbagaian makanan yang disajikan.Kanak-kanak yang dibekalkan dengan makanan
yang berkhasiat,bermutu tinggi dan seimbang didapati mempunyai IQ atau darjah
kecerdasan yang tinggi.Oleh itu,peranan taska amat penting dalam penyediaan
diet yang mengandungi nutrient yang secukupnya. Kanak-kanak patut disediakan
makanan yang seimbang kerana kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukan
tenaga dalam aktiviti seharian mereka.Tambahan pula,pemakanan seimbang dapat
membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta
membantu pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak yang sihat.Lantaran itu,menu
untuk kanak-kanak di tadika hendaklah dirancang terlebih dahulu demi menjaga
kualiti makanan yang disediakan dan dihidangkan oleh penyedia makanan.Penyediaan makanan juga
dipengaruhi oleh sumber seperti sumber kewangan, bahan makanan, kemudahan
fizikal,kemahiran, keupayaan dan masa.Penyediaan makanan hendaklah berdasarkan
peruntukan kewangan yang telah ditetapkan.Perancangan perbelanjaan perlu
diikuti semasa membeli-belah agar tidak berlaku pembaziran.Penyediaan makanan yang menggunakan bahan makanan dalam
musim atau yang mudah diperoleh sepanjang tahun adalah terbaik kerana harganya
lebih murah, banyak pilihan dan lebih segar.Kemudahan fizikal seperti alat-alat
penjimat masa perlu dipertimbangkan. Pengisar, pembancuh kek,periuk nasi dan
ketuhar gelombang mikro adalah sebahagian alat yang boleh membantu dalam
penyediaan hidangan. Menu yang dipilih seelok-eloknya menggunakan alat penjimat
masa yang sedia ada.Menu makanan yang dipilih hendaklah berdasarkan penguasaan
kemahiran memasak.Penguasaan kemahiran memasak dapat mempelbagaikan hidangan
setiap sajian dan menjadikannya lebih menarik dan menyelerakan.Keupayaan dalam
mengorganisasi kerja amali dalam masa yang diperuntukkan mempengaruhi
perancangan menu.Penyediaan masakan yang dijalankan secara bertindih dengan
kaedah masakan yang berlainan merupakan keupayaan menyediakan masakan
berkualiti secara sistematik dan bersih.Setiap menu yang dipilih perlu
disesuaikan dengan sumber masa yang ada.Dengan penyediaan makanan yang teliti,masalah
masa dapat diatasi dengan menggunakan kaedah memasak yang bersesuaian dengan
peruntukan masa.
3.0 Antara faktor-faktor yang
diambil kira semasa menyediakan makanan untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun
3.1
Keseimbangan Kandungan Nutrient
Untuk memperoleh
kesihatan yang baik, setiap menu yang dirancang harus mempunyai kandungan
nutrient yang cukup dengan kadar yang sesuai.Semua menu yang dihidang mesti
mengandungi jenis nutrient yang berikut:
a)
Karbohidrat
b)
Protein
c)
Garam mineral
d)
Lemak
e)
Vitamin
3.2 Jenis-jenis Makanan
Utama:
- Karbohidrat: Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula,jus buah-buahan,makanan yang diproses dan juga makanan ringan.Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan,sayuran,roti,bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.
- Protein: Protin adalah penting kepada kanak-kanak.Namun protin perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik adalah; telur,susu,ayam,keju,ikan,daging dan sebagainya.
- Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka.Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).
- Vitamin dan mineral:Mengekalkan tumbesaran dan kesihatan keseluruhan,kerana kedua-duanya menjalankan fungsi-fungsi penting didalam tubuh.Diperlukan dalam kuantiti kecil,tidak boleh dihasilkan dalam tubuh dan hanya boleh didapati dalam makanan.Keperluan boleh dipenuhi dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada kumpulan makanan dalam pyramid makanan.
Makanan yang dapat
membekalkan pelbagai zat makanan yang diperlukan kanak-kanak.Ia harus terdiri
daripada 5 kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
Rajah Piramid Makanan
3.3
Keperluan Fizikal
1.Keperluan zat makanan
bagi setiap individu adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut:
a)
Umur
b)
Tahap kesihatan
c)
Saiz badan
d)
Jenis pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan
Seorang kanak-kanak
memerlukan lebih makanan yang berfungsi untuk pembina tubuh badan berbanding
orang dewasa.Hidangan menu yang kurang berminyak sesuai untuk seorang
pesakit.Manakala orang yang aktif memerlukan lebih makanan pemberi tenaga dan
haba seperti nasi,roti,mentega dan keju.
3.4
Kegemaran Individu
Semasa perancangan
menu,makanan kegemaran setiap ahli keluarga perlu diambil kira.Ini adalah
individu yang berlainan dalam sesebuah keluarga mempunyai makanan kegemaran
yang berbeza.Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan bagi hidangan yang
disajikan termasuk jenis makanan,kaedah memasak,rasa dan tekstur makanan.
3.5
Masa dan Perbelanjaan
Masa dan kos yang
diperlukan untuk menyediakan sesuatu hidangan mesti diambil kira semasa
merancang menu supaya tidak berlaku pembaziran.Hidangan harian seperti sarapan
haruslah memilih menu yang mudah dan cepat disediakan.
3.6
Keseimbangan Sajian
Keseimbangan sajian
ialah hidangan yang mempunyai variasi dan keseimbangan dari segi warna,
teksur,rasa,bahan makanan, dan kaedah memasak.Sesuatu sajian yang seimbang
dapat menambah selera makan pengguna.Sesuatu sajian yang seimbang perlulah
mengambil kira daripada pelbagai aspek,iaitu:
a)
Warna yang berlainan
b)
Rasa yang pelbagai seperti masam,manis,pedas dan masin
c)
Tekstur seperti lembut,rangup atau garing
d)
Kaedah memasak yang berbeza seperti menggoreng, mengukus atau merebus
WAKTU MAKAN
|
6 – 8 BULAN
|
9 – 11 BULAN
|
1 – 3 TAHUN
|
SARAPAN
|
½ cawan bubur nasi
1 sudu makan tomato/ lobak merah
1 sudu makan sawi/bayam
|
½ cawan bubur
1½ sudu makan tomato/lobak merah
1 sudu makan sawi/bayam
|
1 keping roti bakar
1 sudu teh marjerin
1 gelas susu
|
MINUM PAGI
|
2 sudu makan pisang
|
½ potong betik
|
1 biji pisang bersaiz kecil
1 gelas susu
|
MAKAN TENGAH HARI
|
½ cawan bubur nasi
1 sudu teh daging (empuk)
1 sudu makan tomato/lobak merah
|
¾ cawan bubur nasi likat
1 sudu teh daging (empuk)
1 ½ sudu makan tomato/ lobak merah
1 sudu makan sawi/bayam
|
½ cawan mi sup
1 sudu teh daging
½ cawan sayuran
1 gelas air kosong
½ potong betik
|
MINUM PETANG
|
1 sudu makan pisang
|
½ biji pisang bersaiz kecil
|
2 ketul cekodok pisang
1 gelas jus buah tembikai
|
10
|
|||
MAKAN MALAM
|
½ cawan bubur nasi
1 sudu teh daging (empuk)
1 sudu makan tomato/lobak merah
1 sudu makan pisang
1 sudu teh minyak sayuran/marjerin
|
¾ cawan bubur nasi likat
1 sudu teh daging (empuk)
1½ sudu makan tomato/ lobak merah
1½sudu makan sawi/bayam
1½ sudu teh minyak sayuran/marjerin
|
½ cawan nasi putih
½ ekor ikan kembong masak pindang
½ cawan bayam
1 gelas air kosong
|
MINUM MALAM
|
1 gelas susu
|
Jadual penyediaan
makanan kanak-kanak berumur 6 bulan sehingga 3 tahun
4.0 Tabiat makanan yang baik
dan tabiat makanan yang kurang baik untuk kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun.
Tabiat atau habit kerap
berubah dalam kehidupan seseorang itu.Semakin lama diamalkan, semakin sukar
untuk sesuatu tabiat itu dikikiskan atau diubah.Umpamanya nya, seseorang dewasa
yang ketagih merokok akan berasa sukar untuk memberhantikan amalan itu.Tabiat
yang positif,jika diamalkan,akan membentuk keperibadian seseorang itu.Tabiat
makan yang betul, membaca doa sebelum tidur,bangun awal dan bersenam setiap
pagi adalah beberapa contoh tabiat positif yang elok diamalkan.Kanak -kanak
juga mempamerkan tabiatnya yang tersendiri yang sentiasa berubah.Kebanyakan
tabiat ini bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada juga yang
berterusan sehingga bertahun -tahun lamanya.Tabiat makan yang betul juga mudah
dipupuk. Peraturan makan yang diperkenalkan sejak anak -anak masih kecil akan
mendorong mereka mengamalkannya sehingga dewasa.Misalnya,tabiat menggunakan sudu
dan
11
garpu,membasuh tangan
setiap kali sebelum makan,minum air hanya selepas selesai makan dan
sebagainya.Kanak -kanak yang tidak digalakkan makan sayur -sayuran mungkin
tidak akan menggemarinya apabila dia besar.Makan bersama -sama keluarga dan
berdoa sebelum makan akan menjadi tabiat jika dibiasakan.Kemesraan diwaktu
makan mendatangkan selera di samping mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan.Sebaliknya,anak yang sentiasa dileteri dan dimarahi kerana tidak
mahu makan atau tidak menghabiskan makanan dalam pinggannya akan berasa bahawa
waktu makan adalah suatu waktu yang membosankan.Anak-anak sering mencontohi perbuatan
atau perkara -perkara yang diamalkan oleh ibu bapa mereka.Jadi, tidaklah
menghairankan jika mereka turut menggemari makanan yang digemari oleh ibu bapa
mereka.Makanan yang disediakan di rumah juga mempergaruhi tabiat makan anak
-anak.Jika buah -buahan seperti oren,epal,pisang,betik, atau tembikai sering
dihidangkan setiap kali selepas makan, amalan baik akan menjadi satu tabiat.Terdapat
tiga faktor yang menyebabkan kanak-kanak mempunyai tabiat makanan yang tidak
sihat.Pertama,apabila anak-anak mempunyai pilihan makanan ringan yang banyak di
rumah.Misalnya melambakkan sebegitu banyak stok makanan ringan,gula-gula atau
air berkarbonat di dapur sekadar tujuan untuk dinikmati secara ringan sambil
bersantai menonton televisyen.Keadaan ini membuka ruang dan pengaruh kepada
anak-anak untuk lebih tertarik menikmati makanan ringan tersebut berbanding
makanan berat yang lebih berkhasiat.Memang tidak salah untuk sesekali anak-anak
makan makanan ringan,namun ibu bapa perlu menyediakan pilihan makanan ringan yang
berkhasiat seperti biskut,roti berkrim,bertih jagung rendah lemak,yogurt atau
pun kismis.Faktor kedua,keperluan anak-anak untuk memilih makanan kegemaran.Kadang
kala,ada anak-anak yang dipaksa ibu bapa untuk makan satu-satu jenis makanan
sahaja.Ia akan menyebabkan anak-anak kebosanan dan tidak berminat untuk terus
menikmati sajian makanan yang serupa.Maka ibu bapa harus bijak mempelbagaikan
jenis atau cara masakan yang disajikan sama.Yang pentingnya,khasiat makanan
tetap terpelihara dan memberi faedah kepada perkembangan tubuh badan dan mental
anak-anak.Jika anak-anak mahu makan burger,sosej atau ayam goreng seperti mana
yang dijual di restoran makanan segera,ibu bapa sendiri sebenarnya mampu untuk
menyediakan makanan segera tersebut dengan jaminan khasiat yang lebih tinggi.Faktor
ketiga pula adalah emosi.Kanak-kanak yang mengalami kesedihan,ketakutan atau
krisis kekeluargaan cenderung memiliki tabiat
kurang makan atau
terlebih makan.Jika ibu bapa melihat emosi anak-anak yang terganggu sebegini
turut memberi kesan negatif kepada tabiat pemakanan mereka,maka dicadangkan
agar masalah yang menghantui anak-anak itu diselesaikan dahulu,bukan terfokus
kepada membetulkan kaedah makan mereka.
5.0 Cadangan faktor-faktor yang
perlu diikuti oleh seorang pengusaha daripada terkena keracunan makanan di
pusat asuhan
Keracunan makanan
merupakan sejenis gastroenteritis yangdisebabkan oleh makanan yang telah dicemari
racun,biasanya bakteria.Bergantung kepada jenis racun,kekejangan abdomen,demam,
muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam.Jika makanan
telah dicemari bakteria,bakteria akanmenghasilkan racun yang dikenali sebagai
toksin.Toksin memberikesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan.Adapelbagai
jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapiyang biasa didapati
ialah salmonella,shigella, staphylococcus
dan E.coli yang merupakan punca
utama keracunan makanan di kalanganbayi, terutamanya bayi yang menyusu botol.Bagi
keracunan makananyang berpunca daripada bahan bukan bakteria, tanda penyakit
juga timbul jika anak termakan bahan kimia,racun serangga atau beberapa jenis
tumbuh-tumbuhan.Terdapat lima cadangan faktor-faktor yang perlu diikuti oleh seorang pengusaha
daripada terkena keracunan makanan di pusat asuhan.Cadangan
pertama adalah faktor sentiasa mengekalkan kebersihan.Penyumbang utama kepada
masalah penyakit bawaan makanan adalah disebabkan oleh pengurusan dan penyediaan
makanan yang tidak bersih.Patogen yang boleh menyebabkan penyakit bawaan
makanan bukan sahaja boleh merebak melalui air dan makanan,tapi juga melalui orang
yang mengendalikan makanan.Mengekalkan kebersihan bukan sahaja tertumpu kepada
makanan malah turut meliputi individu yang menyediakan makanan.Bagi individu
ini, haruslah sentiasa membasuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan
juga selepas menggunakan tandas bagi mengelakkan pencemaran bakteria.Disamping
itu, kebersihan di dapur juga penting di mana segala peralatan dan permukaan
yang digunakan semasa penyediaan makanan dicuci serta disanitasi.Kawasan dapur
dan makanan hendaklah dilindungi daripada serangga, haiwan perosak dan haiwan-haiwan
lain.
Kedua,faktor makanan mentah dan yang telah dimasak hendaklah diasingkan terutama daging
Kedua,faktor makanan mentah dan yang telah dimasak hendaklah diasingkan terutama daging
mentah, ayam dan
makanan laut.Gunakanlah peralatan bagi penyediaan bahan mentah seperti pisau
dan papan pemotong yang berasingan di samping menggunakan bekas penyimpan bagi
menyimpan makanan untuk mengelakkan kontaminasi bersilang antara makanan mentah
dan yang telah dimasak.Kontaminasi bersilang adalah pemindahan bakteria atau
mikroorganisma lain dari satu makanan ke makanan yang lain.Dengan bahasa
mudahnya, pencemaran silang berlaku apabila bakteria dan virus daripada
permukaan tercemar berpindah kepada permukaan yang tidak tercemar.Bakteria ini
boleh datang daripada orang, permukaan kerja atau peralatan dan makanan
lain.Ketiga,bagi pencegahan penyakit bawaan makanan adalah faktor memasak
dengan sempurna terutama bagi makanan yang mudah terdedah dengan bakteria
seperti daging, ayam telur dan makanan laut.Proses memasak dengan sempurna
bukan sahaja dapat menambah kelazatan, memudahkan penghadaman tapi juga bagi
membunuh bakteria atau mikroorganisma lain pada makanan.Umumnya,memasak pada suhu
didih selama 5 hingga 10 minit telah mencukupi untuk membunuh bakteria. Tetapi
perlu dipastikan semua bahagian makanan yang dimasak terutama bahagian dalam
makanan mencapai kepanasan yang secukupnya iaitu, sekurang-kurangnya 73
°C selama 15 saat.Keempat,faktor makanan yang telah dimasak hendaklah
dipanaskan dengan sempurna.Bagi memastikan makanan disediakan dan dimasak
dengan sempurna, suhu memainkan peranan yang penting.Semasa menghidang, makanan
hendaklah sentiasa panas (melebihi 60°C).Makanan yang telah dimasak tidak boleh
ditinggalkan pada suhu bilik lebih dari 2 jam.Namun begitu, harus diingat,
makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tidak boleh disimpan terlalu lama
atau melebihi 5 hari.Makanan beku tidak digalakkan dinyahbeku pada suhu bilik
kerana amalan ini dianggap tidak selamat.Makanan yang perlu dinyahbeku boleh
melalui 3 cara pilihan seperti berikut:
i Makanan yang disejuk beku hendaklah dialihkan dahulu ke bahagian dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum digunakan .
ii Makanan yang disejuk beku hendaklah dalam bungkusan yang kalis air dan diletakkan di bawah air paip yang mengalir.
iii Makanan yang disejuk beku hendaklah dicairkan menggunakan ketuhar gelombang dan diikuti dengan masak secara terus.
Kelima,menggunakan air dan bahan mentah yang selamat.Faktor air yang selamat adalah air yang telah dirawat dan membolehkan anda menggunakannya atau minum dengan selamat.Bahan mentah pula perlulah segar,berkhasiat dan selamat.Seperti yang diketahui sayur-sayuran dan buah-buahan adalah lebih berkhasiat sekiranya dimakan tanpa dimasak.Oleh itu,pastikan sayuran dan buah-buahan ini dibasuh sebelum dimakan.Bagi makanan terproses,pilihlah yang selamat seperti susu yang berpasteur selain memastikan makanan yang sudah melebihi tarikh luput tidak digunakan lagi.
i Makanan yang disejuk beku hendaklah dialihkan dahulu ke bahagian dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum digunakan .
ii Makanan yang disejuk beku hendaklah dalam bungkusan yang kalis air dan diletakkan di bawah air paip yang mengalir.
iii Makanan yang disejuk beku hendaklah dicairkan menggunakan ketuhar gelombang dan diikuti dengan masak secara terus.
Kelima,menggunakan air dan bahan mentah yang selamat.Faktor air yang selamat adalah air yang telah dirawat dan membolehkan anda menggunakannya atau minum dengan selamat.Bahan mentah pula perlulah segar,berkhasiat dan selamat.Seperti yang diketahui sayur-sayuran dan buah-buahan adalah lebih berkhasiat sekiranya dimakan tanpa dimasak.Oleh itu,pastikan sayuran dan buah-buahan ini dibasuh sebelum dimakan.Bagi makanan terproses,pilihlah yang selamat seperti susu yang berpasteur selain memastikan makanan yang sudah melebihi tarikh luput tidak digunakan lagi.
6.0 Kesimpulan
Perkhidmatan Taman
Asuhan Kanak-kanak (Taska) melibatkan kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat
sebagai pelanggan.Penyediaan perkhidmatan jagaan yang terbaik bagi menjamin
kualiti yang diharapkan demi kebajikan kanak-kanak itu sendiri.Makanan seimbang
penting untuk anak-anak sejak kecil lagi mampu meningkatkan pertumbuhan fizikal
serta memperbaik keupayaan mental mereka.Apabila keracunan makanan pula,antibodi
kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa,oleh itu mereka mudah mendapat sesuatu
jangkitan.Dengan bantuan-bantuan dan keprihatinan kerajaan,diharapkan isu Taska
tidak berdaftar dapat diatasi dengan sistematik dan teratur serta tahu proses
pendaftaran taska.Bakal usahawan taman asuhan kanak-kanak mereka hendaklah
memerhati atau menilai sesebuah taska itu dari pelbagai aspek.Aspek yang perlu
dinilai ialah pengurusan,lesen perniagaan,fail dan rekod maklumat kanak-kanak,pengasuh,kebersihan,keselamatan,penggunaan
ruang dan menu harian.
7.0
Rujukan
HDPS4403
Keusahawanan DalamPendidikan Awal Kanak-Kanak(Edisi Pertama).Kuala Lumpur :
Open University Malaysia[21 Januari 2015]
Prof
Madya Dr Putri Zabariah Megat A Rahman. (2006).HBPS 1103 Pengenalan
Pendidikan Awal Kanak-kanak. KL : Unitem[21
Januari 2015]
Norin
Hassan.(2008). Membina Perniagaan Taska,Tadika dan Pusat Jagaan.Kuala Lumpur :
Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd[21 Januari 2015]
Saayah
Abu,Surayah Zaidon, Siti Saleha Samsuri.(2006). Panduan Untuk Pengusaha Tadika.
Kuala Lumpur : PTS Publication[21 Januari 2015]
Putri
Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamizah . (2005).Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur.
PTS Publication[21 Januari 2015]
Prof.Madya
Dr Tajul Ariffin Nordin & Mohd Arif Hj Ismail.(2003).Paradigma
Tauhid:Amalan Nilai Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sebagai Pendekatan
Pembangunan Manusia. Jurnal Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia,40(84),7.t [25 Januari 2015]
Pusat
Perkembangan Kurikulum. (2003). Kertas Konsep Memperkasakan Pendidikan
Kebangsaan. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia[25 Januari 2015]
ZainunIshak(2006).
PanduanKesihatandanKeselamatanKanak-kanak.
Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd. [25 Januari 2015]
KKM. 2005. Panduan Penyediaan Hidangan Sihat. Cawangan Pemakanan, Bahagian Pembangunan
Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia. [25 Januari 2015]
MOH.
2005. Recommended Nutrient Intakes for
Malaysia. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of
Health Malaysia. [25 Januari 2015]
Mohamad
bin Aman & Kasim bin Abd Majid (2003).Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatan4.Selangor: Aras
Mega (M) Sdn. Bhd. [25 Januari 2015]
Bahagian
kawalan penyakit. (2007). Garispanduan Pengendalian Kanak-kanak di Taska dan
Prasekolah: Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia[27 Januari 2015]
Haiza
Noor & Norizan Abu Samah. 2004.Penjagaan & Kesihatan Bayi Sejak Lahir
Hingga12 Bulan Pertama Selangor: Jasmin Enterprise. [29 Januari 2015]
Abdul
Kader Hussain. 1986.Suluh Asuhan Panduan Asas Kesihatan Anak .UtusanPublications
& Distributors Sdn.Bhd. [30Januari 2015]
Education
Act 1996(Act 550).Laws of Malaysia.(1984).Kuala Lumpur,[8 Februari 2015]
Barringer,B,R.,&,R.d.(2008).Entrepreneurship:Successfully
launching new ventures(2nd ed).New Jersey,NJ:Pearson Education[8
Februari 2015]
Carpenter,C.
and Evans,N. (2000). “A Different Vision of Net Success.” dlm. Price,C. “ The
Internet Entrepreneurs.” Edinburgh: Ft.com Financial Times. 165-174. [8
Februari 2015]
Permata
Negara, Dasar Asuhan Dan Didikan
Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri. 2008. Enterprise
Building. Selangor. [17 Februari 2015]
Catherie
Robertson .2003. Safety, Nutrition, and Health in Early Education 2nd
Edition. Clifton Park, NY: Delmar/Thomson Learning. [23 Februari 2015]
Belsky,J.
1998. The Effects of Infant Day Care Reconsidered. Early Childhood Research
Quarterly, 3, hlm. 232-272. [10 Mac 2015]
Mengapa lesen penting di pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak?
ReplyDelete