Monday, 17 February 2014

Pemilihan Peralatan Untuk Sudut Matematik




Pusat pembelajaran  adalah sangat  penting kerana ia boleh merangsangkan proses pemikiran kanak-kanak ketahap yang lebih tinggi dan komplek.Untuk itu  peralatan yang terdapat dipusat pembelajaran ini perlulah banyak yang merangsangkan minat dan kebolehan kanak-kanak  untuk   meningkatkan keupayaan dan tahap pencapaiannya,Disamping itu pusat  kognif ini juga dapat membina atau untuk membentuk  keyakinan, sifat  berdikari dan belajar kendiri.Menurut Piaget, dipusat pembelajaran inilah kanak-kanak akan dapat membentuk dan menambahkan lagi ilmu pengetahuannya.Manakala Dewey pula bependapat kanak-kanak akan,dapat memahami dengan lebih mendalam lagi jika dia melakukan sendiri aktiviti itu.Pada sudut matematik  ini adalah diharapkan kanak-kanak akan dapat berinteraksi dengan bahan-bahan manipulatif seperti blok kayu yang pelbagai saiz dan bentuk,polidron,blok bernombor, puzzle,jam bernombor,kalender,penimbang,manik untuk membilang,kad bernombor,carta serta poster matematik dan lain-lain lagi.Bahan yang terdapat di pusat ini hendaklah bahan yang tahan lasak dan tidak  bertoksid.Disamping itu  bahan yang terdapat di pusat pembelajaran  ini  akan dapat memberi pendedahan kepada konsep awal nombor,permainan-permainan nombor dan konsep-konsep matematik.Di pusat ini juga akan diadakan pelbagai aktiviti-aktiviti nyanyian dan pergerakan yang melibatkan konsep matematik dan ini membolehkan kanak-kanak itu dapat menghayati matematik dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan.Alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting di dalam proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Kesedaran terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang hanya mementingkan penggunaan kapur,bercakap dan menggunakan buku-buku teks tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar keupayaan fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid.Adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuai untuk memahamkan pembelajaran yang akan diajar nanti.Peranan alat bantu mengajar juga dapat pengajaran tradisional yang hanya tertumpu kepada mendengar penjelasan guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat dijadikan peneguhan supaya lebih cepat memahami  dan mengingati dengan berkesan.Sebaliknya pengajaran yang menggunakan alat bantu mengajar dapat mengukuhkan pembelajaran kerana pelajar dapat mengalami apa yang diajar.



Sunday, 16 February 2014

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Konsep nombor



Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.Aktiviti bermain adalah asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak.Frobel (1805) percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku
dalam keadaan yang menggembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti pilihan bagi kanakkanak.Pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkat keyakinan dan semangat ingin tahu yang tinggi kepada kanak-kanak (Van Horn et. al., 2007). Ini mendorongkanak-kanak mencari penyelesaian tanpa merasa takut. Selaras dengan itu suatu sistem pembelajaran bagi tajuk konsep nombor dibangunkan berasaskan pendekatan permainan bagi kanak-kanak prasekolah.Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak
memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, dan susunan atur. Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan.Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk.Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Dalam memahami konsep nombor pula, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran serasi dan padanan satu dengan satu secara logik. Konsep nombor melibatkan tujuh aspek
pembelajaran iaitu mengetahui konsep nombor 1 hingga 5, mengetahui konsep nombor 1 hingga 10, mengetahui konsep dan nilai sifar, mengetahui konsep nombor 10 hingga 20,mengetahui konsep siri 20, 30, 40, dan 50, operasi tambah dan akhir sekali ialah operasi tolak. Contohnya, guru menjalankan aktiviti dalam mengetahui konsep dan nilai sifar, di mana guru tersebut meletakkan 5 biji limau ke dalam bakul dan menyuruh mereka mengeluarkan kesemua limau tersebut, setelah kesemua limau tersebut dikeluarkan maka
guru memberikan penerangan bahawa baki yang tinggal di dalam bakul tersebut adalah sifar.Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh menggunakankonsep nombor keseluruhannya dengan betul. Konsep ini penting untuk membolehkan kanak-kanak memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang nombor keseluruhannya. Kebolehan mengelaskan objek atau benda mengikut warna ,bentuk dan saiz. Kebolehan mengenal kuantiti melaluiperbandingan, banyak atau sedikit,
sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang.Pada peringkat ini, instruksi yang boleh digunakan oleh guru ialah menunjukkan mereka benda-benda maujud. Guru boleh membawa bahan seperti buah-buahan dan benda-benda yang menarik ke dalam kelas agar kanak-kanak mengenali bahan tersebut
dengan lebih dekat. Mereka boleh memegang, mengenali bentuk dan merasa bahan-bahan tersebut serta mengingatinya. Melalui kaedah ini para pelajar akan dapat mengetahui bahawa kuantiti objek adalah berbeza. Hal ini boleh digunakan oleh guru kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh mengingati sesuatu dengan lebih lama dan suka bertanya serta cuba memahami konsep.Mereka mula menggun akan bahasa secara sedikit demi sedikit dan berfikir menggunakan bentuk-bentuk simbol.Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik . Ianya juga akan dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai masalah
Matematik. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar.Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian
dalam rekreasi Matematik. Flansburg (1994) telah menyatakan bahawa pembelajaran Matematik bukanlah dengan mengingat tetapi merupakan aktiviti yang kreatif seperti melukis, menulis atau bermain.Berlainan pula dengan Bruner, beliau juga tidak menafikan mungkin satu lagi jenis kecerdasan wujud iaitu kecerdasan naturalis dan menjadikan jumlah keseluruhan kecerdasan yang ada ialah lapan. Setiap murid di dalam kelas bukan hanya tertakluk kepada satu jenis kecerdasan sahaja. Seseorang itu mungkin memiliki dua atau lebih
kecerdasan dan ini adalah tugas guru untuk mencari cara pembelajaran yang sesuai dengan seseorang pelajar itu berdasarkan jenis kecerdasan mereka.Pengetahuan Matematik tidak wujud dalam objek atau realiti luaran, tetapi ia adalah perkaitan (Kamii, 1982). Sebaliknya proses mengira sebenar hanya berlaku
sekiranya kanak-kanak faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan seterusnya (Fuson, 1988).Selain itu, guru juga perlu sedar bahawa pada peringkat awal kanak-kanak di prasekolah perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objekobjek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak disebabkan perkembangan kognitifnya yang terhad. Murid-murid di peringkat ini juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi
diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid.