Tuesday, 1 May 2018

Bahasa Perkembangan Kanak-Kanak



Pengenalan
Bahasa adalah satu bentuk komunikasi samada ‘verbal’ atau ‘non verbal’.Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesuatu komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak,semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya,mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Mengikut Piaget,“perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan intelek iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit”.Oleh kerana penggunaan bahasa memerlukan kemahiran pembelajaran,maka adalah penting bagi pendidik memahami perkembangan bahasa kanak-kanak di dalam beberapa peringkat perkembangan bahasa bersama dengan perkembangan fizikal,kognitif dan sosioemosi kanak-kanak mereka.Teori sosio kognitif pula menekankan tentang peranan pemodelan, contohnya kanak-kanak meniru percakapan,maklum balas dan gaya bahasa orang dewasa.Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melhat dan mendengar percakapan orang lain, mereka seterusnya akan meniru dan akan mengulanginya apabila diteguhkan.Menurut Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial,pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu.Kanak-kanak mempelajari bahasa secara berinteraksi setiap hari dengan orang-orang di persekitaran.Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka supaya sesuai dengan kefahaman kanak-kanak.Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan ayat yang mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa.Ini memudahkan perkembangan bahasa berlaku.Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak dan keperluan.Orang dewasa perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak dan tahapnya semakin meningkat penggunaan perkataan yang lebih susah dengan ayat yang lebih kompleks sesuai dengan peningkatan umur kanak-kanak.Pendidik dan ibu bapa boleh meluaskan penggunaan dan kemahiran bahasa di kalangan kanak-kanak melalaui interaksi dan maklumbalas yang membantu mereka membetulkan, mencantum dan meluaskan penggunaan bahasa tersebut.Interaksi antara ibu bapa dan kanak-kanak serta status sosioekonomi ibu bapa mempengaruhi perbendaharaan kata kanak-kanak.Perkembangan bahasa akan melalui beberapa peringkat perkembangan kanak-kanak seperti peringkat bayi dan peringkat kanak-kanak.Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa ialah seperti umur,perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah apabila meningkat usia,yang kedua jantina,secara amnya kanak-kanak perempuan lebih cepat bercakap berbanding dengan kanak-kanak lelaki,ini kerana disebabkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak perempuan lebih cepet berbanding lelaki namun ada juga sesetengah kanak-kanak perempuan yang lambat mengalami perkembangan bahasa.Kecerdasan dan kebolehan bahasa seseorang amat berkait rapat.Jika dilihat pada kanak-kanak yang cerdas, mereka lebih cepat bercakap dibandingkan kanak-kanak yang lemah.Namun, tidak bermakna kanak-kanak yang lambat bercakap tidak cerdas akalnya.Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya lebih tinggi mempunyai sifat istimewa kerana dapat memerhati dan memahami erti perkataan dan percakapan.Faktor alam sekitar berkait dapat dengan keadaan keluarga. Kanak-kanak yang membesar dalam linkungan alam sekitar yang sihat akan mendapat segala kemudahan.Kesannya mereka perkembangan bahasa mereka lebih cepat.Jika persekitaran kanak-kanak dikelilingi dengan orang pandai maka mereka terbiasa dengan percakapan orang bijaksana serta perbendaharaan kata yang betul dan banyak.   
1.0   Peringkat Bayi
Semenjak lahirnya bayi,bayi akan sentiasa mengeluarkan bunyi seperti menangis.Tujuan komunikasi awal ini adalah untuk menarik perhatian ibu bapa,penjaga dan orang-orang yang berada dipersekitarannya.Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi berlaku melalui turutan yang tertentu pada tahun pertama seperti menangis,cooing,babbling dan isyarat.Menangis menjadi lumrah kepada bayi yang baru dilahirkan dan menangis boleh membawa maksud tekanan terhadap pelbagai perkara seperti lapar,sakit dan sebagainya.‘Cooing’bayi mengeluarkan bunyi ‘oo’ seperto ‘coo’ dan ‘goo’.Berlaku antara 1 sehingga 2 bulan dan bayi selalunya menggunakan bunyi ini untuk berinteraksi dengan penjagannya.‘Babbling’bayi mengeluarkan bunyi berulang ‘ba,ba,ba,ba’ ‘ma,ma,ma’.Isyarat bayi mula menunjukkan isyarat seperti menunding jari,anggikan kepala dari 8 sehingga 12 bulan.Mereka mungkin melambaitangan untuk ‘bye,bye’ atau anggukan kepala untuk ‘ya’ dan tunjukan botol susu untuk meminta susu.Pada usia 8 sehingga 12 bulan,bayi menunjukkan kefahaman pada perkataan yang disebut.Bayi selalu mula menyebut perkataan pertama pada usia 10 sehingga 15 bulan,sebelum perkataan pertama disebut,bayi selalunya telah berinteraksi dengan ibu bapa.penjaga melalui isyarat dan bunyi-bunyi mereka yang tersendidri.Perkataan pertama bayi adalah perkataan yang penting bagi mereka seperti orang-orang terdekat (papa,mama),kenderaan, mainan, makanan, anggota badan,pakaian atau ucapan.Kadang-kadang satu patah perkataan bagi mereka boleh membawa pelbagai makna.Contoh ‘bola’ mungkin membawa maksud ‘itu bola’ atau ‘saya nak bola’.Pada usia 18 sehingga bulan, bayi sudah mula menggunakan 2 patah perkataan yang akan   disertai dengan pelbagai isyarat badan dan intonasi suara,contoh seperti ‘nak susu’, ‘bola mana’, ‘tak ada’dan ‘mama jalan’.Perkataan yang digunakan oleh bayi masih tidak disertai dengan tatabahasa yang tertentu.
2.0  Peringkat kanak-kanak
            Bermula dengan dua patah perkataan,penguasaan bahasa kanak-kanakakan berkembang kepada 3 sehingga 4 patah perkataan dari 2 sehingga 3 tahun.Kadang-kadang pemahaman kanak-kanak ke atas sesuatu situasi berlaku sebelum dia dapat meluahkan melalui bahasa,contohnnya Didi 3 tahun menangis dengan kuat,kemudian baru menyebut ‘Didi nak susu’.Pada peringkat pra sekolah,kanak-kanak akan mula sensitif kepada penggunaan bahasa.Mereka mula memahami lagu,pantun dan boleh bertepuk tangan mengiringi lagu.Mereka juga mula memahami bahasa dan ayat yang kompleks,contohnya “Adik dan Kina nak pergi main basikal dengan Along”.Mereka juga boleh menggunakan ayat tanya dengan betul,contohnya “Papa hendak pergi mana?”.Perkataan yang digunakan juga semakin banyak,dengan pertambahan perbendahraan kata mereka.Kanak-kanak diperkenalkan dengan huruf vokal a,e,o,u diikuti dengan gabungan konsonan dan vokal.Seterusnya, mereka membentuk perkataan mudah dan meningkat kepada yang lebih kompleks(pembentukan ayat) dan pembentukan perenggan(cerita).Pada umur 5 tahun,penerimaan bahasa lebih berkesan.Kanak-kanak menggunakan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri.Oleh itu,ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar.mereka dapat menyebut umur mereka dengan betul.

3.0  Perkembangan Bahasa
Dalam pemerhatian saya di sebuah sekolah prasekolah yang terletak di Sekolah Kebangsaan Sejagong mendapati banyak aktiviti yang dijalankan bersama-sama antara murid dan guru.Antarannya mengelolakan banyak aktiviti secara berkumpulan,aktiviti kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid prasekolah berinteraksi diantara satu sama lain dan dengan banyak aktiviti kumpulan membolehkan murid-murid prasekolah menjalankan aktiviti pengayaan,aktiviti pemulihan,lakonan,permainan,pertandingan atau kerja projek.Aktiviti kumpulan juga dapat meningkatkan bahasa dalam berbual bersama rakan dan mendapat bahasa atau perkataan yang baru.Aktiviti soal-memyoal,aktiviti melibatkan antara guru dan murid-murid prasekolah.Ini melibatkan dapat berinteraksi antara guru dan murid-murid prasekolah dalam sesi soal – menyoal dan guru dapat memperbetulkan bahasa dan sebutan perkataan yang betul.Aktiviti fail vokal amat menarik kerana membelajar membunyikan vokal a,e,o,u dengan cara ajak murid-murid prasekolah menyusun,memasukkan kad-kad vokal a,e,o,u dan kad-kad gambar di dalam fail.Pastikan kad vokal disusun bersebelahan dengan kad bergambar yang betul,misalnya kad vokal ‘a’disusun disebelah gambar ayam.Murid-murid prasekolah dapat membunyikan huruf vokal dan dapat juga mengaikatkan dengan gambar,misalnya vokal ‘u’ kaitkan dengan gambar ular,kemudian sebut u ‘u’,‘ular’.Guru menggulang aktiviti dengan huruf vokal dan gambar lain.Aktiviti ini adalah secara individu,guru dapat tahu samada seseorang murid itu dapat menyebut dengan betul atau tidak dan dengan itu dapat membantu sehingga dapat memyebutnya dengan betul,objektifnya adalah Mengecam, membunyikan huruf vokal dan mengaitkan bunyi vokal dengan gambar.Aktiviti gaul dan pilih menarik perhatian saya kerana dengan bahan bola ping-pong yang dilabelkan dengan suku kata,sebiji mangkuk besar dan beberapa mangkuk kecil.Guru mengajak murid-murid prasekolah duduk-duduk disekeliling meja dan diberikan setiap murid sebatang senduk serta mangkuk kosong.Guru meletakkan mangkuk besar diisi dengan bola ping pong  berlabel dengan suku kata ditengah meja dan guru menyuruh murid-murid menggaul bola ping pong di dalam mangkuk besar menggunakan senduk masing-masing.Guru menyebut satu bunyi suku kata,misalnya suku kata ‘ba’ dan menyuruh murid-murid mencari bola ping pong berlabel suku kata ba.Selepas dapat mencari suku kata ‘ba’ serta memasukkan ke dalam mangkuk masing-masing sambil menyebut “ba’.Hasil daripada aktiviti ini,murid dapat mengecam dan membunyikan suku kata dengan betul.Aktiviti seterusnya papet bergambar,bahan untuk aktiviti ini ialah kad-kad suku kata,papet bergambar yang boleh dipegang dan seutas tali.Guru gantungkan kad-kad suku kata pada tali yang diikat melintang dan guru memberikan kepada murid papet bergambar serta ajak murid namakan gambar pada papet.Guru mengajak murid-murid menepuk suku kata yang tergantung menggunakan papet,misalnya jika papet yang dipegang bergambar baju,murid dikehendaki menepuk kad suku kata ‘ba’ dan ‘ju’ yang tergantung.Murid menyebut’ba’ dan ‘ju’ semasa menepuk kad suku kata,kemudian menyebut ‘baju’.Hasil pembelajaran dengan menggunakan aktiviti ini,murid-murid prasekolah dapat membina dan membaca perkataan dengan betul.Aktiviti baling dan sebut tidak kuarang hebatnya,bahan yang digunakan pundi-pundi kacang yang berlabel suku kata,tiga gelung hula-hop(gelung rotan) dan obkek-objek sebenar seperti buku,baju dan sudu.Guru meletakkan tiga gelung rotan lebih kurang dua meter di hadapan tiga orang murid dan letakkan buku.baju dan sudu di setiap gelung rotan.Guru melonggokkan pundi kacang berlabel suku kata di hadapan murid serta murid menamakan objek sebenar di dalam gelung rotan dan membaling pundi kacang yang betul ke dalam gelung rotan,misalnya membaling pundi kacang berlabel ‘bu’ dan ‘ku’ ke dalam gelung rotan yang mengandungi buku.Murid menyebut ‘bu’ dan ‘ku’,dan kemudiannya menyebut perkataan ‘buku’ serta guru menggulangi aktiviti ini dengan objek lain.Hasil pemerhatian dengan aktiviti ini,murid-murid prasekolah dapat membina dan membaca perkataan dengan betul yang dibimbing oleh guru.Aktiviti bercerita dapat menarik perihatian murid-murid walaupun secara berdasarkan gambar berseri ataupun menggunakan patung papet.Aktiviti ini dilaksanakan dengan bersesuai dengan kebolehan murid-murid,masa yang digunakan untuk bercerita haruslah tidak terlalu panjang sehingga membosankan murid-murid.Cerita berdasarkan gambar bersiri menggunakan ganbar yang berurutan,gambar tersebut berkesinambungan dengan cerita yang ingin disampaikan.Guru menggunakan gambar bersiri boleh menarik perihatian murid-murid kerana mereka suka melihat gambar,ia boleh mempertingkatkan daya pengamatan dan kemahiran mendengar.Selain itu dapat meningkatkan interaksi antara murid dan guru,seperti murid menayakan “cikgu kenapa perut katak itu gemuk?” dan guru menjawab “sebab dia gemuk kerana dia kuat makan” kata guru kepada muridnya.Guru membaca suku kata memgikut perkataan dan murid-murid mengikut bacaan yang dibaca oleh guru,ini dapat meningkatkan minat membaca menggunakan perbendaharaan bahasa yang betul.Guru juga menggulangi ayat dalam proses bercerita kerana untuk menggalakkan murid-murid dapat menghafal menambah kosa kata bahasa.Cerita yang disampaikan oleh guru dapat merangsang minda murid-murid untuk mencetuskan idea kreatif apabila guru secara tidak langsung melibatkan murid-murid dalam sesuatu cerita dalam berbentuk drama.Selain itu murid-murid juga dapat mempertingkatkan kemahiran lisan dan berbahasa.Oleh kerana kanak-kanak sering meniru percakapan orang yang lebih dewasa dariapada mereka,maka mereka juga akan meniru sebutan yang didengar dan beraksi mengikut aksi yang telah guru persembahkan walaupun dari segi emosi mahupun fizikal.Apabila kanak-kanak memanfaatkan kosa kata dalam komunikasi seharian mereka,dalam jangka masa panjang mereka sudah tentu dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan untuk bersosialisasi dengan semua peringkat umur.Akiviti menulis,guru menulis huruf ataupun suku kata dalam perkataan dan murid-murid menyalin semula didalam buku yang disediakan.Dalam proses menyalin murid-murid kebiasaannya akan menyebuf huruf satu persatu seperti ‘m’, ‘e’ , ‘n’ dan menyebut ‘men’.Aktiviti dapat meningkat minda murid-murid untuk mengecam huruf dan membaca.

3.1  Keberkesanan Aktiviti Terhadap Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
Bayak aktiviti yang diadakan di prasekolah yang terletak di Sekolah Kebangsaan Sejagong oleh guru untuk menarik minat murid-murid prasekolah untuk belajar dan dengan pelbagai akitiviti bahasa di prasekolah adalah persediaan asas untuk murid-murid prasekolah meelangkah masuk ke tahun satu.Vygotsky berpendapat “proses mental yang lebih tinggi berkembang apabila kanak-kanak membentuk pertuturan semasa melakukan aktiviti pratikal”.Dengan adanya banyak aktiviti seperti aktiviti berkumpulan,dalam aktiviti ini menekan permainan ini adalah pilihan kanak-kanak yang disokong oleh guru ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan sesi soal jawab.Melalui bermain,kanak-kanak belajar berkomunikasi,menyesuaikan diri dengan persekitaran,berinteraksi dengan rakan dan mengenali benda-benda di sekeliling mereka.Dalam teori Piaget “pada peringkat praoperasional yang ini berumur 2 sehinngga 7 tahun kemahiran bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat dan dapat diasah melalui pelbagai aktiviti”.Pada peringkat ini,proses pembelajaran tindakan secara mental terhadap sesuatu perkara ataupun objek berlaku.Semasa proses ini,kanak-kanak belajar bagaimana menggunakan perkataan dan gambaran untuk mewakilkan objek seperti didalam aktiviti baling dan sebut.Dalam aktiviti baling dan sebut,murid-murid prasekolah menggunakan fizikal dan mental bagi mengecam pundi kacang berlabel suku kata sesebuah objek serta memfokus membaling ke dalam gelung rotan yang mempunyai sesuatu objek.Kemahiran ini seterusnya boleh diasah melalui pembelajaran menggunakan aktiviti bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan kanak-kanak.Aktiviti bermain dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar seperti literasi awal.Apabila kanak-kanak minat untuk terus belajar,mereka memperoleh kemahiran baharu dan kemahiran ini dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak pada jangka masa yang panjang.Menurut teori Noam Chomsky “kemahiran bahasa kanak-kanak adalah dipahatkan dalam struktur otak mereka”.Dalam pembelajaran dengan banyak aktiviti dapat meningkat perkembangan otak untuk berfikir.Otak mempunyai dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan,otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang bahasa,fakta,matematik serta daya ingatan manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif,warna,reka bentuk seperti corak,pola ruang,lukisan,gambar,muzik dan imaginasasi.Dalam aktiviti yang dilakukan di sekolah ini,semua aktiviti ini menggunakan kedua-dua otak yang dapat meningkat pengetahuan bagi murid-murid prasekolah.Pada pendapat saya,aktiviti bermain adalah adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya bahasa.Terdapat hubungan aktiviti bermain dengan persekitaran permainan dalam pemupukan kemahiran literasi.Bahan bacaan bertulis dalam ruang permainan misalnya gerai piza yang diletakkan papan tanda,menu menunjukkan persekitaran bermain yang diperkayakan dengan kemahiran literasi dapat meningkat pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak tentang fungsi perkataan bertulis,keupayaan mengenal perkataan menulis,keupayaan menggunakan srategi kefahaman seperti memastikan dan membetulkan sendiri perkataan bertulis yang dilihat.Pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui bermain jelas dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan literasi kanak-kanak.Perasekitaran yang dimanipulasikan,permainan bertema,permainan fantasi dan aktiviti bebas adalah antara permainan bahasa yang berupaya meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.Walau bagaimanapun,semasa proses bermain kanak-kanak perlu bersosial dan berinteraksi dengan individu lain seperti rakan sebaya atau orang dewasa seperti pengasuh,guru dan ibu bapa untuk bermain.Tanpa rakan sebaya dan individu lain,kemahiran komunikasi kanak-kanak tidak akan berlaku,apatah lagi untuk berkembang dengan baik.Dalam pembelajaran bahasa,saya melihat pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak,objek dan gambar memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan makna perkataan.Penggunaan objek dan gambar melalui aktiviti permainan bahasa misalnya dapat membantu kanak-kanak memahami pengalaman baru mengaitkan pengalaman sedia ada melalui aktiviti melihat,menyentuh dan merasa objek di sekeliling.

3.2  Cadangan Aktiviti
Cadangan saya untuk meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak ialah antaranya banyakkan aktiviti permainan sambil belajar seperti lakonan menggunakan boneka papet,dengan menggunakan boneka papet dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk melihatnya dan mendengarnya.Dengan menggunakan boneka papet seperti haiwan ataupun kartun,serta mempunyai jalan cerita yang mengandungi nilai-nilai murni yang boleh mempengaruhi kanak-kanak.Dalam aktiviti perlu juga guru menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang betul,biasa kanak-kanak suka meniru dari segi fizikal mahupun dari segi perbendaharan bahasa untuk digunakan semasa rakan sebaya,ibu bapa dan orang disekelilingnya.Aktiviti kedua muzik suku kata,menggunakan botol-botol plastik yang dilabelkan dengan suku kata dan kacang hijau. Masukkan kacang hijau ke dalam botol-botol dan tutup dengan penutup
botol serta  berikan botol kepada setiap murid.Guru menyebutkan satu suku kata, misalnya suku kata ‘na’ serta diikuti oleh murid-murid yang memegang botol berlabel suku kata ‘na’,n dikehendaki menggoncang botolnya.Guru menggulangi aktiviti dengan suku kata lain sehingga menghasilkan rentak muzik berlainan.Objektif aktiviti ini murid dapat mengecam dan membunyikan suku kata dengan betul.Aktiviti permainan fantasi salah satu cara yang paling berkesan untuk kanak-kanak belajar dan mempraktikkan kemahiran imaginasi mereka adalah melalui permainan fantasi.Permainan ini dilakukan secara spontan dengan menggunakan peralatan ataupun tanpa peralatan dan dilakukan berasaskan imaginasi kanak-kanak.Bermain pondok-pondok misalnya dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak tentang dunia di sekelilingnya dan bagaimana hendak bersosial dengan rakan sebaya.Semasa permainan fantasi, kanak-kanak belajar bagaimana hendak menggambarkan sesuatu karakter dalam sesuatu situasi. Mereka menggunakan imaginasi dan bahasa untuk menyatakan idea, konsep dan keinginan. Mereka juga berupaya mengubah idea menjadi fantasi secara kreatif.Aktiviti keempat adalah akttiviti permainan fikir dan nyatakan,bahannya menggunakan pen (marker,kapur),papan tulis dan beberapa suku kata perkataan.Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan,setiap kumpulan yang dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama.Guru perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang hendak diteka,contohnya“H ___ ___ ___ ___ ___ ___” ,serta guru akan menceritakan sifat sesuatu objek,haiwan dan lain-lain. Selepas itu,murid-murid perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu diisi pada ruang kosong tersebut.Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala, diikuti badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka lakukan.Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas.Aktiviti ini dapat meningkat perkembangan kognitif kanak-kanak,serta kanak-kanak ada rasa untuk berdaing saing untuk kumpulan supaya tidak tewas dan tidak terkena hukumannya dari guru.

3.3 Kesimpulan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSKP) 2010 memfokuskan pembelajaran
berpusatkan kanak-kanak dan antara fokus utamanya ialah pembelajaran melalui
bermain (KPM 2010). Dalam KSPK, aktiviti belajar melalui bermain amat digalakkan
sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah. Guru menyediakan ruang bermain
dengan meletakkan pelbagai bahan yang dapat merangsangkan kanak-kanak untuk
bermain. Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, guru
perlu merancang pengajaran harian dengan mengenal pasti objektif, bahan-bahan
aktiviti, pelaksanaan dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Guru digalak
melakukan permainan seperti permainan air, permainan pasir, permainan pondok-pondok
dan permainan tradisional yang melibatkan kanak-kanak secara aktif,berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya.Selain dapat membantu kanak-kanak belajar membaca dalam keadaan yang menyeronokkan, penggunaan aktiviti permainan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran membaca dikatakan dapat meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak.



 

Monday, 7 August 2017

FOR NEWBIES G SHOCK INFOMATION

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Info kali ini berkaitan dengan "Made In"
Info ini mungkin telah berkali-kali diupload oleh para seller dan penggemar Gshock yang lain. Tapi masih ada yang belum tahu atau pun keliru berkaitan perkara ini.
Saya upload semula untuk yang belum tahu.
________________________________________________________
Memandangkan masih banyak nubis, seller dan collector yang baru yang masih was-was kenapa "jam getah" jenama Casio ada 3 tempat pembuatan walaupun ianya model yang sama.
Disini saya akan senaraikan dengan lengkap dimana jam G-Shock dibuat.
a) Kilang Casio Yamagata, Jepun.
Kilang premium Casio adalah khusus untuk pembuatan dan pertukangan jam yang tertinggi dalam kelasnya tersendiri, kesemua model dihasilkan merupakan model Aras Tinggi ataupun Finest Level Watch Making.
Model-model yang dihasilkan sepenuhnya di kilang ini ialah:
1) Master of G - Frogman (kesemua model Frogman dari model sulung DW-6300 hingga ke model generasi terkini, GW-1000 ataupun GF-1000.
2) Model FS dan VT untuk model DW-6900FS dan DW-5600VT untuk kolaborasi dengan jenama tempatan yang terkenal di Jepun seperti siri animasi, automotif, makanan/minuman, fesyen pakaian/kasut, pasukan besbol ataupun bola sepak tempatan Jepun. Kebiasan model ini ialah untuk hadiah ataupun 'gift watch' kepada kakitangan yang berkhidmat dengan syarikat berkenaan.
3) Model solar atomik petak GW-5000. Model ini dikhusus pembuatan di Jepun disebabkan model ini merupakan model 'origin' ataupun tempat lahir model pertama G-Shock DW-5000 pada bulan April, tahun 1983.
4) Model ulang tahun seperti edisi ke 30 G-Shock dimana model petak DW-5030C, GW-T5030C dikhusus juga dalam pembuatan ini untuk mengekalkan statusnya sebagai model sulung G-Shock yang berada di pasaran selama 3 dekad.
5) Selain G-Shock, kilang Yamagata juga menghasilkan model-model Protrek premium yang khusus untuk pasaran Jepun sahaja. Contoh: PRW-2000A, PRW-5000, PRW-5100, PRW-S5100, PRW-5050, PRW-6000, PRX-7000 & PRX-8000.
6) Model yang lain juga di hasilkan ialah MRG, MTG dan Oceanus. Model MRG dan MTG merupakan model G-Shock yang paling tinggi dan termahal disebabkan faktor penggunaan bahan mentah yang berkualiti tinggi seperti Titanium dan Gred Besi Tahan Karat yang terbaik ataupun dipanggil 'Refined Material'. Manakala Oceanus pula ianya adalah kesemua teknologi G-Shock dalam casis jam Rolex, Oris yang lebih nipis dan elegan.
8) Model aviator. Contoh: GW-A1000, GW-A1100, GPW-1000, GW-3000, GW-3500 & GW-4000.
7) Kebiasaan kod kilang premium akan di tempa dengan huruf Y, H, K dan P pada permukaan belakang jam. Kod ini merupakan kod pengeluaran standard dijamin kualiti ditahap tertinggi.
b) Kilang Casio Thailand, Thailand.
Kilang pertengahan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 2003 dengan kapasiti menghasilkan model pertengahan kepada pasaran global. Model-model yang dihasilkan ialah:
1) Model Master of G - Mudman G-9000, G-9300/GW-9300. Gulfman G-9100/GR-9110/GW-9110. Riseman GW-9200/GW-9200J/G-9200. Rangeman GW-9400/GW-9400J.
2) Model DW-5600/DW-6900, G-5600/GW-5600, G-6900/GW-6900.
3) Model Protrek siri PRG: PRG-40, PRG-50, PRG-60, PRG-70, PRG-80, PRG-90, PRG-100, PRG-110, PRG-130, PRG-240, PRG-250, PRG-260, PRG-270, PRG-280 dan PRW-3000.
4) Model GDX-6900 & GBA-400, G-8000, G-8100.
5) Model aviator pertengahan: G-1050, G-1200, G-1250, G-1400 dan G-1500
*Nota: Semasa berlaku bencana banjir besar di Thailand pada tahun 2011 dimana ianya telah melumpuhkan operasi kilang Casio di Thailand, maka sesetengah batch pengeluaran model Master of G terpaksa dipindahkan sementara ke kilang Casio Yamagata Jepun untuk menampung permintaan. Oleh itu, model-model Master of G seperti Riseman G-9200 dan Mudman G-9300 pada tahun 2011/2012 akan mempunyai kod huruf Y dibelakang jam tersebut.
Untuk model Master of G Mudman G-9000 dan Gulfman G-9100/GR-9110/GW-9110 pula dipindahkan di kilang Casio China.
Pada tahun 2013, model-model Master of G dipindah kembali ke kilang Casio Thailand yang baru di utara Thailand.
c) Kilang Casio GuangZhou, China
Kilang permulaan ini merupakan tempat pembuatan kesemua model asas jam Casio termasuk model G-Shock yang tidak perlu menitik berat fungsi yang kompleks.
Model-model yang dihasilkan ialah:
1) DW-6900-1V/DW-6900G/DW-5600E/DW-5600G.
2) Model Xtra Large GA-100/GA-110/GA-120/GA-150/GA-200/GA-210/GA-300/GA-300/GA-310/GA-400/GD-100/GD-200/GD-350/GD-400.
3) Model siri 7900: G-7900, G-7900A, GR-7900, GW-7900.
4) Model siri 8900: GLS-8900, GW-8900, GWX-8900.
5) Model siri GLX: GLX-150, GLX-5600, GLX-6900.
6) Model siri M5610: GW-M5610, GW-M5610B, GW-M5610NV, GW-M5610KG dan model-model yang setaraf.
7) Model standard yang lain: AWG-M100 & AWG-M510, GW-M500/GW-M500F.
8) Kod yang biasa ditempa di belakang jam ialah DH.
Nota Tambahan: Untuk perkataan Cased in Thailand ataupun China yang biasanya dijumpai pada model jarum dengan angka ataupun dengan jarum, perlu diingatkan bahawa kesemua modul jam direka di Casio Jepun.
Kilang Thailand ataupun China bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses pemasangan ataupun CKD (Complete Knock Down), hanya model-model dari kilang premium Yamagata Casio Jepun saja ialah CBU
(Complete Built Unit) sepenuhnya.
Mengenai tali dan buckle pula ada yang buatan Jepun, China dan Indonesia. Kebiasan model standard warna hitam biasanya akan dibuat oleh Casio Jepun sebagai sampel sebelum dipindahkan pada 2 kilang
yang lain untuk pengeluaran penuh.
Sesetengah model yang mempunyai warna ataupun lapisan berkilau akan diselia sepenuhnya oleh Casio Jepun. Setelah kedua-dua pembekal bahan mentah ke kilang Thailand dan China lulus dalam ujian sampel QC oleh Casio Jepun, maka lampu hijau akan diberikan kepada mereka.
Ingat, kualiti resin pada jam Casio adalah terkawal jadi tidak usah risau dimana ianya dikeluarkan lagipun ianya juga berasal dari kilang Casio.

Sunday, 8 November 2015

Pendaftaran Taska



1.0 Pengenalan
Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bermaksud mana-mana premis yang menempatkan empat atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan lebih daripada satu isi rumah diterima masuk dan dijaga dengan upah.Kumpulan sasaran ialah kepada kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah seperti termaktub di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.Perkhidmatan juga diberi kepada pekerja TASKA,ibubapa dan pihak-pihak yang terlibatdalam asuhan kanak-kanak.Manakala taman asuhan di rumah pula ialah satu tempat asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kanak-kanak kurang daripada 10 orang dan taman asuhan kanak-kanak diinstitusi ialah satu tempat asuhan yang menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih.Penjagaan kanak-kanak masa kini,merupakan satu tanggungjawab ibubapa,namun akibat ramai daripada ibubapa yang terpaksa bekerja,maka tanggungjawab ini diserahkan kepada penjaga atau taman asuhan kanak-kanak.Kerajaan menyedari,pusat asuhan yang tumbuh macam cendawan perlu kawalan terutama bagi menentukan kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan yang sesuai dengan umur mereka.Atas alasan di atas,pada 24.4.1997 kerajaan telah merangka garis panduan taman asuhan yang mana digunapakai oleh semua taska di seluruh Malaysia.Setiap pengusaha taska dikehendaki menghadiri kursus dan penguruskan taska mereka mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.Dengan adanya garis panduan ini akan dapat memberi peluang kepada taman asuhan kanak-kanak untuk mewujudkan penjagaan yang lebih baik kepada kanak-kanak yang berada di taman asuhan kanak-kanak,pengasuh juga perlu memenuhi cirri-ciri dan kelayakan tertentu.Mengikut syarat yangditetapkan dalam akta taska(Taman Asuhan Kanak-kanak) 1984,pengasuh mesti berumur 18 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Selain itu,pengasuh mesti mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dan wajib menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang ditetapkan dalam akta berkenaan.Mereka juga perlu mempunyai minat serta komitmen dalam melakukan tugas sebagai pengasuhdan mampu memahami keperluan kanak-kanak ini mengikut tahap umur dan kebolehan.Banyak proses-proses pendaftaran perniagaan bagi seseorang usahawan yang ingin membuka pusat asuhan kanak-kanak di Malaysia. 

1.1 Syarat-syarat pendaftaran
1.Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) kecuali bagi TASKA di rumah.Empat jenis taska ialah.
        i.            Taska di rumah menerima masuk 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.
      ii.            Taska di institusi menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih.
    iii.            Taska di tempat kerja taman asuhan kanak-kanak yang disediakan di mana-mana tempat kerja.
    iv.            Taska komuniti (TASKOM) menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih serta menerima bantuan daripada kerajaanp atau kerajaan negeri.
2.Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3.TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut :
Ø  Pihak Berkuasa Tempatan
Ø  Jabatan Bomba dan Penyelamat
Ø  Jabatan Kesihatan
Ø  Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
1.2 Prosedur permohonan pendaftaran taska
1.Konsultasi dan permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berkenaan.
 2.Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja.
3.Bayaran fi pendaftaran dikenakan sebanyak RM50.00 bagi taska dirumahdan RM250.00 bagi taska Institusi; Tempat Kerja dan Komuniti.
4.Kelulusan Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA akan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) yang berkenaan.Sebarang pembetulan terhadap sijil tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari.
5. Tempoh sah pendaftaran adalah selama 60 bulan (5 tahun).
6. Senarai TASKA berdaftar boleh disemak di laman web www.jkm.gov.my
Antara dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sesebuah TASKA seperti berikut :-
  1. Salinan Lesen Pelesenan dari SSM(ROB/ROC) yang diakui sah
  2. Surat sokongan dari Jabatan Perancang Bandar (contoh:MPK/MPAJ/Pejabat Daerah (salinan diakui sah)
  3. Surat sokongan dari Jabatan Kesihatan (contoh:MBPJ/MPSJ (salinan diakui sah)
  4. Surat sokongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (cth : Kajang/Bangi/Pandan Indah (salinan diakui sah)
  5. Borang Jadual 11 (Borang asal).Dibeli dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bernilai RM10 berserta buku panduan.
  6. Jadual Aktiviti. Mengikut perkembangan menyeluruh untuk seminggu terbahagi kepada dua kumpulan umur : i)  0 - 2 tahun,  ii) 2 - 4 tahun
  7. Jadual Menu yang seimbang. Jadual untuk sebulan terbahagi dua kumpulan umur : i)   0 - 2 tahun, ii) 2 - 4 tahun.
  8. Pelan Lantai. Pelan asal yang menggambarkan sudut-sudut aktiviti dan lain-lain bahagian. Kiraan kawasan ruang dalam meter persegi (3.5m/setiap kanak-kanak).
  9. Penglibatan ibubapa.Untuk program tahun ini dan perancangan tahun hadapan.Ia hendaklah mengandungi tarikh, nama program dan jumlah kehadiran ibu bapa.
  10. Senarai kanak-kanak.
  11. Senarai kakitangan.Mengandungi nama,umur,kelayakan dan salinan kad pengenalan yang diakui sah.
  12. Sijil Kursus Asuhan Kanak-Kanak dan sijil-sijil berkaitan.Sijil-sijil bagi pengusaha penyelia dan pengasuh (salinan diakui sah).
  1. Wang Pos/Cek (RM50.00) atas nama Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Disediakan setelah dokumen telah disemak dan disahkan lengkap oleh Pegawai TASKA.
  2. Pelan Lokasi. Pelan dari jalan besar/utama bagi memudahkan pihak JKM  mengesan lokasi.
  3. Peraturan TASKA.Peraturan yang disediakan oleh Pengusaha termasuk senarai harga yuran kanak-kanak.
Manakala bagi pendaftaran TASKA di Rumah, berikut adalah antara dokumen yang diperlukan :
  1. Borang permohonan pendaftaran TASKA di Rumah. (Boleh didapati dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah)
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak
  4. Jadual Aktiviti
  5. Jadual Menu
  6. Senarai Kanak-Kanak
Perakuan pendaftaran TASKA di rumah akan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
2.0 Faktor-faktor yang diambil kira semasa menyediakan makanan untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun.
Pemakanan adalah komponen penting untuk mengekalkan kesihatan dan perlu dimulakan dari peringkat bayi lagi.Amalan pemakanan yang optimum di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dari segi
fizikal, kognitif,bahasa dan sosio emosi.Bayi dan kanak-kanak yang dihantar ke Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sini.Oleh itu,taska merupakan satu persekitaran yang dapat memberi dan menggalakkan fizikal serta mental yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak.Selain itu,amalan makan secara sihat yang dipupuk di TASKA sejak kecil dapat membantu kanak-kanak mengamalkannya sehingga ke peringkat dewasa.Oleh itu,pengendali TASKA memainkan peranan yang penting dalam memastikan kanak-kanak yang berada di TASKA memperolehi makanan yang berkhasiat dan dapat memenuhi keperluan pemakanan mereka.Menurut Prof. Madya Norhashimah Hashim (2004), amalan pemakanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak taska kerana kualiti pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan dan perkembangan serta kesihatan kanak-kanak pada masa depan. Peranan guru taska bagi menggalakkan amalan pemakanan yang sihat di kalangan kanak-kanak adalah sangat penting.Hal ini adalah kerana, kanak-kanak perlu mendapat makanan yang berkhasiat,bermutu tinggi dan seimbang.Makanan yang tidak berkualiti akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak.Menurut Saayah Abu, Surayah Zaidon dan Siti Saleha samsuri (2006),Objektif program nutrien kanak-kanak adalah merancang khidmat makanan. Ia melibatkan penyediaan dan kelengkapan makanan berat dan ringan yang berkhasiat. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada kepelbagaian makanan yang disajikan.Kanak-kanak yang dibekalkan dengan makanan yang berkhasiat,bermutu tinggi dan seimbang didapati mempunyai IQ atau darjah kecerdasan yang tinggi.Oleh itu,peranan taska amat penting dalam penyediaan diet yang mengandungi nutrient yang secukupnya. Kanak-kanak patut disediakan makanan yang seimbang kerana kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukan tenaga dalam aktiviti seharian mereka.Tambahan pula,pemakanan seimbang dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta membantu pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak yang sihat.Lantaran itu,menu untuk kanak-kanak di tadika hendaklah dirancang terlebih dahulu demi menjaga kualiti makanan yang disediakan dan dihidangkan oleh penyedia makanan.Penyediaan makanan juga dipengaruhi oleh sumber seperti sumber kewangan, bahan makanan, kemudahan fizikal,kemahiran, keupayaan dan masa.Penyediaan makanan hendaklah berdasarkan peruntukan kewangan yang telah ditetapkan.Perancangan perbelanjaan perlu diikuti semasa membeli-belah agar tidak berlaku pembaziran.Penyediaan makanan yang menggunakan bahan makanan dalam musim atau yang mudah diperoleh sepanjang tahun adalah terbaik kerana harganya lebih murah, banyak pilihan dan lebih segar.Kemudahan fizikal seperti alat-alat penjimat masa perlu dipertimbangkan. Pengisar, pembancuh kek,periuk nasi dan ketuhar gelombang mikro adalah sebahagian alat yang boleh membantu dalam penyediaan hidangan. Menu yang dipilih seelok-eloknya menggunakan alat penjimat masa yang sedia ada.Menu makanan yang dipilih hendaklah berdasarkan penguasaan kemahiran memasak.Penguasaan kemahiran memasak dapat mempelbagaikan hidangan setiap sajian dan menjadikannya lebih menarik dan menyelerakan.Keupayaan dalam mengorganisasi kerja amali dalam masa yang diperuntukkan mempengaruhi perancangan menu.Penyediaan masakan yang dijalankan secara bertindih dengan kaedah masakan yang berlainan merupakan keupayaan menyediakan masakan berkualiti secara sistematik dan bersih.Setiap menu yang dipilih perlu disesuaikan dengan sumber masa yang ada.Dengan penyediaan makanan yang teliti,masalah masa dapat diatasi dengan menggunakan kaedah memasak yang bersesuaian dengan peruntukan masa.
3.0 Antara faktor-faktor yang diambil kira semasa menyediakan makanan untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun
3.1 Keseimbangan Kandungan Nutrient
Untuk memperoleh kesihatan yang baik, setiap menu yang dirancang harus mempunyai kandungan nutrient yang cukup dengan kadar yang sesuai.Semua menu yang dihidang mesti mengandungi jenis nutrient yang berikut:
a)     Karbohidrat
b)     Protein
c)      Garam mineral
d)     Lemak
e)     Vitamin
3.2 Jenis-jenis Makanan Utama:
  • Karbohidrat: Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula,jus buah-buahan,makanan yang diproses dan juga makanan ringan.Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan,sayuran,roti,bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.
  • Protein: Protin adalah penting kepada kanak-kanak.Namun protin perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik adalah; telur,susu,ayam,keju,ikan,daging dan sebagainya.
  • Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka.Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).
  • Vitamin dan mineral:Mengekalkan tumbesaran dan kesihatan keseluruhan,kerana kedua-duanya menjalankan fungsi-fungsi penting didalam tubuh.Diperlukan dalam kuantiti kecil,tidak boleh dihasilkan dalam tubuh dan hanya boleh didapati dalam makanan.Keperluan boleh dipenuhi dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada kumpulan makanan dalam pyramid makanan.
Makanan yang dapat membekalkan pelbagai zat makanan yang diperlukan kanak-kanak.Ia harus terdiri daripada 5 kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
 



                                                                 Rajah Piramid Makanan
3.3 Keperluan Fizikal
1.Keperluan zat makanan bagi setiap individu adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut:
a)     Umur
b)     Tahap kesihatan
c)      Saiz badan
d)     Jenis pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan

Seorang kanak-kanak memerlukan lebih makanan yang berfungsi untuk pembina tubuh badan berbanding orang dewasa.Hidangan menu yang kurang berminyak sesuai untuk seorang pesakit.Manakala orang yang aktif memerlukan lebih makanan pemberi tenaga dan haba seperti nasi,roti,mentega dan keju.
3.4 Kegemaran Individu
Semasa perancangan menu,makanan kegemaran setiap ahli keluarga perlu diambil kira.Ini adalah individu yang berlainan dalam sesebuah keluarga mempunyai makanan kegemaran yang berbeza.Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan bagi hidangan yang disajikan termasuk jenis makanan,kaedah memasak,rasa dan tekstur makanan.
3.5 Masa dan Perbelanjaan
Masa dan kos yang diperlukan untuk menyediakan sesuatu hidangan mesti diambil kira semasa merancang menu supaya tidak berlaku pembaziran.Hidangan harian seperti sarapan haruslah memilih menu yang mudah dan cepat disediakan.
3.6 Keseimbangan Sajian
Keseimbangan sajian ialah hidangan yang mempunyai variasi dan keseimbangan dari segi warna, teksur,rasa,bahan makanan, dan kaedah memasak.Sesuatu sajian yang seimbang dapat menambah selera makan pengguna.Sesuatu sajian yang seimbang perlulah mengambil kira daripada pelbagai aspek,iaitu:
a)     Warna yang berlainan
b)     Rasa yang pelbagai seperti masam,manis,pedas dan masin
c)      Tekstur seperti lembut,rangup atau garing
d)     Kaedah memasak yang berbeza seperti menggoreng, mengukus atau merebus


WAKTU MAKAN
6 – 8 BULAN
9 – 11 BULAN
1 – 3 TAHUN
SARAPAN
½ cawan bubur nasi
1 sudu makan tomato/ lobak merah
1 sudu makan sawi/bayam
½ cawan bubur
1½ sudu makan tomato/lobak merah
1 sudu makan sawi/bayam
1 keping roti bakar
1 sudu teh marjerin
1 gelas susu
MINUM PAGI
2 sudu makan pisang
½ potong betik
1 biji pisang bersaiz kecil
1 gelas susu
MAKAN TENGAH HARI
½ cawan bubur nasi
1 sudu teh daging (empuk)
1 sudu makan tomato/lobak merah
¾ cawan bubur nasi likat
1 sudu teh daging (empuk)
1 ½ sudu makan tomato/ lobak merah
1 sudu makan sawi/bayam
½ cawan mi sup
1 sudu teh daging
½ cawan sayuran
1 gelas air kosong
½ potong betik
MINUM PETANG
1 sudu makan pisang
½ biji pisang bersaiz kecil
2 ketul cekodok pisang
1 gelas jus buah tembikai
10
MAKAN MALAM
½ cawan bubur nasi
1 sudu teh daging (empuk)
1 sudu makan tomato/lobak merah
1 sudu makan pisang
1 sudu teh minyak sayuran/marjerin
¾ cawan bubur nasi likat
1 sudu teh daging (empuk)
1½ sudu makan tomato/ lobak merah
1½sudu makan sawi/bayam
1½ sudu teh minyak sayuran/marjerin
½ cawan nasi putih
½ ekor ikan kembong masak pindang
½ cawan bayam
1 gelas air kosong
MINUM MALAM


1 gelas susu
Jadual penyediaan makanan kanak-kanak berumur 6 bulan sehingga 3 tahun
4.0 Tabiat makanan yang baik dan tabiat makanan yang kurang baik untuk kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun.
Tabiat atau habit kerap berubah dalam kehidupan seseorang itu.Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu dikikiskan atau diubah.Umpamanya nya, seseorang dewasa yang ketagih merokok akan berasa sukar untuk memberhantikan amalan itu.Tabiat yang positif,jika diamalkan,akan membentuk keperibadian seseorang itu.Tabiat makan yang betul, membaca doa sebelum tidur,bangun awal dan bersenam setiap pagi adalah beberapa contoh tabiat positif yang elok diamalkan.Kanak -kanak juga mempamerkan tabiatnya yang tersendiri yang sentiasa berubah.Kebanyakan tabiat ini bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada juga yang berterusan sehingga bertahun -tahun lamanya.Tabiat makan yang betul juga mudah dipupuk. Peraturan makan yang diperkenalkan sejak anak -anak masih kecil akan mendorong mereka mengamalkannya sehingga dewasa.Misalnya,tabiat menggunakan sudu dan
11
garpu,membasuh tangan setiap kali sebelum makan,minum air hanya selepas selesai makan dan sebagainya.Kanak -kanak yang tidak digalakkan makan sayur -sayuran mungkin tidak akan menggemarinya apabila dia besar.Makan bersama -sama keluarga dan berdoa sebelum makan akan menjadi tabiat jika dibiasakan.Kemesraan diwaktu makan mendatangkan selera di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.Sebaliknya,anak yang sentiasa dileteri dan dimarahi kerana tidak mahu makan atau tidak menghabiskan makanan dalam pinggannya akan berasa bahawa waktu makan adalah suatu waktu yang membosankan.Anak-anak sering mencontohi perbuatan atau perkara -perkara yang diamalkan oleh ibu bapa mereka.Jadi, tidaklah menghairankan jika mereka turut menggemari makanan yang digemari oleh ibu bapa mereka.Makanan yang disediakan di rumah juga mempergaruhi tabiat makan anak -anak.Jika buah -buahan seperti oren,epal,pisang,betik, atau tembikai sering dihidangkan setiap kali selepas makan, amalan baik akan menjadi satu tabiat.Terdapat tiga faktor yang menyebabkan kanak-kanak mempunyai tabiat makanan yang tidak sihat.Pertama,apabila anak-anak mempunyai pilihan makanan ringan yang banyak di rumah.Misalnya melambakkan sebegitu banyak stok makanan ringan,gula-gula atau air berkarbonat di dapur sekadar tujuan untuk dinikmati secara ringan sambil bersantai menonton televisyen.Keadaan ini membuka ruang dan pengaruh kepada anak-anak untuk lebih tertarik menikmati makanan ringan tersebut berbanding makanan berat yang lebih berkhasiat.Memang tidak salah untuk sesekali anak-anak makan makanan ringan,namun ibu bapa perlu menyediakan pilihan makanan ringan yang berkhasiat seperti biskut,roti berkrim,bertih jagung rendah lemak,yogurt atau pun kismis.Faktor kedua,keperluan anak-anak untuk memilih makanan kegemaran.Kadang kala,ada anak-anak yang dipaksa ibu bapa untuk makan satu-satu jenis makanan sahaja.Ia akan menyebabkan anak-anak kebosanan dan tidak berminat untuk terus menikmati sajian makanan yang serupa.Maka ibu bapa harus bijak mempelbagaikan jenis atau cara masakan yang disajikan sama.Yang pentingnya,khasiat makanan tetap terpelihara dan memberi faedah kepada perkembangan tubuh badan dan mental anak-anak.Jika anak-anak mahu makan burger,sosej atau ayam goreng seperti mana yang dijual di restoran makanan segera,ibu bapa sendiri sebenarnya mampu untuk menyediakan makanan segera tersebut dengan jaminan khasiat yang lebih tinggi.Faktor ketiga pula adalah emosi.Kanak-kanak yang mengalami kesedihan,ketakutan atau krisis kekeluargaan cenderung memiliki tabiat
kurang makan atau terlebih makan.Jika ibu bapa melihat emosi anak-anak yang terganggu sebegini turut memberi kesan negatif kepada tabiat pemakanan mereka,maka dicadangkan agar masalah yang menghantui anak-anak itu diselesaikan dahulu,bukan terfokus kepada membetulkan kaedah makan mereka.
5.0 Cadangan faktor-faktor yang perlu diikuti oleh seorang pengusaha daripada terkena keracunan makanan di pusat asuhan
Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yangdisebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun,biasanya bakteria.Bergantung kepada jenis racun,kekejangan abdomen,demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam.Jika makanan telah dicemari bakteria,bakteria akanmenghasilkan racun yang dikenali sebagai toksin.Toksin memberikesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan.Adapelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapiyang biasa didapati ialah salmonella,shigella, staphylococcus dan E.coli yang merupakan punca utama keracunan makanan di kalanganbayi, terutamanya bayi yang menyusu botol.Bagi keracunan makananyang berpunca daripada bahan bukan bakteria, tanda penyakit juga timbul jika anak termakan bahan kimia,racun serangga atau beberapa jenis tumbuh-tumbuhan.Terdapat lima cadangan faktor-faktor yang perlu diikuti oleh seorang pengusaha daripada terkena keracunan makanan di pusat asuhan.Cadangan pertama adalah faktor sentiasa mengekalkan kebersihan.Penyumbang utama kepada masalah penyakit bawaan makanan adalah disebabkan oleh pengurusan dan penyediaan makanan yang tidak bersih.Patogen yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan bukan sahaja boleh merebak melalui air dan makanan,tapi juga melalui orang yang mengendalikan makanan.Mengekalkan kebersihan bukan sahaja tertumpu kepada makanan malah turut meliputi individu yang menyediakan makanan.Bagi individu ini, haruslah sentiasa membasuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan juga selepas menggunakan tandas bagi mengelakkan pencemaran bakteria.Disamping itu, kebersihan di dapur juga penting di mana segala peralatan dan permukaan yang digunakan semasa penyediaan makanan dicuci serta disanitasi.Kawasan dapur dan makanan hendaklah dilindungi daripada serangga, haiwan perosak dan haiwan-haiwan lain.
Kedua,faktor makanan mentah dan yang telah dimasak hendaklah diasingkan terutama daging
mentah, ayam dan makanan laut.Gunakanlah peralatan bagi penyediaan bahan mentah seperti pisau dan papan pemotong yang berasingan di samping menggunakan bekas penyimpan bagi menyimpan makanan untuk mengelakkan kontaminasi bersilang antara makanan mentah dan yang telah dimasak.Kontaminasi bersilang adalah pemindahan bakteria atau mikroorganisma lain dari satu makanan ke makanan yang lain.Dengan bahasa mudahnya, pencemaran silang berlaku apabila bakteria dan virus daripada permukaan tercemar berpindah kepada permukaan yang tidak tercemar.Bakteria ini boleh datang daripada orang, permukaan kerja atau peralatan dan makanan lain.Ketiga,bagi pencegahan penyakit bawaan makanan adalah faktor memasak dengan sempurna terutama bagi makanan yang mudah terdedah dengan bakteria seperti daging, ayam telur dan makanan laut.Proses memasak dengan sempurna bukan sahaja dapat menambah kelazatan, memudahkan penghadaman tapi juga bagi membunuh bakteria atau mikroorganisma lain pada makanan.Umumnya,memasak pada suhu didih selama 5 hingga 10 minit telah mencukupi untuk membunuh bakteria. Tetapi perlu dipastikan semua bahagian makanan yang dimasak terutama bahagian dalam makanan mencapai kepanasan yang secukupnya  iaitu, sekurang-kurangnya 73 °C selama 15 saat.Keempat,faktor makanan yang telah dimasak hendaklah dipanaskan dengan sempurna.Bagi memastikan makanan disediakan dan dimasak dengan sempurna, suhu memainkan peranan yang penting.Semasa menghidang, makanan hendaklah sentiasa panas (melebihi 60°C).Makanan yang telah dimasak tidak boleh ditinggalkan pada suhu bilik lebih dari 2 jam.Namun begitu, harus diingat, makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tidak boleh disimpan terlalu lama atau melebihi 5 hari.Makanan beku tidak digalakkan dinyahbeku pada suhu bilik kerana amalan ini dianggap tidak selamat.Makanan yang perlu dinyahbeku boleh melalui 3 cara pilihan seperti berikut:

i Makanan yang disejuk beku hendaklah dialihkan dahulu ke bahagian dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum digunakan .
ii Makanan yang disejuk beku hendaklah dalam bungkusan yang kalis air dan diletakkan di bawah air paip yang mengalir.
iii Makanan yang disejuk beku hendaklah dicairkan menggunakan ketuhar gelombang dan diikuti dengan masak secara terus.

Kelima,menggunakan air dan bahan mentah yang selamat.Faktor air yang selamat adalah air yang telah dirawat dan membolehkan anda menggunakannya atau minum dengan selamat.Bahan mentah pula perlulah segar,berkhasiat dan selamat.Seperti yang diketahui sayur-sayuran dan buah-buahan adalah lebih berkhasiat sekiranya dimakan tanpa dimasak.Oleh  itu,pastikan sayuran dan buah-buahan ini dibasuh sebelum dimakan.Bagi makanan terproses,pilihlah yang selamat seperti susu yang berpasteur selain memastikan makanan yang sudah melebihi tarikh luput tidak digunakan lagi.
6.0 Kesimpulan
Perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) melibatkan kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat sebagai pelanggan.Penyediaan perkhidmatan jagaan yang terbaik bagi menjamin kualiti yang diharapkan demi kebajikan kanak-kanak itu sendiri.Makanan seimbang penting untuk anak-anak sejak kecil lagi mampu meningkatkan pertumbuhan fizikal serta memperbaik keupayaan mental mereka.Apabila keracunan makanan pula,antibodi kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa,oleh itu mereka mudah mendapat sesuatu jangkitan.Dengan bantuan-bantuan dan keprihatinan kerajaan,diharapkan isu Taska tidak berdaftar dapat diatasi dengan sistematik dan teratur serta tahu proses pendaftaran taska.Bakal usahawan taman asuhan kanak-kanak mereka hendaklah memerhati atau menilai sesebuah taska itu dari pelbagai aspek.Aspek yang perlu dinilai ialah pengurusan,lesen perniagaan,fail dan rekod maklumat kanak-kanak,pengasuh,kebersihan,keselamatan,penggunaan ruang dan menu harian.
                                                                                                                      
 7.0 Rujukan
HDPS4403 Keusahawanan DalamPendidikan Awal Kanak-Kanak(Edisi Pertama).Kuala Lumpur : Open University Malaysia[21 Januari 2015]
Prof Madya Dr Putri Zabariah Megat A Rahman. (2006).HBPS 1103 Pengenalan Pendidikan  Awal Kanak-kanak. KL : Unitem[21 Januari 2015]
Norin Hassan.(2008). Membina Perniagaan Taska,Tadika dan Pusat Jagaan.Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd[21 Januari 2015]
Saayah Abu,Surayah Zaidon, Siti Saleha Samsuri.(2006). Panduan Untuk Pengusaha Tadika. Kuala Lumpur : PTS Publication[21 Januari 2015]
Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamizah . (2005).Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur. PTS Publication[21 Januari 2015]
Prof.Madya Dr Tajul Ariffin Nordin & Mohd Arif Hj Ismail.(2003).Paradigma Tauhid:Amalan Nilai Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sebagai Pendekatan Pembangunan Manusia. Jurnal Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia,40(84),7.t [25 Januari 2015]
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kertas Konsep Memperkasakan Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia[25 Januari 2015]
ZainunIshak(2006). PanduanKesihatandanKeselamatanKanak-kanak. Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd. [25 Januari 2015]
KKM.  2005.  Panduan Penyediaan Hidangan Sihat.  Cawangan Pemakanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia. [25 Januari 2015]
MOH. 2005.  Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia. [25 Januari 2015]
Mohamad bin Aman & Kasim bin Abd Majid (2003).Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatan4.Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. [25 Januari 2015]
 Bahagian kawalan penyakit. (2007). Garispanduan Pengendalian Kanak-kanak di Taska dan Prasekolah: Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia[27 Januari 2015]
Haiza Noor & Norizan Abu Samah. 2004.Penjagaan & Kesihatan Bayi Sejak Lahir Hingga12 Bulan Pertama Selangor: Jasmin Enterprise. [29 Januari 2015]
Abdul Kader Hussain. 1986.Suluh Asuhan Panduan Asas Kesihatan Anak .UtusanPublications & Distributors Sdn.Bhd. [30Januari 2015]
Education Act 1996(Act 550).Laws of Malaysia.(1984).Kuala Lumpur,[8 Februari 2015]
Barringer,B,R.,&,R.d.(2008).Entrepreneurship:Successfully launching new ventures(2nd ed).New Jersey,NJ:Pearson Education[8 Februari 2015]
Carpenter,C. and Evans,N. (2000). “A Different Vision of Net Success.” dlm. Price,C. “ The Internet Entrepreneurs.” Edinburgh: Ft.com Financial Times. 165-174. [8 Februari 2015]
Permata Negara, Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri. 2008. Enterprise Building. Selangor. [17 Februari 2015]
Catherie Robertson .2003. Safety, Nutrition, and Health in Early Education 2nd Edition. Clifton Park, NY: Delmar/Thomson Learning. [23 Februari 2015]
Belsky,J. 1998. The Effects of Infant Day Care Reconsidered. Early Childhood Research Quarterly, 3, hlm. 232-272. [10 Mac 2015]