Tuesday, 1 May 2018

Bahasa Perkembangan Kanak-Kanak



Pengenalan
Bahasa adalah satu bentuk komunikasi samada ‘verbal’ atau ‘non verbal’.Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesuatu komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak,semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya,mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Mengikut Piaget,“perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan intelek iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit”.Oleh kerana penggunaan bahasa memerlukan kemahiran pembelajaran,maka adalah penting bagi pendidik memahami perkembangan bahasa kanak-kanak di dalam beberapa peringkat perkembangan bahasa bersama dengan perkembangan fizikal,kognitif dan sosioemosi kanak-kanak mereka.Teori sosio kognitif pula menekankan tentang peranan pemodelan, contohnya kanak-kanak meniru percakapan,maklum balas dan gaya bahasa orang dewasa.Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melhat dan mendengar percakapan orang lain, mereka seterusnya akan meniru dan akan mengulanginya apabila diteguhkan.Menurut Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial,pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu.Kanak-kanak mempelajari bahasa secara berinteraksi setiap hari dengan orang-orang di persekitaran.Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka supaya sesuai dengan kefahaman kanak-kanak.Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan ayat yang mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa.Ini memudahkan perkembangan bahasa berlaku.Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak dan keperluan.Orang dewasa perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak dan tahapnya semakin meningkat penggunaan perkataan yang lebih susah dengan ayat yang lebih kompleks sesuai dengan peningkatan umur kanak-kanak.Pendidik dan ibu bapa boleh meluaskan penggunaan dan kemahiran bahasa di kalangan kanak-kanak melalaui interaksi dan maklumbalas yang membantu mereka membetulkan, mencantum dan meluaskan penggunaan bahasa tersebut.Interaksi antara ibu bapa dan kanak-kanak serta status sosioekonomi ibu bapa mempengaruhi perbendaharaan kata kanak-kanak.Perkembangan bahasa akan melalui beberapa peringkat perkembangan kanak-kanak seperti peringkat bayi dan peringkat kanak-kanak.Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa ialah seperti umur,perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah apabila meningkat usia,yang kedua jantina,secara amnya kanak-kanak perempuan lebih cepat bercakap berbanding dengan kanak-kanak lelaki,ini kerana disebabkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak perempuan lebih cepet berbanding lelaki namun ada juga sesetengah kanak-kanak perempuan yang lambat mengalami perkembangan bahasa.Kecerdasan dan kebolehan bahasa seseorang amat berkait rapat.Jika dilihat pada kanak-kanak yang cerdas, mereka lebih cepat bercakap dibandingkan kanak-kanak yang lemah.Namun, tidak bermakna kanak-kanak yang lambat bercakap tidak cerdas akalnya.Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya lebih tinggi mempunyai sifat istimewa kerana dapat memerhati dan memahami erti perkataan dan percakapan.Faktor alam sekitar berkait dapat dengan keadaan keluarga. Kanak-kanak yang membesar dalam linkungan alam sekitar yang sihat akan mendapat segala kemudahan.Kesannya mereka perkembangan bahasa mereka lebih cepat.Jika persekitaran kanak-kanak dikelilingi dengan orang pandai maka mereka terbiasa dengan percakapan orang bijaksana serta perbendaharaan kata yang betul dan banyak.   
1.0   Peringkat Bayi
Semenjak lahirnya bayi,bayi akan sentiasa mengeluarkan bunyi seperti menangis.Tujuan komunikasi awal ini adalah untuk menarik perhatian ibu bapa,penjaga dan orang-orang yang berada dipersekitarannya.Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi berlaku melalui turutan yang tertentu pada tahun pertama seperti menangis,cooing,babbling dan isyarat.Menangis menjadi lumrah kepada bayi yang baru dilahirkan dan menangis boleh membawa maksud tekanan terhadap pelbagai perkara seperti lapar,sakit dan sebagainya.‘Cooing’bayi mengeluarkan bunyi ‘oo’ seperto ‘coo’ dan ‘goo’.Berlaku antara 1 sehingga 2 bulan dan bayi selalunya menggunakan bunyi ini untuk berinteraksi dengan penjagannya.‘Babbling’bayi mengeluarkan bunyi berulang ‘ba,ba,ba,ba’ ‘ma,ma,ma’.Isyarat bayi mula menunjukkan isyarat seperti menunding jari,anggikan kepala dari 8 sehingga 12 bulan.Mereka mungkin melambaitangan untuk ‘bye,bye’ atau anggukan kepala untuk ‘ya’ dan tunjukan botol susu untuk meminta susu.Pada usia 8 sehingga 12 bulan,bayi menunjukkan kefahaman pada perkataan yang disebut.Bayi selalu mula menyebut perkataan pertama pada usia 10 sehingga 15 bulan,sebelum perkataan pertama disebut,bayi selalunya telah berinteraksi dengan ibu bapa.penjaga melalui isyarat dan bunyi-bunyi mereka yang tersendidri.Perkataan pertama bayi adalah perkataan yang penting bagi mereka seperti orang-orang terdekat (papa,mama),kenderaan, mainan, makanan, anggota badan,pakaian atau ucapan.Kadang-kadang satu patah perkataan bagi mereka boleh membawa pelbagai makna.Contoh ‘bola’ mungkin membawa maksud ‘itu bola’ atau ‘saya nak bola’.Pada usia 18 sehingga bulan, bayi sudah mula menggunakan 2 patah perkataan yang akan   disertai dengan pelbagai isyarat badan dan intonasi suara,contoh seperti ‘nak susu’, ‘bola mana’, ‘tak ada’dan ‘mama jalan’.Perkataan yang digunakan oleh bayi masih tidak disertai dengan tatabahasa yang tertentu.
2.0  Peringkat kanak-kanak
            Bermula dengan dua patah perkataan,penguasaan bahasa kanak-kanakakan berkembang kepada 3 sehingga 4 patah perkataan dari 2 sehingga 3 tahun.Kadang-kadang pemahaman kanak-kanak ke atas sesuatu situasi berlaku sebelum dia dapat meluahkan melalui bahasa,contohnnya Didi 3 tahun menangis dengan kuat,kemudian baru menyebut ‘Didi nak susu’.Pada peringkat pra sekolah,kanak-kanak akan mula sensitif kepada penggunaan bahasa.Mereka mula memahami lagu,pantun dan boleh bertepuk tangan mengiringi lagu.Mereka juga mula memahami bahasa dan ayat yang kompleks,contohnya “Adik dan Kina nak pergi main basikal dengan Along”.Mereka juga boleh menggunakan ayat tanya dengan betul,contohnya “Papa hendak pergi mana?”.Perkataan yang digunakan juga semakin banyak,dengan pertambahan perbendahraan kata mereka.Kanak-kanak diperkenalkan dengan huruf vokal a,e,o,u diikuti dengan gabungan konsonan dan vokal.Seterusnya, mereka membentuk perkataan mudah dan meningkat kepada yang lebih kompleks(pembentukan ayat) dan pembentukan perenggan(cerita).Pada umur 5 tahun,penerimaan bahasa lebih berkesan.Kanak-kanak menggunakan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri.Oleh itu,ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar.mereka dapat menyebut umur mereka dengan betul.

3.0  Perkembangan Bahasa
Dalam pemerhatian saya di sebuah sekolah prasekolah yang terletak di Sekolah Kebangsaan Sejagong mendapati banyak aktiviti yang dijalankan bersama-sama antara murid dan guru.Antarannya mengelolakan banyak aktiviti secara berkumpulan,aktiviti kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid prasekolah berinteraksi diantara satu sama lain dan dengan banyak aktiviti kumpulan membolehkan murid-murid prasekolah menjalankan aktiviti pengayaan,aktiviti pemulihan,lakonan,permainan,pertandingan atau kerja projek.Aktiviti kumpulan juga dapat meningkatkan bahasa dalam berbual bersama rakan dan mendapat bahasa atau perkataan yang baru.Aktiviti soal-memyoal,aktiviti melibatkan antara guru dan murid-murid prasekolah.Ini melibatkan dapat berinteraksi antara guru dan murid-murid prasekolah dalam sesi soal – menyoal dan guru dapat memperbetulkan bahasa dan sebutan perkataan yang betul.Aktiviti fail vokal amat menarik kerana membelajar membunyikan vokal a,e,o,u dengan cara ajak murid-murid prasekolah menyusun,memasukkan kad-kad vokal a,e,o,u dan kad-kad gambar di dalam fail.Pastikan kad vokal disusun bersebelahan dengan kad bergambar yang betul,misalnya kad vokal ‘a’disusun disebelah gambar ayam.Murid-murid prasekolah dapat membunyikan huruf vokal dan dapat juga mengaikatkan dengan gambar,misalnya vokal ‘u’ kaitkan dengan gambar ular,kemudian sebut u ‘u’,‘ular’.Guru menggulang aktiviti dengan huruf vokal dan gambar lain.Aktiviti ini adalah secara individu,guru dapat tahu samada seseorang murid itu dapat menyebut dengan betul atau tidak dan dengan itu dapat membantu sehingga dapat memyebutnya dengan betul,objektifnya adalah Mengecam, membunyikan huruf vokal dan mengaitkan bunyi vokal dengan gambar.Aktiviti gaul dan pilih menarik perhatian saya kerana dengan bahan bola ping-pong yang dilabelkan dengan suku kata,sebiji mangkuk besar dan beberapa mangkuk kecil.Guru mengajak murid-murid prasekolah duduk-duduk disekeliling meja dan diberikan setiap murid sebatang senduk serta mangkuk kosong.Guru meletakkan mangkuk besar diisi dengan bola ping pong  berlabel dengan suku kata ditengah meja dan guru menyuruh murid-murid menggaul bola ping pong di dalam mangkuk besar menggunakan senduk masing-masing.Guru menyebut satu bunyi suku kata,misalnya suku kata ‘ba’ dan menyuruh murid-murid mencari bola ping pong berlabel suku kata ba.Selepas dapat mencari suku kata ‘ba’ serta memasukkan ke dalam mangkuk masing-masing sambil menyebut “ba’.Hasil daripada aktiviti ini,murid dapat mengecam dan membunyikan suku kata dengan betul.Aktiviti seterusnya papet bergambar,bahan untuk aktiviti ini ialah kad-kad suku kata,papet bergambar yang boleh dipegang dan seutas tali.Guru gantungkan kad-kad suku kata pada tali yang diikat melintang dan guru memberikan kepada murid papet bergambar serta ajak murid namakan gambar pada papet.Guru mengajak murid-murid menepuk suku kata yang tergantung menggunakan papet,misalnya jika papet yang dipegang bergambar baju,murid dikehendaki menepuk kad suku kata ‘ba’ dan ‘ju’ yang tergantung.Murid menyebut’ba’ dan ‘ju’ semasa menepuk kad suku kata,kemudian menyebut ‘baju’.Hasil pembelajaran dengan menggunakan aktiviti ini,murid-murid prasekolah dapat membina dan membaca perkataan dengan betul.Aktiviti baling dan sebut tidak kuarang hebatnya,bahan yang digunakan pundi-pundi kacang yang berlabel suku kata,tiga gelung hula-hop(gelung rotan) dan obkek-objek sebenar seperti buku,baju dan sudu.Guru meletakkan tiga gelung rotan lebih kurang dua meter di hadapan tiga orang murid dan letakkan buku.baju dan sudu di setiap gelung rotan.Guru melonggokkan pundi kacang berlabel suku kata di hadapan murid serta murid menamakan objek sebenar di dalam gelung rotan dan membaling pundi kacang yang betul ke dalam gelung rotan,misalnya membaling pundi kacang berlabel ‘bu’ dan ‘ku’ ke dalam gelung rotan yang mengandungi buku.Murid menyebut ‘bu’ dan ‘ku’,dan kemudiannya menyebut perkataan ‘buku’ serta guru menggulangi aktiviti ini dengan objek lain.Hasil pemerhatian dengan aktiviti ini,murid-murid prasekolah dapat membina dan membaca perkataan dengan betul yang dibimbing oleh guru.Aktiviti bercerita dapat menarik perihatian murid-murid walaupun secara berdasarkan gambar berseri ataupun menggunakan patung papet.Aktiviti ini dilaksanakan dengan bersesuai dengan kebolehan murid-murid,masa yang digunakan untuk bercerita haruslah tidak terlalu panjang sehingga membosankan murid-murid.Cerita berdasarkan gambar bersiri menggunakan ganbar yang berurutan,gambar tersebut berkesinambungan dengan cerita yang ingin disampaikan.Guru menggunakan gambar bersiri boleh menarik perihatian murid-murid kerana mereka suka melihat gambar,ia boleh mempertingkatkan daya pengamatan dan kemahiran mendengar.Selain itu dapat meningkatkan interaksi antara murid dan guru,seperti murid menayakan “cikgu kenapa perut katak itu gemuk?” dan guru menjawab “sebab dia gemuk kerana dia kuat makan” kata guru kepada muridnya.Guru membaca suku kata memgikut perkataan dan murid-murid mengikut bacaan yang dibaca oleh guru,ini dapat meningkatkan minat membaca menggunakan perbendaharaan bahasa yang betul.Guru juga menggulangi ayat dalam proses bercerita kerana untuk menggalakkan murid-murid dapat menghafal menambah kosa kata bahasa.Cerita yang disampaikan oleh guru dapat merangsang minda murid-murid untuk mencetuskan idea kreatif apabila guru secara tidak langsung melibatkan murid-murid dalam sesuatu cerita dalam berbentuk drama.Selain itu murid-murid juga dapat mempertingkatkan kemahiran lisan dan berbahasa.Oleh kerana kanak-kanak sering meniru percakapan orang yang lebih dewasa dariapada mereka,maka mereka juga akan meniru sebutan yang didengar dan beraksi mengikut aksi yang telah guru persembahkan walaupun dari segi emosi mahupun fizikal.Apabila kanak-kanak memanfaatkan kosa kata dalam komunikasi seharian mereka,dalam jangka masa panjang mereka sudah tentu dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan untuk bersosialisasi dengan semua peringkat umur.Akiviti menulis,guru menulis huruf ataupun suku kata dalam perkataan dan murid-murid menyalin semula didalam buku yang disediakan.Dalam proses menyalin murid-murid kebiasaannya akan menyebuf huruf satu persatu seperti ‘m’, ‘e’ , ‘n’ dan menyebut ‘men’.Aktiviti dapat meningkat minda murid-murid untuk mengecam huruf dan membaca.

3.1  Keberkesanan Aktiviti Terhadap Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
Bayak aktiviti yang diadakan di prasekolah yang terletak di Sekolah Kebangsaan Sejagong oleh guru untuk menarik minat murid-murid prasekolah untuk belajar dan dengan pelbagai akitiviti bahasa di prasekolah adalah persediaan asas untuk murid-murid prasekolah meelangkah masuk ke tahun satu.Vygotsky berpendapat “proses mental yang lebih tinggi berkembang apabila kanak-kanak membentuk pertuturan semasa melakukan aktiviti pratikal”.Dengan adanya banyak aktiviti seperti aktiviti berkumpulan,dalam aktiviti ini menekan permainan ini adalah pilihan kanak-kanak yang disokong oleh guru ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan sesi soal jawab.Melalui bermain,kanak-kanak belajar berkomunikasi,menyesuaikan diri dengan persekitaran,berinteraksi dengan rakan dan mengenali benda-benda di sekeliling mereka.Dalam teori Piaget “pada peringkat praoperasional yang ini berumur 2 sehinngga 7 tahun kemahiran bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat dan dapat diasah melalui pelbagai aktiviti”.Pada peringkat ini,proses pembelajaran tindakan secara mental terhadap sesuatu perkara ataupun objek berlaku.Semasa proses ini,kanak-kanak belajar bagaimana menggunakan perkataan dan gambaran untuk mewakilkan objek seperti didalam aktiviti baling dan sebut.Dalam aktiviti baling dan sebut,murid-murid prasekolah menggunakan fizikal dan mental bagi mengecam pundi kacang berlabel suku kata sesebuah objek serta memfokus membaling ke dalam gelung rotan yang mempunyai sesuatu objek.Kemahiran ini seterusnya boleh diasah melalui pembelajaran menggunakan aktiviti bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan kanak-kanak.Aktiviti bermain dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar seperti literasi awal.Apabila kanak-kanak minat untuk terus belajar,mereka memperoleh kemahiran baharu dan kemahiran ini dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak pada jangka masa yang panjang.Menurut teori Noam Chomsky “kemahiran bahasa kanak-kanak adalah dipahatkan dalam struktur otak mereka”.Dalam pembelajaran dengan banyak aktiviti dapat meningkat perkembangan otak untuk berfikir.Otak mempunyai dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan,otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang bahasa,fakta,matematik serta daya ingatan manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif,warna,reka bentuk seperti corak,pola ruang,lukisan,gambar,muzik dan imaginasasi.Dalam aktiviti yang dilakukan di sekolah ini,semua aktiviti ini menggunakan kedua-dua otak yang dapat meningkat pengetahuan bagi murid-murid prasekolah.Pada pendapat saya,aktiviti bermain adalah adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya bahasa.Terdapat hubungan aktiviti bermain dengan persekitaran permainan dalam pemupukan kemahiran literasi.Bahan bacaan bertulis dalam ruang permainan misalnya gerai piza yang diletakkan papan tanda,menu menunjukkan persekitaran bermain yang diperkayakan dengan kemahiran literasi dapat meningkat pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak tentang fungsi perkataan bertulis,keupayaan mengenal perkataan menulis,keupayaan menggunakan srategi kefahaman seperti memastikan dan membetulkan sendiri perkataan bertulis yang dilihat.Pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui bermain jelas dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan literasi kanak-kanak.Perasekitaran yang dimanipulasikan,permainan bertema,permainan fantasi dan aktiviti bebas adalah antara permainan bahasa yang berupaya meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.Walau bagaimanapun,semasa proses bermain kanak-kanak perlu bersosial dan berinteraksi dengan individu lain seperti rakan sebaya atau orang dewasa seperti pengasuh,guru dan ibu bapa untuk bermain.Tanpa rakan sebaya dan individu lain,kemahiran komunikasi kanak-kanak tidak akan berlaku,apatah lagi untuk berkembang dengan baik.Dalam pembelajaran bahasa,saya melihat pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak,objek dan gambar memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan makna perkataan.Penggunaan objek dan gambar melalui aktiviti permainan bahasa misalnya dapat membantu kanak-kanak memahami pengalaman baru mengaitkan pengalaman sedia ada melalui aktiviti melihat,menyentuh dan merasa objek di sekeliling.

3.2  Cadangan Aktiviti
Cadangan saya untuk meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak ialah antaranya banyakkan aktiviti permainan sambil belajar seperti lakonan menggunakan boneka papet,dengan menggunakan boneka papet dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk melihatnya dan mendengarnya.Dengan menggunakan boneka papet seperti haiwan ataupun kartun,serta mempunyai jalan cerita yang mengandungi nilai-nilai murni yang boleh mempengaruhi kanak-kanak.Dalam aktiviti perlu juga guru menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang betul,biasa kanak-kanak suka meniru dari segi fizikal mahupun dari segi perbendaharan bahasa untuk digunakan semasa rakan sebaya,ibu bapa dan orang disekelilingnya.Aktiviti kedua muzik suku kata,menggunakan botol-botol plastik yang dilabelkan dengan suku kata dan kacang hijau. Masukkan kacang hijau ke dalam botol-botol dan tutup dengan penutup
botol serta  berikan botol kepada setiap murid.Guru menyebutkan satu suku kata, misalnya suku kata ‘na’ serta diikuti oleh murid-murid yang memegang botol berlabel suku kata ‘na’,n dikehendaki menggoncang botolnya.Guru menggulangi aktiviti dengan suku kata lain sehingga menghasilkan rentak muzik berlainan.Objektif aktiviti ini murid dapat mengecam dan membunyikan suku kata dengan betul.Aktiviti permainan fantasi salah satu cara yang paling berkesan untuk kanak-kanak belajar dan mempraktikkan kemahiran imaginasi mereka adalah melalui permainan fantasi.Permainan ini dilakukan secara spontan dengan menggunakan peralatan ataupun tanpa peralatan dan dilakukan berasaskan imaginasi kanak-kanak.Bermain pondok-pondok misalnya dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak tentang dunia di sekelilingnya dan bagaimana hendak bersosial dengan rakan sebaya.Semasa permainan fantasi, kanak-kanak belajar bagaimana hendak menggambarkan sesuatu karakter dalam sesuatu situasi. Mereka menggunakan imaginasi dan bahasa untuk menyatakan idea, konsep dan keinginan. Mereka juga berupaya mengubah idea menjadi fantasi secara kreatif.Aktiviti keempat adalah akttiviti permainan fikir dan nyatakan,bahannya menggunakan pen (marker,kapur),papan tulis dan beberapa suku kata perkataan.Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan,setiap kumpulan yang dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama.Guru perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang hendak diteka,contohnya“H ___ ___ ___ ___ ___ ___” ,serta guru akan menceritakan sifat sesuatu objek,haiwan dan lain-lain. Selepas itu,murid-murid perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu diisi pada ruang kosong tersebut.Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala, diikuti badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka lakukan.Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas.Aktiviti ini dapat meningkat perkembangan kognitif kanak-kanak,serta kanak-kanak ada rasa untuk berdaing saing untuk kumpulan supaya tidak tewas dan tidak terkena hukumannya dari guru.

3.3 Kesimpulan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSKP) 2010 memfokuskan pembelajaran
berpusatkan kanak-kanak dan antara fokus utamanya ialah pembelajaran melalui
bermain (KPM 2010). Dalam KSPK, aktiviti belajar melalui bermain amat digalakkan
sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah. Guru menyediakan ruang bermain
dengan meletakkan pelbagai bahan yang dapat merangsangkan kanak-kanak untuk
bermain. Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, guru
perlu merancang pengajaran harian dengan mengenal pasti objektif, bahan-bahan
aktiviti, pelaksanaan dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Guru digalak
melakukan permainan seperti permainan air, permainan pasir, permainan pondok-pondok
dan permainan tradisional yang melibatkan kanak-kanak secara aktif,berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya.Selain dapat membantu kanak-kanak belajar membaca dalam keadaan yang menyeronokkan, penggunaan aktiviti permainan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran membaca dikatakan dapat meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak.



 

No comments:

Post a Comment