Sunday, 18 January 2015

KESIHATAN DAN KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Pengenalan
            Pertolongan cemas sepatutnya dipelajari serta diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia. Tugas dalam memberikan perkhidmatan kecemasan tidak semestinya dibebankan pada pihak hospital,doktor-doktor dan ahli pertolongan cemas terlatih sahaja.Malahan ia sepatutnya dipikul oleh setiap lapisan masyarakat.Ini adalah kerana kemalangan dan kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masa samada di dalam rumah,pejabat,sekolah atau di kawasan terbuka.Mereka yang terlibat dengan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak sewajarnya perlu mendapat latihan dalam 'Pertolongan Cemas' (First Aid).Keperluan ini jangan ambil mudah khususnya kepada mereka yang terlibat dengan bayi dan tatih.Banyak kemalangan berlaku hingga membawa kematian yang tidak diduga seperti yang pernah disiarkan menerusi suratkhabar.Langkah yang sewajarnya adalah melengkapkan diri dengan pengetahuan asas pertolongan cemas untuk mengelakkan kemalangan di taska mahupun di tadika.Pengalaman saya semasa melanjutkan pengajian di luar negara diwajibkan mendapatkan pengetahuan asas pertolongan cemas untuk menjalankan amali (latihan mengajar) di institusi pendidikan awal kanak-kanak.Dua perkara wajib dipelajari iaitu 'Infant and Child CPR' dan 'Community First Aid and Safety'.Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan,anda mungkin menjadi orang yang berada di lokasi ataupun orang yang pertama tiba ke lokasi kemalangan atau kecemasan.Oleh itu anda merupakan responder pertama atau ahli pertolongan cemas yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa atau untuk mengurangkan kemungkinan kecederaan dari menjadi lebih teruk.Bagi membolehkan anda menjalankan rawatan kecemasan yang baik, anda mestilah mempunyai pengetahuan ilmu pertolongan cemas yang mahir dan cekap.Di dalam unit ini anda akan didedahkan mengenai ilmu pertolongan cemas agar anda dapat memberikan rawatan pertolongan cemas dengan baik.   Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit.Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang.Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya.Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri,kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor,namun
begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.Ketika menghadapi mangsa yang memerlukan pertolongan kita janganlah panik tetapi perlu bertenang.Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang logik.Apabila memberikan pertolongan cemas, laksanakannya mengikut kemampuan anda. Jangan cuba untuk menjadi wira.Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin.Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adalah perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota badan.Seorang mangsa yang tidak boleh bernafas dengan baik, atau mengalami pendarahan berlebihan,perlukan bantuan segera.Jika pertolongan cemas itu pantas dan berkesan,mangsa tersebut akan memiliki peluang yang lebih cerah untuk pulih.Cuba bertenang dan fikirkan semua tindakan anda. Pengamal pertolongan cemas yang tenang dan terkawal telah terbukti dapat mengawal keadaan dengan cekap dan berkesan.Dalam pertolongan cemas,terdapat teknik-teknik dalam memberi bantuang kepada mangsa.Sebelum memberi bantuan kecemasan,pastikan keselamatan anda juga terjamin dengan menimbang bahaya akibat dari kemalangan tersebut dengan mengetahui punca kecederaan mangsa,seperti terkena renjatan eletrik dan lain-lain.Pastikan anda tidak terus menyentuh mangsa,sebaliknya peka dan bertindak pantas menurut keperluan. Sekiranya mangsa terkena rencatan elektrik maka pastikan kadar bahaya elektrik yang mangsa hadapi.Sekiranya 240 volt ke bawah gunakan penebat untuk meleraikan mangsa dari punca rencatan elektrik, seperti baju,tali pinggang dan lain lagi.
     Akhir sekali ialah objektif pertolongan cemas.Antara objektifnya ialah untuk menyelamatkan nyawa.Jika mangsa pengsan,pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan,hentikan pendarahan secepat mungkin.Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.Kedua,untuk mencegah luka menjadi lebih teruk.Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak.Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.Ketiga,mendapat bantuan perubatan.Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin.Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.Akhir sekali,
balutan.Adalah wajib untuk membalut luka,yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor,supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak.Pembalut mestilah di antikumankan disimpan dalam bekas yang ketat dari udara.Ia sewajarnya dibuat dari kain putih,suci dari kekotoran.Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka.Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya.Tangani balutan hanya dari sisinya.Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut. 
Jenis-jenis pertolongan cemas diperlukan di dalam keadaan berikut:
Luka Dan Pendarahan
Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yg mengakibatkan pengaliran darah dibahagian luar atau dalam badan disebabkan alat tajam atau tumpul.Luka boleh juga ditakrifkan sebagai terputusnya kesinambungan sel-sel epitelium kulit.(Sel epitelium ialah sel yang terletak paling atas dalam lapisan kulit).Pendarahan pula ditakrifkan sebagai terpotonya salur darah sehingga darah keluar darinya.Jika kita boleh lihat struktur kulit manusia,ian akan kelihatan seperti lapisan-lapisan.Oleh salur darah terletak rapat dengan lapisan sel-sel epitelium,maka sebarang kecederaan pada lapisan sei epitelium akan menyebabkan salur darah juga terpotong.Oleh sebab itulah lika selalunya berdarah.Jika kita bertanya kepada guru sains mahupun doctor,kita akan diberitahu ada tiga jenis salur darah,iaitu arteri(salur nadi),vena(pembuluh darah) dan kapilari(rerambut darah).Secara umumnya,arteri ialah salur darah yang mrmbawa darah keluar dari jantung ke seluruh anggota badan.Jantung mengepam dengan kuat dan membawa darah beroksigen.Jiak arteri terpotong,darah yang keluar akan kelihatan membuak-buak dan berwarna merah terang.Vena pula membawa darah kembali ke jantung dari anggota badan.Ia mengalir dengan lemah dan membawa darah tidak beroksigen kerana oksigen telah digunakan disel-sel anggota badan.Jika vena dipotong,darah keluar akan perlahan dan berwarna kehitaman.Kapilari pula ialh salur-salur darah halus yang menyambungkan arteri dengan vena didalam anggota badan.Jika kapilari dipotong,darah yang keluar sedikit,perlahan dan berwarna merah terang.Walau bagaimanapun,secara praktikalnya,apabila luka berlaku,pendarahan yang berlaku selalunya melibatkan lebih daripada
satu jenis salur darah.Apakah perbezaan antara luka dengan pendarahan.Kedua-dua istilah ini boleh digunakan dalam maksud yang sama,kerana luka selalunya berdarah.Walau bagaimanapun,ada juga pendarahan yang tidak melibatkan luka,ia dinamakan pendarahan dalaman.
Pendarahan Kecil
Terbahagi kepada tiga iaitu:
1)Pendarahan eksternal (dibahagian luar)
·         luka terhiris    -disebabkan benda tajam seperti pisau
·         luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai
·         luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam
·         luka tembus   -seperti kena tikaman pisau, atau  jarum
a) Pendarahan internal (dibahagian dalam)
  • perut –muntah berdarah
  • rahim – tumpah darah
  • tali usus – darah pada dubur
  • buah pinggang – kencing berdarah
  • paru-paru / salur pernafasan – batuk berdarah
  • tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung
b) Pendarahan internal tanpa kesan
  • limpa dan hati pecah
  • pendarahan dalam otak
Jenis-jenis luka
Terbahagi kepada 2 kategori:
·         Luka terbuka- luka teruk yang melibatkan organ-organ lain,menyebabkan tumpahan darah yang banyak,renjatan dan juga jangkitan kuman.
·         Luka tertutup- kebiasaannya kulit tidak pecah, tumpahan darah terjadi dalam tisu dan bahagian yang tercedera menjadi lebam.
Luka terbuka
Luka terhiris (Incision)disebabkan alat tajam seperti pisau atau kaca.Luka senang dirawat dan bercantum semula.Mungkin berlaku pendarahan yg banyak disebabkan terpotong salur darah.
Luka tikaman (punctured)Disebabkan tercucuk paku,jarum atau serpihan kayu.Mempunyai liang
yang kecil tetapi dalam.Luka dalam menyebabkan kekotoran atau kuman mudah meresap dan risiko jangkitan tinggi.
 Luka Tertutup
       Lebam (contusion)akibat daripada terkena pukulan yang kuat seperti ketukan tukul besi.Darah yang keluar bewarna kemerahan berkumpul dibawah lapisan kulit.
Rawatan Pendarahan Eksternal Secara Umum
a)Luka-luka kecil,memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja.Rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman.Langkah-langkah rawatannya adalah:
·         Bersihkan tangan dengan sabun.
·         Jangan sentuh luka  dengan tangan kotor.
·         Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
·         Keringkan menggunakan tisu atau tuala yang steril.
·         Lekatkan plaster mengikut saiz luka.
·         Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
·         Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

Rajah Balutan luka

b) Luka kecil yang ada benda asing.Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, jangan keluarkan objek tersebut.Tindakan ini akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.Matlamat rawatan adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan.
Rajah balutan ada objek
Langkah-langkah rawatannya
·         Bersihkan tangan dengan sabun.
·         Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
·         Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
·         Keringkan perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang telah disteril.
·         Kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.
·         Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman.
·         Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek dan bawa mangsa ke hospital.
Jika lebam gunakan tuaman sejuk.Anda juga boleh mengalirkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang tercedera.Tuaman sejuk boleh dibuat dari kiub ais yang dibungkus dengan tuala.Tuam anggota yang cedera selama 20 minit.
Terseliuh Dan Patang Tulang
Terseliuh
Terseliuh kecederaan pada suatu ligamen (suatu jalinan kuat tisu berserat hubungkan dua tulang bersama pada sendi) disebabkan oleh regangan lampau.Kecederaan berlaku pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut sehingga mengoyakkan ligamen dan tisu yang berhubungkait dengan sendi berkenaan.Keadaan ini boleh berlaku sekiranya individu berkenaan membuat pergerakan mengejut seperti berpusing sewaktu berlari atau sewaktu mengejar bola.Kebanyakan kecederaan ini berlaku di anggota pergelangan kaki terseliuh Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen.Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku).Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya.Dalam aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak takraw,
bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi).Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata,keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.
 Rawatan
Secara ringkasnya, rawatan ‘ankle sprain’ terbahagi kepada beberapa aspek yang utama antaranya adalah:
1) Rawatan awalan (R.I.C.E)
a) Rest setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.
b) Ice,ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.
c) Compression bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.
d) Elevation meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung.Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama.Walau bagaimanapun,rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin.Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.

Patang Tulang
Patah adalah keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang.Satu kekuatan yang ditujukan kepada mana-mana bahagian rangka badan boleh menyebabkan berlakunya kepatahan/retak.Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan keterukkan.Patah boleh jadi tidak merbahaya sekiranya kecil tetapi boleh mengancam nyawa dan kehidupan seseorang sekiranya berlaku pada bahagian leher dan pelvis.Patah tulang boleh juga berlaku akibat barah tulang atau osteoperosis.Kemalangan jalanraya adalah punca yang paling banyak menyebabkan kepatahan/retak tulang.
Tanda-tanda utama kepatahan :
  • Sakit
  • Bengkak pada kawasan yang terlibat
  • Tidak boleh menggerakkan bahagian terlibat.
Jenis- jenis patah
·         Patah terpusing (Spiral)
·         Patah remuk (Comminuted)
·         Patah melintang (Tranverse)
·         Patah tebu (Green stick fracture)
·         Patah menyerong (Oblique)
·         Patah lesung (Impacted)

                                             
Patah terpusing.          Patah remuk.         Patah melintang.     Patah tebu
Patah terpusing (Spiral) -Kepatahan yang disebabkan dari daya putaran yang kuat dan menghasilkan kepatahan  seperti “spring”.
Patah remuk (Comminuted)-Kepatahan tulang yang menjadi serpihann kecil akibat dari impak yang sangat kuat.
Patah melintang (Tranverse)- kepatahan yang mendatar atau merentas disebabkan oleh aktiviti yang sangat  lasak.
Patah tebu (Green stick fracture)-kepatahan separa di mana tulang patah dan membengkok.Darah tidak mengalir keluar dan selalu terjadi kepada kanak-kanak.



               Patah menyerong          Patah lesung
Patah menyerong (Oblique)-kepatahan yang bersudut tajam yang disebabkan dari hentakan kuat secara tiba-tiba.
Patah lesung (Impacted)-patah yg tulangnya cucuk-mencucuk antara satu sama lain.Kepatahan yang terjadi akibat terjatuh dari tempat yang tinggi dan terpecah dari pelbagai sudut.
          Pendidik Awal Kanak-kanak berdepan situasi hendaklah melihat pesakit yang mengalami kecederaan mungkin dari tempat kejadian perlu di alihkan ke tempat yang lebih selamat.Pindahkan pesakit secara berhati-hati dalam keadaan dimana mengalihkan pesakit tidak menyebabkan kecederaan yang lebih teruk.Sekiranya pesakit tidak sedarkan diri anggap leher juga patah,periksa dan pastikan tidak menggerakkan bahagian leher sewaktu memindahkan pesakit.Sebelum pesakit dibawa ke hospital,pastikan rawatan kecemasan telah diberikan di tempat kejadian mengikut tahap kesedaran pesakit.Pendidik perlu ada kemahiran tentang pertolongan cemas hendaklah memberi pertolongan kepada pesakit sebelum ketibaan pasukan perubatan.Tempat yang mengalami kepatahan mestilah di pasangkan alat sokongan "splint" untuk mengurangkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan.Alat sokongan "splint" boleh menggunakan sebahagian badan pesakit seperti sebelah kaki untuk menyokong kaki sebelah yang patah dengan menggandingkan kedua belah kaki dan ikat dengan tujuan mengurangkan
pergerakkan."Splint" boleh di buat dari apa-apa bahan yang sesuai seperti surat khabar, papan atau lain-lain benda yang keras yang boleh menampung tulang yang patah.Segera bawa pesakit ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan perubatan selanjutnya.
4.0 Keracunan
Keracunan merujuk kepada gangguan sistem fizikal badan manusia disebabkan samada terhidu, tersentuh atau termakan bahan kimia beracun daripada makmal,bengkel atau berpunca daripada makanan yang dimakan yang tidak bersih atau mengandungi racun.Keracunan adalah reaksi tubuh apabila bahan toksik memasuki ke dalam sistem tubuh manusia melalui mulut,sedutatan/pernafasan dan kulit mata atau mata.Kebanyakkan kes keracunan sekarang ini lebih kepada keracunan makanan.Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Bahan-bahan toksik yang sering mengakibatkan keracunan seperti:
  • Ubat-ubatan
  • Racun Serangga
  • Gas
  • Produk pertanian seperti baja dan racun rumpai
  • Bahan-bahan kimia industri.
  • Bahan-bahan pencuci di rumah
Faktor Penyebab Keracunan Makanan
* Makanan disediakan terlalu awal dan disimpan pada suhu bilik.
* Menyejukkan makanan panas terlalu lama sebelum disimpan dalam peti sejuk.
* Tidak memanaskan makanan pada suhu yang cukup tinggi untuk membunuh kuman.
* Memakan makanan yang telah dimasak yang tercemar dengan kuman berbahaya.
* Tidak memasak makanan pada suhu secukupnya ( tidak mematikan kuman ).
* Tidak mencairkan makanan sejuk beku secukupnya pencemaran silang antara makanan mentah dan makanan yang telah dimasak.Membiarkan makanan dijamah terlebih dahulu oleh lipas,lalat, tikus dan binatang prliharaan seperti kucing dan burung.
* Bahan mentah disimpan bersama-sama makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan menyebabakan pencemaran silang.Bahan mentah terutama daging atau hasilnya harus disimpan pada suhu serendah 40 C.
Gejala keracunan bergantung kepada jenis bahan toksik yang terlibat, jumlah yang diambil terdedah dan usia mangsa.Ada keracunan yang kesannya timbul serta-merta dan ada yang mengambil tempoh beberapa jam atau hari sebelum menunjukkan gejala.Kesan keracunan yang berlaku bergantung kepada jenis bahan toksik,jumlah yang diambil,usia dan keadaan kesihatan mangsa.Gejala-gejala yang sering berlaku ialah:
Ø  Loya
Ø  Muntah
Ø  Pening
Ø  Sakit perut
Ø  Sesak nafas
Kesan daripada keracunan makanan
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau kronik.Boleh menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat muntah dan cirit-birit hingga menyebabakan dehidrasi atau tubuh kontang terik.Ini seterusnya akan menurunkan tekanan darah ( tekanan darah rendah ),kegagalan buah pinggang, dan lain-lain lagi.Kehilangan garam kalium yang terlalu banyak dari tubuh mengakibatkan kekejangan otot termasuk jantung,sawan dan juga koma.Komplikasi lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke dalam darah dan merebak ke seluruh badan.Pendidik Awal Kanak-kanak berdepan situasi hendaklah melihat mangsa yang mengalami boleh membantu awal sebagai kepada mangsa adalah bergantung kepada jenis bahan toksik yang terlibat.Umumnya,bantuan segera berikut amat diperlukan:
·         Alihkan mangsa daripada punca bahan toksik serta-merta
·         Tanggalkan pakaian yang tercemar seberapa segera
·         Basuh anggota yang terlibat menggunakan air.
·         Hantar segera mangsa ke hospital.
Kenalpasti bahan toksik yang terlibat dan serahkan kepada doktor yang merawat.Cara mencegah keracunan ialah:
·         Baca label pada botol/bekas sebelum mengambil/memberi sebarang ubatan.
  • Ambil ubatan seperti yang disarankan oleh doktor.
  • Pakai peralatan perlindungan diri semasa mengendalikan sebarang bahan kimia.
  • Pastikan racun/bahan toksik disimpan ditempat yang selamat.
Tercekik
Terdapat dua kategori tercekik iaitu mild obstruction (tercekik separuh) dan severe obstruction (tercekik penuh).Bagi mild obtruction bayi atau kanak-kanak masih boleh bernafas dengan sendiri dan batuk secara efektif.Anda tidak perlu melakukan apa-apa kerana mangsa mampu untuk mengeluarkan objek yang tercekik itu dengan sendiri.Yang anda perlu lakukan hanyalah meminta mangsa untuk membatukkan objek yang menyebabkan dia tercekik itu keluar.Jika tidak boleh segera hubungi talian kecemasan 999.Apabila severe obstruction terjadi perkara pertama yang dilakukan adalah dengan memastikan keadaan mangsa dengan bertanya keadaannya dan kenal pasti target group mangsa anda.Jika mangsa yang tercekik adalah kanak-kanak yang berumur lebih dari 1 tahun,anda boleh bawa kanak-kanak ke atas meja atau kerusi, urun atau merendahkan badan menyamai paras kanak-kanak tersebut bagi memudahkan bantuan diberikan kepada kanak-kanak yang tercekik itu.Kemudian terdapat dua cara yang boleh digunapakai oleh pendidik awal kana-kanak apabila menghadapi situasi tercekik.Untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak tercekik,yang pertama tundukkan kanak-kanak dan tepuk belakang kanak-kanak sebanyak lima kali untuk membina satu kuasa untuk menolak keluar objek yang tercekik seperti rajah diatas.Rajah dibawah yang kedua adalah dengan berdiri di belakang mangsa, genggam tangan kanan dan letakkan dibahagian antara pusat dan tulang rusuk, kemudian ‘kunci’ dengan menggunakan tangan kiri dan tolak ke arah ‘in and up’ untuk membina kuasa menolak objek yang tercekik itu tadi. Jika kanak-kanak kecil gunakan sebelah tangan sahaja dan daya tolakan atau tekanan adalah kurang.Lakukan sebanyak lima kali atau sehingga mangsa pengsan bawa terus ke hospital.
Bantuan untuk bayi tercekik adalah berbeza.Anda harus pastikan terlebih dahulu sebab bayi tersebut tercekik.Sebagai contoh,sekiranya bayi tersebut demam maka kemungkinan saluran pernafasannya terkena jangkitan kuman.Oleh itu bawa bayi ke institusi perubatan dengan segera.Sementara itu biarkan bayi itu bebas berbaring untuk mencari sendiri posisi yang selesa baginya.Namun sekiranya bayi tersebut betul-betul tercekik sesuatu objek,dukung bayi dengan keadaan kepalanya lebih rendah dari badannya kemudian letakkan tangan kanan atau ibu jari dan kelingking dibawah dagu bayi (cengkam) dan telangkupkan bayi dan letakkan di bahagian tangan kanan,dengan menggunakan kaki tampung tangan yang memegang bayi tadi.Posisi yang terbaik bagi melakukan kaedah ini adalah posisi duduk.Setelah itu tepuk belakang bayi sebanyak lima kali, pusingkan semula bayi dan lakukan compression  seperti di dalam kaedah CPR sebanyak lima kali.Ulang kitaran tersebut hingga objek tersebut keluar.Semasa melakukkan tepukan dan compression tersebut perhatikan mulut dan hidung bayi sekiranya kelihatan sebarang objek sekiranya ada,cuba tarik objek itu keluar.Jika semasa kita lakukan kaedah ini, bayi pengsan segera hubungi 999 ataupun membawa terus ke hospital dan lakukan CPR.
Kesimpulan
Kesimpulannya,pendidik,ibu bapa mahupun masyarakat perlu tahu asas pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit.Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang.Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya.Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri,kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor,namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.
                                                                                                                
Rujukan
HDPS4203Kesihatan Dan Keselamatan Dalam Pendidikan Awal kanak-kanak ( Edisi Pertama). Kuala Lumpur :Open University Malaysia [12 September 2014]
Health Fats 2013 ( Ministry Of Health Malaysia ). Dicapai dari htt://www.moh.gov.my/ images/ gallery/publications/ HEALTH %20 FACTS %02013.PDF[12 September 2014]
Panduan Kecemasan Pertahanan Awam.Dicapai dari https://www.mha.gov.sg/get_blob.aspx?file_id [12 September 2014]
Paduan Resusitasi Kardiopulmonari Dan Pertolongan Cemas bagi mangsa tercekik. Dicapai dari 50megs.com/cpr/tercekik.htm. [12 September 2014]
Unit Kesihatan Pekerjaan,Bahagian Kawalan Penyakit ( 2011 ) Garis Panduan Penyiasatan Kes-Kes Kemalangan / Penyakit,Pekerjaan / Keracuan Di Tempat Kerja.Kementerian Kesihatan Malaysia. [25 September 2014]
Abu Hassan Asaari bin Abdullah.( 2000 ) When choking happens. Positive Parenting. First aid. Dicapai dari http://first_aid_4all.tripod.com/ [25 September 2014]
Jabatan Kesihatan Terengganu.Pertolongan cemas di rumah.Dicapai dari http://first_aid_4all.tripod.com/[25 September 2014]
Kamilah Beran. ( 1996 ).Bahaya bahan sediaan di rumah: Sabun dan bahan pencuci. Pusat Racun Negara, USM. Dicapai dari http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/1996/kosmik11.html [15 Oktober2014]
Kementerian Kesihatan Malaysia.Kecemasan: Keracunan. Dicapai dari http://www.infosihat.gov.my/Penyakit _K_Kecemasan_Keracunan.html[15 Oktober2014]
Kementerian Kesihatan Malaysia.Kecemasan:Tercekik. Dicapai dari http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_K_Kecemasan_Tercekik %20.html[15 Oktober2014]
Kementerian Kesihatan Malaysia.Pencegahan kecederaan di jalan raya.Dicapai dari http:www.infosihat.gov.my/KCHS%201999%20%20%KECEDERAAN / Ris_Bsk1%20Cedera_BM/Ris _ Bsk1%20Cedera_BM pdf [15 Oktober2014]
Kementerian Kesihatan Malaysia.Pertolongan cemas dan resusitasi. Dicapai dari http://www.infosihat.gov.my/PDF%20Penyakit/Pertolongan%20Cemas%20 dan %20Resusitasi.pdf [27 Oktober2014]
Marotz,L.R.,Cross,M.Z.,&Rush,J.M ( 2001 ).Health,safety and nutrition for the young child ( 5th ed. ).New York,NY:Thomson Delmar Learning. [27 Oktober2014]
Noor Hayati Mohd Isa.(2000).Pertolongan cemas dan masalah kesihatan pada kanak-kanak. Dewan Bahasa dan Pustaka. [27 Oktober2014]
Zulkifli bin Ismail. ( 2005,Part 3 ).Keracunan. Positive parenting, 47-48. [27 Oktober2014]
Wright, H. Dan Sugden, D. (1999),Physical Education for All.London: David Fulton[27 Oktober2014]
Zainun Ishak. 2006.Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak .UtusanPublications & Distributors Sdn Bhd. [17November 2014]
Miriam Stoppard. 1998.Panduan Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak .Tropical Press Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. [17November 2014]
Amzan bin Abd. Malek & Hazira binti Hamsah A.2007.Persatuan Pandu Puteri Malaysia.PTS Professional publishing.Sdn.Bhd.Selangor[17November 2014]