Tuesday, 23 October 2012

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS


                                    








 LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

KEmahiran insaniah




ISI KANDUNGAN



 TAJUK                                                                                              MUKA SURAT
1.0    Pengenalan                                                                                      1-----------3
2.0  Kemahiran insaniah                                                                         4----------8
        2.1 Kemahiran komunikasi
        2.2 Kemahiran kritis dan penyelesaian masalah
        2.3 Kemahiran kerja berpasukan
        2.4 Kemahiran keusahawan
        2.5 Pembelajaran berterusan dan pengurusan
              Maklumat
        2.6 Etika dan moral professional
        2.7 Kemahiran kepimpinan
3.0 Pentingnya kemahiran insaniah                                                       8----------9
4.0 Kesimpulan                                                                                      10--------11     
5.0 Rujukan                                                                                                    12














1.0    PENGENALAN
         Dalam pendidikan negara,matlamat pendidikan negara adalah menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek ,rohani,emosi,fizikal dan berasaskan pegangan teguh serta kepercayaan tuhan.Oleh itu,aktiviti pengajaran  dan pembelajaran dalam empat domain utama iaitu kognitif(pengetahuan),psikomotor
(kemahiran fizikal),afektif dan sosial.Namun sistem pendidikan yang sedia diamalkan hanya boleh dianggap berjaya dalam memeberikan kemahiran kognitif dan sosial yang sangat perlu bagi pembentukan insan yang seimbang amat jauh ketinggalan.Akibatnya produk sistem pendidikan kini ataupun modal insan yang dibentuk tidak seimbang seperti yand dihasratkan .Jika diteliti maslah ini antara lain berpunca daripada ketidaksimbangan kurikulum ,terutamanya dalam menentukan hasil pembelajaran dan taksonomi  pembelajaran yang perlu dicapai.Ketidakpelbagaian dalam penyampaian serta ketidakberkesanan pentaksiran ,penilaian dan membiarkan aspek-aspek ini menjadi statik dan tidak dinamik .Strategi pendekatan dan kaedah penyampaian serta penilaian pengajaran dan pembelajaran tidak diberi yang sewajarnya untuk memenuhi keperluan semas.Akitiviti korukulum juga gagal dilihat sebagai komponen yang berasingan dan tidak disepadukan secara optimum dalam usaha membentuk serta menjana kemahiran insaniah yang diharapkan .Institusi pengajian tinggi sebagai institusi pendidikan tertinggi harus menjadi  tempat paling sesuai untuk menggilap kemahiran insaniah pelajar.Pelajar institusi pengajian tinggi pula perlu mempunyai keinginan dan keupayaan untuk melihatkan diri dalam proses pembentukan modal insan dengan minda kelas pertama ini.Justeru penerapan kemahiran insaniah mesti dilaksanakan secara menyeluruh oleh universiti denagn melibatkan semua pihak  yang ada hubungan dengan pelajar.Kemahiran ini juga dikenali sebagai kamahiran ringan dan kemahiran lembut.Kemahiran insaniah atau ‘softskill’ merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keberibadian dan kerja berkumpulan.Selaras dengan kepentingannya ,kementerian pengajian tinggi telah memperkenalkan kemahiran insaniah yang perlu diterapkan para pelajar di institusi pengajian tinggi.

1
Menurut Wikipedia, kemahiran insaniah atau diistilahkan sebagai( soft skills) merujuk kepada istilah sosiologi yang merujuk kepada ciri-ciri keperibadian, daya tarik sosial,
kemampuan berbahasa, norma peribadi, sikap kepekaan atau kepedulian serta sikap optimis seseorang. Kemahiran insaniah boleh dikuasai oleh pelajar melalui beberapa cara.Secara umumnya,terdapat dua cara yang membolehkan pelajar menguasai kemahiran insaniah iaitu melalui pembelajaran langsung dan pembelajaran secara tidak langsung.Pembelanjaran langsung bermaksud pelajar diterapkan dengan dengan kemahiran insaniah dalam sukatan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi,manakala pembelajaran tidak langsung dapat difahami dengan penguasaan kemahiran-kemahiran tersebut melalui aktiviti-aktiviti di luar kuliah.Pentingnya kemahiran isaniah dalam kehidupan pelajar semasa di institusi pengajian tinggi ataupun selepas menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi untuk melangkah alam pekerjaan juga kemahiran insanih ada kegunaannya.Dalam alam pekerjaan,walaupun kemahiran teknikal penting dalam sesuatu pekerjaan tetapi dengan adanya kemahiran insaniah pada pekerjaan itu lebih komprehensif.Pada zaman ledakan global ini ,pelajar-pelajar berkemahiran teknikal perlu diperkukuhkan dengan multiskil dan multidisiplin agar seiring kehendak pasaran pekerjaan pada hari ini. Sesetengah majikan pernah menyatakan terdapatnya graduan yang mempunyai kekurangan dalam bidang kemahiran insaniah.Mereka akan mempunyai masalah untuk berkomunikasi, hujahan secara lisan dan sebagainya terutama ketika mereka dalam pasuka kerja Sesebuah institusi pendidikan sewajarnya memainkan peranan aktif dalam menyediakan sumber manusia untuk memenuhi keperluan industri neagara.Institusi pendidikan hari ini perlu melatih pelajar-pelajar agar berdaya saing bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan yang semakin pesat membangun .Sementara itu,para pelajar perlu menguasai ciri pekerja yang di perlukan oleh majikan era globalisasi,terutama dari segi kemahiran kepimpinan,

2

kemahiran komunikasi,kemahiran membuat keputusan ,kemahiran penyelesaikan masalah dankemahiran bekerja dalam kumpulan serta mempunyai kesanggupan untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai etika kerja yang positif.Pendidik juga perlu mengambil tanggujawab khas mengaenai kemahiran ini dan pendidik juga mempunyai pengaruh besar untuk melatih dan membimbing pelajar dalam kemahiran ini supaya mereka dapat membangun dengan mahir dalam bidang ini.Tahap pencapaian kemahiran insaniah yang ada pada setiap pelajar perlu diukur dan dinilai untuk melihat kepada keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.Untuk menuju kearah itu,pelajar-pelajar perlu di terapkan dengan kemhiran yangpelbagai dan mengikut standard yang bersesuaian dengan kehendak industri negara supaya pelajar-pelajar yang akan menempuh alam kerjaya bersedia untuk menjalankan tugas yang diberikan mengikut keperluan majikan.Banyak graduan institusi pengajian tinggi menggangur,faktor utama berlakunya fenomena ini adalah kerana graduan yang dihasilkan tidak dapat memenuhi kehendak majikan masa kini.Beberapa punca dikenal pasti berlakunya kegagalan mereka mendapatkan pekerjaan adalah mereka tidak dapat menguasai multiskil selain kemahiran asas yang merka peroleh sewaktu pengajian.Sementara itu pula,bahawa tidak kesemua peljar hari ini lemah dalam aspek teknikal dan sebaliknya merka adalah lemah dalam kemahiran insaniah yang menyebabakan penguasaan aspek teknikal tidak dapat digunakan dengan efektif.Banyak majikan menyatakan bahawa penguasaan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi,menyelesaikan masalah,membuat keputusan ,memiliki ciri-ciri kepimpinan,berkerja dalam satu kumpulan dan memiliki lain-lain kemahiran insaniah sebagai asas dalam pengambilan graduan bekerja dalam institusi atau syarikat mereka.











3
2.0      KEMAHIRAN INSANIAH
         
          Terdapat tujuh elemen utama kemahiran insaniah yang diperkenalkan iatu kemahiran berkomunikasi,pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah ,kemahiran kerja berpasukan,pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat,kemahiran keusahawanan,etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan. Setiap elemen berkenaan boleh di murni dan diperincikan kepada dua kumpulan kemahiran insaniah tambahan,iaitu Kemahiran Insaniah Mesti  (must have) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (good to have). Walaupun perhatian perlu diberi kepada usaha membekalkan modal insan dengan kemahiran insaniah mesti ,penerapan  kemahiran insaniah tambahan perlu digalakkan. Setiap institusi pengajian tinggi harus diberi kelonggaran untuk memilih kemahiran insaniah tambahan yang hendak diterapkan. Semua elemen kemahiran insaniah yang dicadangkan mesti dikuasai oleh setiap pelajar dan perlu dinilai secara komprehensif dan berkesan.
Kemahiran Insaniah Mesti dan Kemahiran Insaniah Tambahan
Kemahiran Insaniah yang disenaraikan terbahagi kepada dua kategori, iaitu Kemahiran Insaniah Mesti dan Kemahiran Insaniah Tambahan.
KEMAHIRAN INSANIAH MESTI
“Kemahiran Insaniah Mesti” “merupakan kemahiran yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar institusi pengajian tinggi. Jika kemahiran ini tidak ada, pelajar dianggap tidak kompeten dalam elemen berkaitan.
KEMAHIRAN INSANIAH TAMBAHAN
“Kemahiran Insaniah Tambahan” ini dianggap sebagai kemahiran generik yang memberi nilai tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh pelajar bersama kemahiran insaniah mesti, beliau boleh dianggap memiliki kompeten cemerlang dalam elemen berkaitan. Keseluruhan kemahiran insaniah  mesti disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Kemahiran insaniah ini tidak harus lagi dianggap kurikulum tersembunyi tetapi perlu dilaksanakan secara nyata dan ditaksir mengikut sistem penaksiran dan penilaian yang ditetapkan dengan berkesan.

4

2.1     KEMAHIRAN KOMUNIKASI

          Kemahiran berkomunikasi terdiri daripada beberapa elemen iaitu kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.Pelajar perlu mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas di institusi pengajian tinggi ataupun sudah memasuki alam kerjaya. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar dan pandai menggunakan teknologi dalam pembentangan.Pelajar juga perlu pandai berunding dan mencapai persetujuan di dalam satu perbincangan. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan,dengan itu dapat mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.Pelajar boleh menggunakan kemahiran komunikasi secara lisan ataupun secara tidak lisan (body language).Isu yang sering diperkatakan ialah mengenai
penguasaan kemahiran terutama penguasaan dalam bahasa inggeris,masalah ini timbul apabila merka tidak berupaya melontarkan idea dan pengetahuan disebabkan tidak mempunyai kemahiran berbahasa serta perbendaraan kata yang terhad.Keadaan menjadi  bertambah rumit apbila mereka tidak memiliki daya keyakinan yang tinggi terhadap perkara ingin dibicarakan.
2.2       KEMAHIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah  melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan.Pelajar berkebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi.Pelajar juga dapat mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan. Kebolehan mencari idea dan mecari penyelesaian alternatif.

5
Pelajar institusi pengajian tinggi juga digalakkan memiliki pemikiran yang kritis agar berbeza dengan pemikiran rakan-rakan di luar kampus. Mereka juga berkeupayaaan mencari penyelesaian yang alternative. Mempelajari kemahiran ini juga dapat membantu pelajar berfikiran secara kritis, kreatif, inovatif serta berkebolehan dalam aplikasi pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan.Berkebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh,dan pelajar tahu untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan. Kebolehan memahami dan menyelesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru.Isu ini juga menjadi kebimbangan majikan ialah pelajar lepasan institusi pengajian tinggi di katakana tidak berupaya memberikan pandangan dan idea yang kritis.Jika ada pun pandangan diberikan,kemahiran menyelesaikan masalah tidak dikuasai.Mereka masih belum berupaya mencari jalan keluar terhadap kritikan dilontarkan.Sebenarnya kejayaan dalam usaha menerapan kemahiran insaniah dalam diri pelajar perlu dilaksanakan secara bersepadu dan bersistematik.
2.3      KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
 Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama.Pelajar mestilah pandai membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. Kemahiran kerja berpasukan digalakkan supaya sesuatu kerja yang berat menjadi ringan.Ada banyak kemahiran kerja berpasukan yang perlu diterokai seperti komunikasi dalam pasukan,memuat keputusan beramai-ramai ,mengendalikan konflik,membina kretiviti,kepimpinan,memotivasikan,membuat penilaian,member ganjaran dan banyak
lagi.Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan
dan ahli kumpulan,serta dapat mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain. Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan dan bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.


6
Natijahnya daripada kemahiran kerja berpasukan ini antaranya,akan melahirkan insane yang saling membantu antara satu sama lain,berpegang pada dalam etika islam dan yakin sesuatu perkara yang besar akan dapat diselesaikan sekiranya mempunyai semangat kerja berpasukan.
2.4       KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Kemahiran keusahawanan ialah melibatkan keupayaan diri pelajar untuk meneroka
peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, kreativiti dan inovasi dalam
aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan yang merangkumi kebolehan mengenalpasti
peluang perniagaan, kebolehan merangka perancangan perniagaan dan kebolehan untuk bekerja sendiri.Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan. Kebolehan mengenalpasti peluang perniagaan dan pandai merangka perancangan perniagaan. Pelajar mesti membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.Akhir sekali pelajar harus bijak untuk bekerja sendiri.
2.5        PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
 Pembelajaran berterusan melibatkan usaha mahasiswa berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru.Berkebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber dan dapat menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi. Kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.
2.6         ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL
Etika dan moral profesional melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial. Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional. Pelajar dapat menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah berkaitan etika.Ini juga dapat mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.


7
2.7          KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Kejayaan sesebuah organisasi amat berkait rapat dengan kemampuan pengurusan dan kepimpinan organisasi. Pengurusan dan kepimpinan tidak dapat dipisahkan. Kepimpinan adalah sebahagian daripada fungsi-fungsi pengurusan.Setiap pengurus haruslah memahami peranan dan tanggungjawab mereka dan membina kemahiran-kemahiran mengurus dan memimpin sama ada di peringkat strategik mahupun operasi,sebagai seorang pemimpin, tugas anda ialah untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti keperluan diri, kumpulan dan organisasi.Tugas pemimpin ialah untuk mengimbangi antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu.Kemahiran kepimpinan melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.Pelajar perlu berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan, kebolehan untuk memimpin projek.Paling penting dalam kepimpinan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan serta boleh untuk menyelia anggota pasukan.
3.0        PENTINGNYA KEMAHIRAN INSANIAH
             Kemahiran insaniah sangat penting bagi pelajar institusi pengajian tinggi,tanpa tujuh elemen ini antaranya ialah kemahiran komunikasi,pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah,kemahiran kerja berpasukan,pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat,kemahiran keusahawan,etika dan moral professional dan kemahiran kepimpinan,semua elemen ini penting untuk digunakan apabila memasuki alam kerjaya.Kemahiran komunikasi sangat penting di alam kerjaya,sebelum mendapat sesuatu kerja mereka akan ditemuduga,pada masa itulah kemahiran komunikasi digunakan. Kemahiran komunikasi ini juga penting sehingga pelajar berada di alam kerjaya, agar mereka dapat berhubung dan berinteraksi dalam keadaan yang baik dan cemerlang dengan pihak dalam bidang yang mereka ceburi.Menurut kajian terdapat empat punca utama yang menyukarkan lepasan pelajar institusi pengajian tinggi mendapatkan pekerjaan pada masa kini.



8
Pelajar lepasan institusi pengajian tinggi gagal mempamerkan kemahiran insaniah mereka yang meliputi empat perkara penting iaitu komunikasi,nilai dan etika,kepimpinan serta pemikiran kritis.Tanpa kemahiran insaniah ini,pelajar lepasan institusi pengajian tinggi kita tidak mampu untuk bersaing di pasaran kerja yang amat mencabar pada hari ini.Sebab sesetengah pelajar institusi pengjian tinggi tidak lengkap kemahiran insaniah,ramai pelajar institusi pengajian tinggi lebih berminat kemahiran teknikal.Kemahiran teknikal juga penting tapi perlunya ada kemahiran insaniah untuk menjamin depan yang cerah dan mudah mendapat pekerjaan.Kurang penerapan kemahiran insaniah ialah pelajar di institusi pengajian tinggi kurang didedahkan dengan kemahiran insaniah.Masalah ini boleh menyebabkan ramai pelajar lepasan pengajian tinggi menggangur.Pihak institusi pengajian tinggi haruslah memantapkan kaedah pengajaran yang berinovatif,sentiasa releven,dinamik dan terkini bagi menyediakan graduan yang berketerampilan dan memenuhi pasaran kerja pada masa kini. Memantapkan sistem kurikulum pelbagai disiplin dan pendekatan pembelajaran bagi pelajar.Penggunaan kaedah seperti pembelajaran berasaskan masalah dan kajian kes serta pembelajaran secara berpasukanadalah digalakkan bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan saintifik, menguruskan maklumat,menambah keyakinan melalui penulisan dan pengucapan serta mahir berinteraksi. Menetapkan sekurang-kurangnya enam (6) bulan latihan industri bagi kursus kritikal dan tiga (3) bulan bagi kursus
lain untuk mendedahkan pelajar kepada alam dan budaya pekerjaan serta mendapat pengalaman praktikal atau (hands-on) yang relevan. Untuk mendapat kerjasama daripada pihak industri, dasar negara mengenai latihan industri untuk pelajar. Dalam latihan industri ataupun pratikal pelajar dapat pengalaman keadaan berkerja sebelum memasuki ke alam perkerjaan.






9
4.0           KESIMPULAN
 Secara umumnya, untuk memastikan tahap penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi yang tinggi dan dikuasai oleh mereka sepenuhnya maka seharusnya para pelajar perlu peka terhadap kepentingan kemahiran insaniah ini. Para pelajar sewajarnya hendaklah melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang dihasratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu kemahiran insaniah yang selaras dengan perubahan zaman dan mengikut keperluan masa kini dan juga untuk keperluan pekerjaan. Secara keseluruhannya, tahap penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi adalah berada pada tahap yang tinggi.Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang sering kita praktik seharian namun kadang kala sesetengah orang tidak mengetahui maksud kemahiran insaniah sedangkan kemahiran tersebut kita amalkan dan terapkan setiap hari dalam setiap aspek kehidupan. Ini bererti kemahiran insaniah adalah rumusan perkataan untuk kesemua jenis kemahiran yang telah disenaraikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi mahupun pihak majikan pada hari ini. Mungkin di sebabkan faktor baru di dengar oleh kalangan sesetengah pihak perkataan “kemahiran insaniah”, maka bagi sesetengah pihak tidak mengetahui maksudnya. Penemuan baru juga telah di temui bahawa situasi, masa dan tempat memainkan peranan untuk menentukan tahap penerapan kemahiran insaniah.
           Kesimpulannya, kemahiran insaniah adalah sesuatu yang penting bagi graduan sebelum mereka melangkah kaki ke alam perkarjaan.Seharunya mahasiswa berusaha untuk mengilap kemahiran-kemahiran yang diperlukan ini di dalam tempoh masa pengajian mereka di institusi pengajian tinggi.Kemahiran insaniah boleh digilap dalam peibagai bentuk sama ada secara langsung atau tidak langsung.Tahap penerapan kemahiran insaniah melalui platform kelas dalam kalangan institusi pengajian tinggi adalah pada tahap yang tinggi. Jika di alam persekolahan pelajar telah mengerti konsep kemahiran insaniah dan sudah mengetahui tempat dan masa untuk mengaplikasikannya maka tidak mustahil di masa akan datang mereka juga tahu untuk menerapkan kemahiran insaniah yang kini menjadi satu kemahiran yang amat penting seiring dengan perkembangan dan kemajuan negara.
10
Oleh yang demikian penekanan aspek kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi bukan sekadar memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sahaja, tetapi adalah untuk melahirkan generasi hari ini yang mampu berdaya saing, cekap, tahan lasak dan fleksibel apabila berhadapan dengan situasi di alam pekerjaan kelak.


























5.0        RUJUKAN
·         Bernd Schulz.(2008).The Importance Of Soft Skills:Education Beyond.Journal of Language and Communucation.
·         Priya Kulasagaran.(April 1 .2012).A need to review the system.The star
·         Raymond Lee.(April 1.2012).Super charge your studies,think critically.The Star
·         Vishan Jain.(2009).Importance of Soft Skills Development in Education
·         Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat. 2007. Hasil Pembelajaran dan KompetensiPelajar.http://www.eng.ukm.my/~riza/JaminanQ/Rubric/PO-KI-Rubrik.html(5 Oktober 2007).
·         Kamaruddin Husin (2003). “Kemahiran Berfikir dan Komunikasi.” Petaling Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. 186-188.













(2509 Patah Perkataan)

No comments:

Post a Comment