LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS
KEmahiran insaniah
ISI KANDUNGAN
TAJUK
MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan
1-----------3
2.0 Kemahiran
insaniah
4----------8
2.1 Kemahiran komunikasi
2.2 Kemahiran kritis dan penyelesaian
masalah
2.3 Kemahiran kerja berpasukan
2.4 Kemahiran keusahawan
2.5 Pembelajaran berterusan dan
pengurusan
Maklumat
2.6 Etika dan moral professional
2.7 Kemahiran kepimpinan
3.0 Pentingnya kemahiran insaniah
8----------9
4.0 Kesimpulan
10--------11
5.0 Rujukan
12
1.0
PENGENALAN
Dalam pendidikan negara,matlamat
pendidikan negara adalah menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari
segi intelek ,rohani,emosi,fizikal dan berasaskan pegangan teguh serta
kepercayaan tuhan.Oleh itu,aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dalam empat domain utama iaitu kognitif(pengetahuan),psikomotor
(kemahiran
fizikal),afektif dan sosial.Namun sistem pendidikan yang sedia diamalkan hanya
boleh dianggap berjaya dalam memeberikan kemahiran kognitif dan sosial yang
sangat perlu bagi pembentukan insan yang seimbang amat jauh
ketinggalan.Akibatnya produk sistem pendidikan kini ataupun modal insan yang
dibentuk tidak seimbang seperti yand dihasratkan .Jika diteliti maslah ini
antara lain berpunca daripada ketidaksimbangan kurikulum ,terutamanya dalam
menentukan hasil pembelajaran dan taksonomi
pembelajaran yang perlu dicapai.Ketidakpelbagaian dalam penyampaian
serta ketidakberkesanan pentaksiran ,penilaian dan membiarkan aspek-aspek ini
menjadi statik dan tidak dinamik .Strategi pendekatan dan kaedah penyampaian
serta penilaian pengajaran dan pembelajaran tidak diberi yang sewajarnya untuk
memenuhi keperluan semas.Akitiviti korukulum juga gagal dilihat sebagai
komponen yang berasingan dan tidak disepadukan secara optimum dalam usaha
membentuk serta menjana kemahiran insaniah yang diharapkan .Institusi pengajian
tinggi sebagai institusi pendidikan tertinggi harus menjadi tempat paling sesuai untuk menggilap kemahiran
insaniah pelajar.Pelajar institusi pengajian tinggi pula perlu mempunyai keinginan
dan keupayaan untuk melihatkan diri dalam proses pembentukan modal insan dengan
minda kelas pertama ini.Justeru penerapan kemahiran insaniah mesti dilaksanakan
secara menyeluruh oleh universiti denagn melibatkan semua pihak yang ada hubungan dengan pelajar.Kemahiran
ini juga dikenali sebagai kamahiran ringan dan kemahiran lembut.Kemahiran insaniah
atau ‘softskill’ merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain
pembelajaran merangkumi aspek keberibadian dan kerja berkumpulan.Selaras dengan
kepentingannya ,kementerian pengajian tinggi telah memperkenalkan kemahiran
insaniah yang perlu diterapkan para pelajar di institusi pengajian tinggi.
1
Menurut Wikipedia, kemahiran insaniah atau diistilahkan
sebagai( soft skills) merujuk
kepada istilah sosiologi yang merujuk kepada ciri-ciri keperibadian, daya tarik
sosial,
kemampuan
berbahasa, norma peribadi, sikap kepekaan atau kepedulian serta sikap optimis
seseorang. Kemahiran insaniah boleh dikuasai oleh pelajar melalui beberapa
cara.Secara umumnya,terdapat dua cara yang membolehkan pelajar menguasai
kemahiran insaniah iaitu melalui pembelajaran langsung dan pembelajaran secara
tidak langsung.Pembelanjaran langsung bermaksud pelajar diterapkan dengan
dengan kemahiran insaniah dalam sukatan pengajian mereka di institusi pengajian
tinggi,manakala pembelajaran tidak langsung dapat difahami dengan penguasaan
kemahiran-kemahiran tersebut melalui aktiviti-aktiviti di luar kuliah.Pentingnya
kemahiran isaniah dalam kehidupan pelajar semasa di institusi pengajian tinggi
ataupun selepas menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi untuk melangkah
alam pekerjaan juga kemahiran insanih ada kegunaannya.Dalam alam
pekerjaan,walaupun kemahiran teknikal penting dalam sesuatu pekerjaan tetapi
dengan adanya kemahiran insaniah pada pekerjaan itu lebih komprehensif.Pada
zaman ledakan global ini ,pelajar-pelajar berkemahiran teknikal perlu
diperkukuhkan dengan multiskil dan multidisiplin agar seiring kehendak pasaran
pekerjaan pada hari ini. Sesetengah majikan pernah menyatakan terdapatnya
graduan yang mempunyai kekurangan dalam bidang kemahiran insaniah.Mereka akan
mempunyai masalah untuk berkomunikasi, hujahan secara lisan dan sebagainya
terutama ketika mereka dalam pasuka kerja Sesebuah institusi pendidikan
sewajarnya memainkan peranan aktif dalam menyediakan sumber manusia untuk
memenuhi keperluan industri neagara.Institusi pendidikan hari ini perlu melatih
pelajar-pelajar agar berdaya saing bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan
yang semakin pesat membangun .Sementara itu,para pelajar perlu menguasai ciri
pekerja yang di perlukan oleh majikan era globalisasi,terutama dari segi
kemahiran kepimpinan,
2
kemahiran komunikasi,kemahiran membuat keputusan
,kemahiran penyelesaikan masalah dankemahiran bekerja dalam kumpulan serta
mempunyai kesanggupan untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai etika kerja
yang positif.Pendidik juga perlu mengambil tanggujawab khas mengaenai kemahiran
ini dan pendidik juga mempunyai pengaruh besar untuk melatih dan membimbing
pelajar dalam kemahiran ini supaya mereka dapat membangun dengan mahir dalam
bidang ini.Tahap pencapaian kemahiran insaniah yang ada pada setiap pelajar
perlu diukur dan dinilai untuk melihat kepada keberkesanan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang dilakukan.Untuk menuju kearah itu,pelajar-pelajar perlu
di terapkan dengan kemhiran yangpelbagai dan mengikut standard yang bersesuaian
dengan kehendak industri negara supaya pelajar-pelajar yang akan menempuh alam
kerjaya bersedia untuk menjalankan tugas yang diberikan mengikut keperluan
majikan.Banyak graduan institusi pengajian tinggi menggangur,faktor utama berlakunya
fenomena ini adalah kerana graduan yang dihasilkan tidak dapat memenuhi
kehendak majikan masa kini.Beberapa punca dikenal pasti berlakunya kegagalan
mereka mendapatkan pekerjaan adalah mereka tidak dapat menguasai multiskil
selain kemahiran asas yang merka peroleh sewaktu pengajian.Sementara itu
pula,bahawa tidak kesemua peljar hari ini lemah dalam aspek teknikal dan
sebaliknya merka adalah lemah dalam kemahiran insaniah yang menyebabakan
penguasaan aspek teknikal tidak dapat digunakan dengan efektif.Banyak majikan
menyatakan bahawa penguasaan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi,menyelesaikan
masalah,membuat keputusan ,memiliki ciri-ciri kepimpinan,berkerja dalam satu
kumpulan dan memiliki lain-lain kemahiran insaniah sebagai asas dalam pengambilan
graduan bekerja dalam institusi atau syarikat mereka.
3
2.0 KEMAHIRAN INSANIAH
Terdapat tujuh elemen utama kemahiran insaniah yang
diperkenalkan iatu kemahiran berkomunikasi,pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan
masalah ,kemahiran kerja berpasukan,pembelajaran berterusan dan pengurusan
maklumat,kemahiran keusahawanan,etika dan moral profesional dan kemahiran
kepimpinan. Setiap elemen berkenaan boleh di murni dan diperincikan kepada dua
kumpulan kemahiran insaniah tambahan,iaitu Kemahiran Insaniah Mesti (must
have) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (good to have). Walaupun perhatian perlu diberi kepada usaha
membekalkan modal insan dengan kemahiran insaniah mesti ,penerapan kemahiran insaniah tambahan perlu digalakkan.
Setiap institusi pengajian tinggi harus diberi kelonggaran untuk memilih
kemahiran insaniah tambahan yang hendak diterapkan. Semua elemen kemahiran
insaniah yang dicadangkan mesti dikuasai oleh setiap pelajar dan perlu dinilai
secara komprehensif dan berkesan.
Kemahiran
Insaniah Mesti dan Kemahiran Insaniah Tambahan
Kemahiran
Insaniah yang disenaraikan terbahagi kepada dua kategori, iaitu Kemahiran
Insaniah Mesti dan Kemahiran Insaniah Tambahan.
KEMAHIRAN
INSANIAH MESTI
“Kemahiran
Insaniah Mesti” “merupakan kemahiran yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar
institusi pengajian tinggi. Jika kemahiran ini tidak ada, pelajar dianggap
tidak kompeten dalam elemen berkaitan.
KEMAHIRAN
INSANIAH TAMBAHAN
“Kemahiran
Insaniah Tambahan” ini dianggap sebagai kemahiran generik yang memberi nilai
tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh pelajar bersama
kemahiran insaniah mesti, beliau boleh dianggap memiliki kompeten cemerlang
dalam elemen berkaitan. Keseluruhan kemahiran insaniah mesti disepadukan dalam pengajaran dan
pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Kemahiran insaniah ini tidak harus
lagi dianggap kurikulum tersembunyi tetapi perlu dilaksanakan secara nyata dan
ditaksir mengikut sistem penaksiran dan penilaian yang ditetapkan dengan
berkesan.
4
2.1 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Kemahiran
berkomunikasi terdiri daripada beberapa elemen iaitu kemahiran berkomunikasi
melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan.
Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan,
secara lisan dan bertulis.Pelajar perlu mengamalkan kemahiran mendengar yang
aktif dan memberi maklum balas di institusi pengajian tinggi ataupun sudah
memasuki alam kerjaya. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh
keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar dan pandai menggunakan
teknologi dalam pembentangan.Pelajar juga perlu pandai berunding dan mencapai
persetujuan di dalam satu perbincangan. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta
komunikasi yang mempunyai budaya berlainan,dengan itu dapat mengembangkan
kemahiran komunikasi perseorangan.Pelajar boleh menggunakan kemahiran
komunikasi secara lisan ataupun secara tidak lisan (body language).Isu yang
sering diperkatakan ialah mengenai
penguasaan kemahiran terutama
penguasaan dalam bahasa inggeris,masalah ini timbul apabila merka tidak
berupaya melontarkan idea dan pengetahuan disebabkan tidak mempunyai kemahiran
berbahasa serta perbendaraan kata yang terhad.Keadaan menjadi bertambah rumit apbila mereka tidak memiliki
daya keyakinan yang tinggi terhadap perkara ingin dibicarakan.
2.2 KEMAHIRAN KRITIS DAN
KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
Kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah melibatkan
kebolehan berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan
pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan.Pelajar
berkebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan
kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi.Pelajar juga dapat mengembangkan
dan memperbaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan
menilai perbincangan. Kebolehan mencari idea dan mecari penyelesaian
alternatif.
5
Pelajar institusi pengajian tinggi
juga digalakkan memiliki pemikiran yang kritis agar berbeza dengan pemikiran
rakan-rakan di luar kampus. Mereka juga berkeupayaaan mencari penyelesaian yang
alternative. Mempelajari kemahiran ini juga dapat membantu pelajar berfikiran
secara kritis, kreatif, inovatif serta berkebolehan dalam aplikasi pemahaman
dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan.Berkebolehan membuat
keputusan berdasarkan bukti yang kukuh,dan pelajar tahu untuk bertahan serta
memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan.
Kebolehan memahami dan menyelesuaikan diri kepada budaya komuniti dan
persekitaran kerja yang baru.Isu ini juga menjadi kebimbangan majikan ialah
pelajar lepasan institusi pengajian tinggi di katakana tidak berupaya
memberikan pandangan dan idea yang kritis.Jika ada pun pandangan
diberikan,kemahiran menyelesaikan masalah tidak dikuasai.Mereka masih belum
berupaya mencari jalan keluar terhadap kritikan dilontarkan.Sebenarnya kejayaan
dalam usaha menerapan kemahiran insaniah dalam diri pelajar perlu dilaksanakan
secara bersepadu dan bersistematik.
2.3 KEMAHIRAN KERJA
BERPASUKAN
Kemahiran kerja berpasukan
melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai
latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama.Pelajar mestilah
pandai membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara
efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. Kemahiran kerja
berpasukan digalakkan supaya sesuatu kerja yang berat menjadi ringan.Ada banyak
kemahiran kerja berpasukan yang perlu diterokai seperti komunikasi dalam
pasukan,memuat keputusan beramai-ramai ,mengendalikan konflik,membina
kretiviti,kepimpinan,memotivasikan,membuat penilaian,member ganjaran dan banyak
lagi.Kebolehan
memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan
dan ahli kumpulan,serta dapat
mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain. Kebolehan
memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan dan
bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.
6
Natijahnya daripada kemahiran kerja
berpasukan ini antaranya,akan melahirkan insane yang saling membantu antara
satu sama lain,berpegang pada dalam etika islam dan yakin sesuatu perkara yang
besar akan dapat diselesaikan sekiranya mempunyai semangat kerja berpasukan.
2.4 KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Kemahiran keusahawanan ialah melibatkan keupayaan diri
pelajar untuk meneroka
peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko,
kreativiti dan inovasi dalam
aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan yang
merangkumi kebolehan mengenalpasti
peluang perniagaan, kebolehan merangka perancangan
perniagaan dan kebolehan untuk bekerja sendiri.Kemahiran keusahawanan
melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang
risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan
perniagaan dan pekerjaan. Kebolehan mengenalpasti peluang perniagaan dan pandai
merangka perancangan perniagaan. Pelajar mesti membina, meneroka dan merebut
peluang perniagaan dan pekerjaan.Akhir sekali pelajar harus bijak untuk bekerja
sendiri.
2.5 PEMBELAJARAN
BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Pembelajaran berterusan
melibatkan usaha mahasiswa berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan
pengetahuan baru.Berkebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada
pelbagai sumber dan dapat menerima idea baru dan berkeupayaan untuk
pembelajaran autonomi. Kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan
ilmu.
2.6 ETIKA DAN MORAL
PROFESIONAL
Etika dan moral profesional
melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan
professional dan interaksi sosial. Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam
sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional. Pelajar dapat menganalisis
dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah berkaitan etika.Ini juga
dapat mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab
terhadap masyarakat.
7
2.7 KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Kejayaan sesebuah organisasi amat berkait rapat dengan
kemampuan pengurusan dan kepimpinan organisasi. Pengurusan dan kepimpinan tidak
dapat dipisahkan. Kepimpinan adalah sebahagian daripada fungsi-fungsi
pengurusan.Setiap pengurus haruslah memahami peranan dan tanggungjawab mereka
dan membina kemahiran-kemahiran mengurus dan memimpin sama ada di peringkat
strategik mahupun operasi,sebagai seorang pemimpin, tugas anda ialah untuk
mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti keperluan diri, kumpulan
dan organisasi.Tugas pemimpin ialah untuk mengimbangi antara
keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu.Kemahiran kepimpinan melibatkan
keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.Pelajar
perlu berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan, kebolehan untuk memimpin
projek.Paling penting dalam kepimpinan untuk memahami dan mengambil peranan
bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan serta boleh untuk
menyelia anggota pasukan.
3.0 PENTINGNYA KEMAHIRAN
INSANIAH
Kemahiran insaniah sangat penting bagi pelajar institusi pengajian
tinggi,tanpa tujuh elemen ini antaranya ialah kemahiran komunikasi,pemikiran
kritis dan menyelesaikan masalah,kemahiran kerja berpasukan,pembelajaran
berterusan dan pengurusan maklumat,kemahiran keusahawan,etika dan moral
professional dan kemahiran kepimpinan,semua elemen ini penting untuk digunakan
apabila memasuki alam kerjaya.Kemahiran komunikasi sangat penting di alam
kerjaya,sebelum mendapat sesuatu kerja mereka akan ditemuduga,pada masa itulah
kemahiran komunikasi digunakan. Kemahiran komunikasi ini juga penting sehingga
pelajar berada di alam kerjaya, agar mereka dapat berhubung dan berinteraksi
dalam keadaan yang baik dan cemerlang dengan pihak dalam bidang yang mereka
ceburi.Menurut kajian terdapat empat punca utama yang menyukarkan lepasan
pelajar institusi pengajian tinggi mendapatkan pekerjaan pada masa kini.
8
Pelajar lepasan institusi pengajian tinggi gagal
mempamerkan kemahiran insaniah mereka yang meliputi empat perkara penting iaitu
komunikasi,nilai dan etika,kepimpinan serta pemikiran kritis.Tanpa kemahiran
insaniah ini,pelajar lepasan institusi pengajian tinggi kita tidak mampu untuk
bersaing di pasaran kerja yang amat mencabar pada hari ini.Sebab sesetengah
pelajar institusi pengjian tinggi tidak lengkap kemahiran insaniah,ramai
pelajar institusi pengajian tinggi lebih berminat kemahiran teknikal.Kemahiran
teknikal juga penting tapi perlunya ada kemahiran insaniah untuk menjamin depan
yang cerah dan mudah mendapat pekerjaan.Kurang penerapan kemahiran insaniah
ialah pelajar di institusi pengajian tinggi kurang didedahkan dengan kemahiran
insaniah.Masalah ini boleh menyebabkan ramai pelajar lepasan pengajian tinggi
menggangur.Pihak institusi pengajian tinggi haruslah memantapkan kaedah
pengajaran yang berinovatif,sentiasa releven,dinamik dan terkini bagi
menyediakan graduan yang berketerampilan dan memenuhi pasaran kerja pada masa
kini. Memantapkan sistem kurikulum pelbagai disiplin dan pendekatan
pembelajaran bagi pelajar.Penggunaan kaedah seperti pembelajaran berasaskan
masalah dan kajian kes serta pembelajaran secara berpasukanadalah digalakkan
bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan saintifik, menguruskan
maklumat,menambah keyakinan melalui penulisan dan pengucapan serta mahir berinteraksi.
Menetapkan sekurang-kurangnya enam (6) bulan latihan industri bagi kursus
kritikal dan tiga (3) bulan bagi kursus
lain untuk mendedahkan pelajar kepada alam dan budaya
pekerjaan serta mendapat pengalaman praktikal atau (hands-on) yang relevan. Untuk mendapat kerjasama daripada
pihak industri, dasar negara mengenai latihan industri untuk pelajar. Dalam
latihan industri ataupun pratikal pelajar dapat pengalaman keadaan berkerja
sebelum memasuki ke alam perkerjaan.
9
4.0 KESIMPULAN
Secara umumnya, untuk memastikan tahap
penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi
yang tinggi dan dikuasai oleh mereka sepenuhnya maka seharusnya para pelajar
perlu peka terhadap kepentingan kemahiran insaniah ini. Para pelajar sewajarnya
hendaklah melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang dihasratkan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu kemahiran insaniah yang selaras
dengan perubahan zaman dan mengikut keperluan masa kini dan juga untuk
keperluan pekerjaan. Secara
keseluruhannya, tahap penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar institusi
pengajian tinggi adalah berada pada tahap yang tinggi.Kemahiran insaniah
merupakan kemahiran yang sering kita praktik seharian namun kadang kala
sesetengah orang tidak mengetahui maksud kemahiran insaniah sedangkan kemahiran
tersebut kita amalkan dan terapkan setiap hari dalam setiap aspek kehidupan.
Ini bererti kemahiran insaniah adalah rumusan perkataan untuk kesemua jenis
kemahiran yang telah disenaraikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi
mahupun pihak majikan pada hari ini. Mungkin di sebabkan faktor baru di dengar
oleh kalangan sesetengah pihak perkataan “kemahiran insaniah”, maka bagi
sesetengah pihak tidak mengetahui maksudnya. Penemuan baru juga telah di temui
bahawa situasi, masa dan tempat memainkan peranan untuk menentukan tahap
penerapan kemahiran insaniah.
Kesimpulannya, kemahiran insaniah
adalah sesuatu yang penting bagi graduan sebelum mereka melangkah kaki ke alam
perkarjaan.Seharunya mahasiswa berusaha untuk mengilap kemahiran-kemahiran yang
diperlukan ini di dalam tempoh masa pengajian mereka di institusi pengajian tinggi.Kemahiran
insaniah boleh digilap dalam peibagai bentuk sama ada secara langsung atau
tidak langsung.Tahap penerapan kemahiran insaniah melalui platform kelas dalam
kalangan institusi pengajian tinggi adalah pada tahap yang tinggi. Jika di alam
persekolahan pelajar telah mengerti konsep kemahiran insaniah dan sudah
mengetahui tempat dan masa untuk mengaplikasikannya maka tidak mustahil di masa
akan datang mereka juga tahu untuk menerapkan kemahiran insaniah yang kini
menjadi satu kemahiran yang amat penting seiring dengan perkembangan dan
kemajuan negara.
10
Oleh yang demikian penekanan aspek
kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi bukan
sekadar memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia sahaja, tetapi adalah untuk melahirkan generasi hari ini yang
mampu berdaya saing, cekap, tahan lasak dan fleksibel apabila berhadapan dengan
situasi di alam pekerjaan kelak.
5.0 RUJUKAN
·
Bernd
Schulz.(2008).The Importance Of Soft Skills:Education Beyond.Journal of
Language and Communucation.
·
Priya Kulasagaran.(April 1 .2012).A
need to review the system.The star
·
Raymond Lee.(April 1.2012).Super charge your studies,think critically.The Star
·
Vishan Jain.(2009).Importance of Soft Skills Development in Education
·
Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat. 2007. Hasil
Pembelajaran dan KompetensiPelajar.http://www.eng.ukm.my/~riza/JaminanQ/Rubric/PO-KI-Rubrik.html(5
Oktober 2007).
·
Kamaruddin Husin (2003). “Kemahiran Berfikir dan
Komunikasi.” Petaling Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. 186-188.
(2509 Patah Perkataan)