Monday, 7 August 2017

FOR NEWBIES G SHOCK INFOMATION

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Info kali ini berkaitan dengan "Made In"
Info ini mungkin telah berkali-kali diupload oleh para seller dan penggemar Gshock yang lain. Tapi masih ada yang belum tahu atau pun keliru berkaitan perkara ini.
Saya upload semula untuk yang belum tahu.
________________________________________________________
Memandangkan masih banyak nubis, seller dan collector yang baru yang masih was-was kenapa "jam getah" jenama Casio ada 3 tempat pembuatan walaupun ianya model yang sama.
Disini saya akan senaraikan dengan lengkap dimana jam G-Shock dibuat.
a) Kilang Casio Yamagata, Jepun.
Kilang premium Casio adalah khusus untuk pembuatan dan pertukangan jam yang tertinggi dalam kelasnya tersendiri, kesemua model dihasilkan merupakan model Aras Tinggi ataupun Finest Level Watch Making.
Model-model yang dihasilkan sepenuhnya di kilang ini ialah:
1) Master of G - Frogman (kesemua model Frogman dari model sulung DW-6300 hingga ke model generasi terkini, GW-1000 ataupun GF-1000.
2) Model FS dan VT untuk model DW-6900FS dan DW-5600VT untuk kolaborasi dengan jenama tempatan yang terkenal di Jepun seperti siri animasi, automotif, makanan/minuman, fesyen pakaian/kasut, pasukan besbol ataupun bola sepak tempatan Jepun. Kebiasan model ini ialah untuk hadiah ataupun 'gift watch' kepada kakitangan yang berkhidmat dengan syarikat berkenaan.
3) Model solar atomik petak GW-5000. Model ini dikhusus pembuatan di Jepun disebabkan model ini merupakan model 'origin' ataupun tempat lahir model pertama G-Shock DW-5000 pada bulan April, tahun 1983.
4) Model ulang tahun seperti edisi ke 30 G-Shock dimana model petak DW-5030C, GW-T5030C dikhusus juga dalam pembuatan ini untuk mengekalkan statusnya sebagai model sulung G-Shock yang berada di pasaran selama 3 dekad.
5) Selain G-Shock, kilang Yamagata juga menghasilkan model-model Protrek premium yang khusus untuk pasaran Jepun sahaja. Contoh: PRW-2000A, PRW-5000, PRW-5100, PRW-S5100, PRW-5050, PRW-6000, PRX-7000 & PRX-8000.
6) Model yang lain juga di hasilkan ialah MRG, MTG dan Oceanus. Model MRG dan MTG merupakan model G-Shock yang paling tinggi dan termahal disebabkan faktor penggunaan bahan mentah yang berkualiti tinggi seperti Titanium dan Gred Besi Tahan Karat yang terbaik ataupun dipanggil 'Refined Material'. Manakala Oceanus pula ianya adalah kesemua teknologi G-Shock dalam casis jam Rolex, Oris yang lebih nipis dan elegan.
8) Model aviator. Contoh: GW-A1000, GW-A1100, GPW-1000, GW-3000, GW-3500 & GW-4000.
7) Kebiasaan kod kilang premium akan di tempa dengan huruf Y, H, K dan P pada permukaan belakang jam. Kod ini merupakan kod pengeluaran standard dijamin kualiti ditahap tertinggi.
b) Kilang Casio Thailand, Thailand.
Kilang pertengahan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 2003 dengan kapasiti menghasilkan model pertengahan kepada pasaran global. Model-model yang dihasilkan ialah:
1) Model Master of G - Mudman G-9000, G-9300/GW-9300. Gulfman G-9100/GR-9110/GW-9110. Riseman GW-9200/GW-9200J/G-9200. Rangeman GW-9400/GW-9400J.
2) Model DW-5600/DW-6900, G-5600/GW-5600, G-6900/GW-6900.
3) Model Protrek siri PRG: PRG-40, PRG-50, PRG-60, PRG-70, PRG-80, PRG-90, PRG-100, PRG-110, PRG-130, PRG-240, PRG-250, PRG-260, PRG-270, PRG-280 dan PRW-3000.
4) Model GDX-6900 & GBA-400, G-8000, G-8100.
5) Model aviator pertengahan: G-1050, G-1200, G-1250, G-1400 dan G-1500
*Nota: Semasa berlaku bencana banjir besar di Thailand pada tahun 2011 dimana ianya telah melumpuhkan operasi kilang Casio di Thailand, maka sesetengah batch pengeluaran model Master of G terpaksa dipindahkan sementara ke kilang Casio Yamagata Jepun untuk menampung permintaan. Oleh itu, model-model Master of G seperti Riseman G-9200 dan Mudman G-9300 pada tahun 2011/2012 akan mempunyai kod huruf Y dibelakang jam tersebut.
Untuk model Master of G Mudman G-9000 dan Gulfman G-9100/GR-9110/GW-9110 pula dipindahkan di kilang Casio China.
Pada tahun 2013, model-model Master of G dipindah kembali ke kilang Casio Thailand yang baru di utara Thailand.
c) Kilang Casio GuangZhou, China
Kilang permulaan ini merupakan tempat pembuatan kesemua model asas jam Casio termasuk model G-Shock yang tidak perlu menitik berat fungsi yang kompleks.
Model-model yang dihasilkan ialah:
1) DW-6900-1V/DW-6900G/DW-5600E/DW-5600G.
2) Model Xtra Large GA-100/GA-110/GA-120/GA-150/GA-200/GA-210/GA-300/GA-300/GA-310/GA-400/GD-100/GD-200/GD-350/GD-400.
3) Model siri 7900: G-7900, G-7900A, GR-7900, GW-7900.
4) Model siri 8900: GLS-8900, GW-8900, GWX-8900.
5) Model siri GLX: GLX-150, GLX-5600, GLX-6900.
6) Model siri M5610: GW-M5610, GW-M5610B, GW-M5610NV, GW-M5610KG dan model-model yang setaraf.
7) Model standard yang lain: AWG-M100 & AWG-M510, GW-M500/GW-M500F.
8) Kod yang biasa ditempa di belakang jam ialah DH.
Nota Tambahan: Untuk perkataan Cased in Thailand ataupun China yang biasanya dijumpai pada model jarum dengan angka ataupun dengan jarum, perlu diingatkan bahawa kesemua modul jam direka di Casio Jepun.
Kilang Thailand ataupun China bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses pemasangan ataupun CKD (Complete Knock Down), hanya model-model dari kilang premium Yamagata Casio Jepun saja ialah CBU
(Complete Built Unit) sepenuhnya.
Mengenai tali dan buckle pula ada yang buatan Jepun, China dan Indonesia. Kebiasan model standard warna hitam biasanya akan dibuat oleh Casio Jepun sebagai sampel sebelum dipindahkan pada 2 kilang
yang lain untuk pengeluaran penuh.
Sesetengah model yang mempunyai warna ataupun lapisan berkilau akan diselia sepenuhnya oleh Casio Jepun. Setelah kedua-dua pembekal bahan mentah ke kilang Thailand dan China lulus dalam ujian sampel QC oleh Casio Jepun, maka lampu hijau akan diberikan kepada mereka.
Ingat, kualiti resin pada jam Casio adalah terkawal jadi tidak usah risau dimana ianya dikeluarkan lagipun ianya juga berasal dari kilang Casio.